Thanks

7.2K 223 4
                                    

"Kamu tahu ke di mana dia sekarang?" Soal Darwish. "Selalu waktu macam ini dia akan bawa saya ke cafe dekat dengan Tesco tu. Mungkin dia ada dekat sana." Kata Bella."Oh, okay." Jawab Darwish lalu memandu pergi ke cafe tersebut. "Kamu nak saya temankan ke?" Soal Darwish. "Tak perlu, saya boleh pergi sendiri. Awak dah banyak tolong saya." Kata Bella menolak pelawaan Darwish.

"Awak?!" Kata Darwish. Bella menoleh. "Hati-hati ya." Nasihat Darwish. Bella tersenyum dan berjalan masuk ke arah cafe tersebut. Bella melihat Fazrul disitu bersama dengan kekasih baharunya. Walaupun cemburu dan berat untuk menemui Fazrul, namun dia terpaksa. "Fazrul." Panggil Bella tenang. Fazrul menoleh dia melihat Bella. Fazrul terkejut.

"Saya nak cakap dengan awak sekejap." Kata Bella. "Kejap ye sayang." Kata Fazrul kepada kekasih baharunya itu. Mereka berdua bergerak jauh sedikit dari meja kekasihnya untuk berbual. "Apa yang awak cakap?" Soal Fazrul. "Awak... Terima kasih." Kata Bella. "Itu je? Buang masa aku je." Kata Fazrul lalu berjalan pergi.

"Terima kasih sebab awak jaga hati saya selama nie. Kalau awak tak ikhlas sekali pun buat macam tu, tapi saya rasa awak baik. Walaupun awak dah tinggalkan saya. Tapi tak apa. Saya ada kehidupan yang baharu." Tambah Bella. Kata-kata Bella membuat Fazrul terhenti sebentar daripada berjalan, lalu dia pergi semula ke Bella. "Sama-sama." Jawab Fazrul lalu pergi dari situ. Bella tersenyum, akhirnya apa yang ingin dikatakannya tercapai.

"Awak?!" Jerit Diana serentak dengan jejaka tersebut. "Syazril! Awak buat apa dekat sini?" Soal Diana. "Saya dengan Arina. Kitaorang saja-saja jalan-jalan sini. Bosan duduk rumah je." Kata Syazril. "Oh, okay pula awak dengan dia." Kata Diana. "Boleh laa. Awak pula kenapa duduk sini sorang-sorang?" Tanya Syazril. "Hmm, kena tinggal." Jawab Diana. "Hahaha, kena tinggal? Pasti awak nie ada buat salah kot. Sebab tu kena tinggal." Jawab Syazril.

"Jahatnye mulut." Kata Diana. "Hahaha. Memang pun." Kata Syazril. Arina yang baru sahaja ingin memanggil Syazril terhenti apabila lihat Syazril bersama Diana. Dia menyembunyikan diri agar tidak dilihat mereka. "Tak guna! Aku dah suruh kau jauhkan diri dari Syazril. Kau nak aku tampar kau lagi ye? Tak mengapa. Kau tunggu!" Kata Arina lalu berjalan pergi.

"Mana Arinanya? Tak nampak pun." Kata Diana. "Dia ada di tepi pokok tu. Nampak macam dah tak ada je. Nanti saya cari dia. Awak, jomlah ikut saya. Lagipun bahayalah awak duduk sini sorang-sorang. Tak takut ke?" Tanya Syazril. "Jangan main-main. Saya ada silat gayung tau!" Kata Diana. "Hahaha, silat gayung! Dalam mimpilah." Kata Diana. "Awak kata mimpi, baru saya ingat baru semalam saya mimpi belajar silat gayung." Kata Diana. "Hahaha, buat lawak je kerja awak ye?" Ujar Syazril.

"Hahaha, biasalah. Ini siapa? Dianakan? Mestilah kena pandai berkata-kata. Nanti macam mana nak tarik pelanggan dekat butik tu nanti." Kata Diana. "Cakap pasal butik. Esok awak kerja ke?" Soal Syazril.

"Kerja, Insya-Allah. Lagipun saya kesian tengok Puan Asyikin." Kata Diana. "Saya pun, mungkin pelanggan dia dah lari dekat Arina kot." Fikir Syazril. "Entahlah." Jawab Diana. Tiba-tiba telefon Diana berdering. "Eh! Saya lupa saya ada telefon. Saya ingat telefon tinggal dalam kereta." Kata Diana lalu menjawab panggilan tersebut.

"Nenek! Apa khabar?" Soal Diana

"Khabar baik." Jawab neneknya.

"Kenapa nenek telefon orang?" Kata Diana yang membahasakan dirinya dengan perkataan orang apabila bercakap dengan orang yang lebih tua dengannya.

"Kamu jangan lupa, nenek suruh kamu dengan abang kamu bawa jumpa bakal suami dan isteri kamu jumpa nenek." Kata nenek.

"Huh?! Diana lupa. Diana tak bagitahu dia lagi. Bila nenek nak jumpa?" Soal Diana

"Minggu depan." Kata neneknya.

Eeehhh! Cepatnya!" Diana terkejut. Mukanya membuatkan Syazril ketawa.

Our Perfect Story (Malay)Where stories live. Discover now