L

44 11 2
                                    

Setibanya Ratna di rumah,dia melihat Qaisara dan Fadilah sudah tidur dengan lena di dalam bilik masing-masing. Keadaaan rumah agak bersepah lebih-lebih lagi di dapur yang penuh dengan pinggan dan mangkuk.

Qaisara dan Fadilah memang sudah agak jarang mengemas rumah memandangkan masing-masing sibuk nak siapkan 'assigment' .

Tambahan pula,Ratna adalah yang paling muda dan bukanlah pelajar kolej,kesemua kekotoran di dalam rumah itu pun Ratna sendiri yang bersihkan.

Ibaratnya,meskipun Ratna tiba pukul 2:30 pagi di rumah,dia pasti akan masuk tidur pada jam 3:30 pagi lalu kemudiannya bangun pada pukul 6 pagi dan kembali berkerja semula pada jam 7 pagi nanti kerana pada setiap jam 6 pagi, Ratna segera bangun untuk mandi lalu menunaikan solat Subuh.

☆☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆☆

"Ratna!". Panggil Fadilah yang baru sahaja bangun.
"Apa?". Sahut Ratna yang hendak keluar dari rumah untuk pergi ke tempat kerja.

"Tak ada sarapan ke?". Tanya Fadilah.
"Tentang tu. . . .bijirin dan roti masih ada lagi. Akak Fadilah dengan akak Qaisara boleh je sarapan dengan bijirin dan
roti". Jawab Ratna.

"Taknaklah. Setiap hari kena makan makanan yang sama je. Sekejap,aku bagi duit. Kau tolong belikan nasi lemak kat kedai Mak Cik Kiah tu". Pinta Fadilah lalu menghulurkan RM 10 pada Ratna.
"Tapi,kedai Mak Cik Kiah agak jauh. Nanti,lambat pula aku nak masuk kerja". Jujur Ratna.
"Alah. Tak mati pun kalau lambat". Celah Qaisara pula.

Ratna hanya akur dan mengambil duit tersebut lalu segera berlari dengan pantas menuju ke kedai Mak Cik Kiah. Setibanya di sana,dia melihat ada lima orang sedang beratur menunggu giliran masing-masing untuk membeli Nasi Lemak Mak Cik Qiah.

"Aduh. Lamanya". Bisik hati Ratna sebaik sahaja dia melihat jarum jam tangan miliknya menunjukkan sekarang sudah pukul 8:18 pagi.
Tidak lama kemudian,tibalah gilirannya pula. Ratna segera berlari semula untuk pulang ke rumah dan sebaik sahaja tiba, dia pun menghidangkan nasi lemak itu dan meninggalkan duit baki di meja makan. Dia menutup pintu rumah sebaik sahaja dia keluar dan kembali berlari sekali lagi untuk pergi bekerja pula.

Fadilah dan Qaisara sudah lama berhenti bekerja di Restoran Kasim memandangkan mereka berdua sedang sibuk belajar dan siapkan 'assigment' .Kalau diikut, dua gadis itu seharusnya berpindah keluar juga kerana tidak membayar sewa rumah. Namun,disebabkan dua gadis itu merupakan sahabat baik kepada teman wanita Kasim, Kasim pun memberikan sedikit kelonggaran pada mereka berdua.

☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆

Ratna berlari dengan agak pantas sehingga dia tidak sengaja terlanggar Kasim yang hendak masuk ke dalam Restoran. Ratna seorang sahaja yang terjatuh manakala Kasim pula sempat berpaut pada meja makan yang berdekatan dengannya.

"Maaf Tuan". Ucap Ratna.
"Tak apa. Kenapa awak berlari?". Hairan Kasim.
"Oh itu. . .saya masuk kerja lambat hari ni". Jujur Ratna.

Kasim pun segera melihat jarum jam pada jam tangannya.
"8:35". Bisik Kasim

"Tak apa. Lambat sikit je. Pergilah sambung kerja". Balas Kasim.
Ratna pun segera menuju ke arah dapur sebaik sahaja dia meletakkan beg sandangnya yang agak besar itu di bahagian barangan pekerja.

"Lambat kau hari ini,Ratna. Tak pasal-pasal,ada banyak pinggan mangkuk yang kau kena cuci". Ujar Wafi.

Ratna hanya mampu terdiam sebaik sahaja melihat pinggan dan mangkuk yang bertimbunan di atas sinki itu.
Tanpa mengeluh dan membazirkan waktu,Ratna segera melakukan kerjanya.

YAZARIYIM (akan disunting)Where stories live. Discover now