Ke esokkan harinya...
"Adik, ke mana adik nak bawa abang nie. Kata nak bawa pergi jalan-jalan la, suprise placelah sangat. Nie bukan ada apa-apa pun, lagipun kenapa kita lalu dekat perumahan rumah orang." Bebel Darwish.
"Kejap lagi sampailah, adik bawa abang lalu perumahan nie sebab nak bawa seseorang jumpa abang." Beritahu Diana. "Seseorang? Siapa? Cee cite cee cite." Kata Darwish. "Alah, abang tunggu jelah. Kita dah sampai dah pun. Abang tunggu dalam kereta tau. Sorok sikit, biar seseorang tu tak perasan and then, bila adik suruh abang bangun, baru bangun." Arah Diana.
"Ehm, pape jelah adik. Cepat sikit. Abang nie kalau tak sebab adik kesayangan abang nie ajak, tak adalah abang ikut." Kata Darwish. "Hehehe, yelah. Tunggu tau." Kata Diana. "Okay." Jawab Darwish. Diana keluar dari kereta, abangnya pula menyorok. Dia ikutkan aja apa yang disuruh adiknya. Biasalah. Adik kesayangannya. Darwish sudah lama bersama Diana. Umur Darwish kini 23 tahun, Diana pula 21. Adik kembar mereka berdua baru masuk darjah lima. Aryna dan Arian.
"Assalamualaikum, Bella." Panggil Diana. "Waalaikummusalam, Diana. Masuklah, Bella tengah siap-siap lagi tu. Kejap lagi dia turunlah." Kata Puan Hazirah.
"Baiklah." Jawab Diana. Darwish pula terintai-intai, takut Puan Hazirah terperasan pula adanya dia. Diana yang mengekori belakang Puan Hazirah pula ternampak abangnya mengintai. Diana pula suruh Darwish tundukkan kepalanya, supaya tiada siapa yang mengetahui kehadirannya. Puan Hazirah pula terdengar Diana seperti bercakap dengan seseorang.
"Diana cakap dengan siapa?" Soal Puan Hazirah. Diana terkejut "Err, tak ada siapa-siapa." Jawab Diana. "Okay. Marilah masuk." Pelawa Puan Hazirah. "Assalamualaikum." Kata Diana apa bila melangkah masuk ke dalan rumah Bella. Diana terus ke bilik Bella. Kebiasannya bergitulah, Puan Hazirah yang suruh. Katanya Bella suka duduk dalam bilik sahaja. "Weyh, dah siap ke?" Soal Diana setibanya dia di dalam bilik tersebut.
"Eh, dah sampai. Aku dah nak dekat siap. Cuma nak betul-betulkan sikit tudung nie." Jawab Bella. "Baru lepas menangis ek?" Soal Diana. "Hah? Mana ada." Jawab Bella seolah-olah menolak bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Diana. "Mata sembab. Jangan nak tipu laa. Aku dah hidup dekat dunia nie dah 22 tahun dah." Kata Diana dengan yakin. "Ceyh wah! Hahaha, memanglah aku nangis semalam. Kan baru je dia tinggalkan aku. Aku sebenarnya kalau boleh malas nak keluar hari nie. Disebabkan kau ajak,aku ikutkanlah." Beritahu Bella.
"Macam-macamlah kau! Hahaha." Kata Diana. Setelah selesai Bella bersiap, mereka berdua keluar dari bilik Bella dan terus menuruni anak tangga. Setibanya mereka di tingkat bawah, mereka meminta izin Puan Hazirah untuk keluar. Mereka keluar dari rumah mewah tersebut. Mereka berjalan menuju ke kereta. Bella memegang pintu kereta untuk membukanya. "Ehh! Kamu duduk belakang. Jangan duduk depan." Beritahu Diana. "Kenapa?" Soal Bella ragu-ragu.
"Tak ada apa-apa, duduk je dekat belakang." Jawab Diana. Bella ikutkan jelah kehendak Diana tu. Setelah beberapa minit berada di dalam kereta, Darwish bangun dan duduk dikerusi. "Ahh! Siapa nie!" Jerit Bella ketakutan. Diana tersenyum. "Suprise! Inilah orang istimewa yang aku nak bawa jumpa kau." Beritahu Diana. Bella masih dalam keadaan yang tidak selesa. "Siapa nie? Boyfriend ke? Tapi muka macam sama." Soal Bella setelah nampak muka Darwish yang tadinya berpaling ke belakang.
"Nie abang aku. Nama dia Darwish Razian." Beritahu Diana. "Abang, ini Bella Kaisarah." Kata Diana kepada abangnya."Oh, Assalamualaikum." Kata Bella. "Waalaikummusalam." Jawab Darwish gagap. "Ingat tak dulu, waktu tu kamu muntah abang Darwish yang tolong bersihkan baju kamu. Waktu tu kamu nangis sebab kamu takut mama kamu marah." Beritahu Diana. "Yeke? Ehh, ha'ah! Betul! Hahaha. Lawaklah waktu tu." Kata Bella.
Mereka bertiga tertawa. Setibanya mereka di sana, Diana dan Darwish terus ke bagasi kereta tersebut lalu mengeluarkan barang. "Oh, nak pergi picnic ke?" Tanya Bella yang sekarang berada di pantai bersama dua adik beradik tersebut. "Tahu tak apa." Kata Diana. "Jom." Kata Darwish. Mereka bertiga menyiapkan barangan dan makan sambil menikmati permandangan di situ. Mata Bella tiba-tiba sahaja mengalirkan air mata. "Kenapa?" Soal Diana. "Aku rasa aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku rindu dia." Kata Bella.
"Rindu? Fazrul tu? Perlu ke kau rindukan dia? Kita sama-sama okay kena benda yang sama. Tapi aku tak boleh tipu, aku pun masih sayangkan dia. Walaupun dia macam tu, tapi dia baik." Jelas Diana. "Sebab itulah aku masih tak boleh lupakan dia. Masa dua tahun bukan sekejap tapi lama. Macam-macam dah dia buat untuk aku. Walaupun akhirnya, dia tinggalkan aku." Kata Bella, air matanya mengalir deras. "Jom." Ajak Darwish.
Darwish yang terdengar cerita dan tangisan mereka berdua rasa sedih. "Tak mengapalah, korang berdua pergilah." Tolak Diana. "Kamu ikut?" Soal Darwish. "Ehm, ikut jelah." Kata Bella.
Bella dan Darwish berjalan-jalan ditepi pantai. "Kenangan pahit dan indah pasti ada sebabnya perkara tu berlaku pada kita. Sama ada perkara itu terlampau menyakitkan hati atau kenangan terindah, pasti ada hikmahnya. Saya dengar apa yang kamu bualkan dengan Diana tadi. Mungkin percintaan kamu yang ini tidak berjaya, dan dia bukan jodoh kamu. Kamu kena terima semua tu. Allah nak kita lebih berjaga-jaga lepas nie. Jangan mudah cair dan percaya kata manis orang lain." Nasihat Darwish kepada Bella.
Bella menahan tangisnya. "Terima kasih." Jawab Bella dalam keadaan sedih. Darwish menghelakan nafas. "Kalau nak nangis, nangislah sekarang. Jangan simpan. Kalau nak cerita, ceritalah." Kata Darwish. Bella yang menahan nangis tadi tidak dapat menahan tangisannya lagi. Dia akhir menangis juga. Dia menangis teresak-esak. "Kalau awak nak tahu, kenapa saya sedih macam nie. Sebab dia adalah cinta pertama saya. Saya dah janji dengan dia yang dialah cinta pertama dan terakhir saya. Saya dah janji. Saya tidak boleh buat apa-apa. Saya tak mampu langgar janji. Saya pun masih sayangkan dia. Dia banyak habiskan masa bersama saya. Dia boleh tunggu saya berjam-jam siap. Dia tunggu di luar sampai hujan pun dia tak kesah. Faham tak maksud tu. Saya terkenang budi dengan dia. Saya tak tahu macam mana nak balas balik." Jujur Bella.
"Ohh, terkenang budi. Kenapa tak jujur sahaja dengan dia. Mungkin dia akan balik kepada awak? Itu mungkin akan berlaku." Cadang Darwish. "Ahh, betul tu. Terima kasih Darwish. Saya nak jumpa dia sekarang." Kata Bella. "Tunggu!" Kata Darwish. Bella yang sudah berdiri pun berpaling. "Saya nak temankan awak." Kata Darwish. Bella tersenyum.
"Hishh. Mana diaorang berdua nie. Dah tinggalkan aku ke? Tak mengapalah. Aku tunggu jelah depan kereta. Bella mengangkat barang yang berat tersebut ke keretanya yang terletak jauh sedikit dari situ. "Eh! Mana kereta! Diaorang tinggalkan aku ke? Huhuhu. Ahh! Aku lupa tadi aku bagi kunci kereta dekat abang. Alah! Dah pergilah tu. Hishh!" Marah Diana, nak saja dia nangis disitu. "Perlukan bantuan?" Kata seorang jejaka. Diana yang tadinya duduk dan termenung mendongak ke atas. Siapakah jejaka tersebut?
-Bersambung-
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Teen FictionDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...