"Abang, nanti kita jumpa nenek hari Ahad niekan?" Soal Diana. "Ye, lagi sehari je masa untuk Diana bersedia untuk jumpa dengan nenek." Beritahu Darwish.
"Tapi adik takutlah. Adik dahlah tak kenal dengan kawan baik abang tu." Kata Diana seolah-olah tidak menyukai apa yang telah dirancang oleh mereka berdua. "Tak apalah, Ril kawan abang tu dia baik. Abang dengar dia dah single balik. Kalau adik sukakan dia pun tak apa." Kata Diana.
"Hish, abang nie. Kitakan berlakon je. Lainlah abang belum berlakon memang dah betul-betul jatuh cinta dengan Bella." Ujar Diana.
"Hehehe, itu biasa. Perkara yang tidak disangka-sangka. Tak tahulah pula kawan adik tu taste abang." Kata Darwish sambil menukar permainan videonya ke permainan video yang lain.
"Taste abang konon. Tak apalah. Adik rasa adik takkan sukakan dia." Beritahu Diana dengan begitu semangat. "Yeke? Abang tak percayalah. Ril tu hensem. Sehensem abang juga." Kata Darwish sambil membuat muka perasannya itu.
"Ececeh, tak payah perasanlah abang. Abang tu bukan hensem sangat pun." Kata Diana sambil memperlahankan suaranya. "Ingat abang tak dengar? Mestilah abang hensem, kalau tak macam mana adik abang nie boleh jadi lawa." Ujar Darwish.
"Yelah.Abang Diana ada janji nak jumpa dengan Bella" Jawab Diana. Dia terus keluar dari rumah.
Diana menelefon Bella. "Assalamualaikum, Bella. Kita jumpa dekat cafe biasa." Beritahu Diana. "Waalaikummusalam, okay. Aku tunggu dekat situ." Jawab Bella lalu menamatkan panggilan.
Di Cafe...
"Kau kenal Syazrilkan?" Soal Diana. "Kenal. Lelaki yang selalu keluar dengan kau." Beritahu Bella. "Aku rasa aku dah sukakan dia." Beritahu Diana sejujurnya. "Kau biar betul. Diakan dah bertunang." Jawab Bella terkejut dengan kata-kata Diana tadi.
"Dia dah putus tunang. Aku tahu mungkin sebab aku diorang putus. Aku selalu keluar dengan Syazril. Tapi, dialah kawan baru aku yang baik sangat." Ujar Diana. "Habis, aku nie? Jahatlah." Soal Bella cemburu dengan apa yang dikatakan oleh Diana. Diana tersenyum. "Kau best friend for ever and ever aku. Mestilah kau best friend terbaik aku in the world." Puji Diana.
"Aku tahu." Jawab Bella lalu menyedut air oren yang dipesannya tadi. "Macam mana ek aku nak buat supaya aku boleh lupakan dia?" Soal Diana meminta pendapat. "Kau jauhkan diri dari dia. Lepas tu kau buang semua barang yang boleh buat kau ingatkan dia." Cadang Bella.
"Buang?" Tanya Diana seolah-olah tidak bersetuju dengan cadangan Bella. "Yup. Kalau boleh novel yang menemukan kau dengan Syazril itu pun kau kena buang." Tambah Bella lagi. "Takkan nak buang novel." Bantah Diana. "Kalau tak nak buang bagi aku." Cadang Bella.
"Nantilah aku fikirkan. Rasa sayang pula nak buang barang orang bagi." Jawab Bella. "Kalau tak nak buang tak mengapa. Kau letak barang tu dalam peti then lock. Mungkin suatu hari nanti barang tu boleh jadi kenangan kau." Ujar Bella lalu membuka Facebooknya.
"Okay juga cadangan tu. Thanks babe." Kata Diana. "No,problem." Jawab Bella yang sedang kusyuk membaca mesej dari kawan lamanya.
Hari yang dinantikan tiba, Diana dan pasangan misterinya akan berjumpa dengan nenek Diana, Nek Tijah. "Haraplah semua berjalan dengan lancar." Kata Diana didepan cermin didalam biliknya sambil membetulkan tudung berwarna merah jambunya itu. Pintu bilik Diana dibuka. Kelihatan seorang gadis memakai jubah berlabuci mendekati Diana.
"Bella!" Jerit Diana lalu memeluk Bella. "Lawanya kawan aku sorang nie. Macam nak kawin je." Puji Bella. "Kau pun. Jom turun." Balas Diana lalu mengajak Bella keluar dari bilik itu dan ke ruang tamu.
"Comelnye anak ibu dua orang nie." Puji Puan. Bella sudah dianggap seperti anak sendiri oleh Puan. "Ibu, tak lama nanti anak mama si Bella nie jadi menantu." Beritahu Diana. Bella mencubit Diana. "Ouch!" Jerit Diana perlahan.
Mereka semua berkumpul diruang tamu. Darwish baru saja keluar dari biliknya. Dia tersenyum melihat semua berada disitu , terutama sekali Bella. "Semua dah siap?" Tanya Darwish. "Ehm, dah." Jawab Diana yang sedang mengupdate instagramnya.
"Jom pergi!" Kata Aryna yang tidak sabar-sabar ingin berjumpa dengan neneknya. "Nanti dulu Aryna. Akak ikut kawan abang. Kita kena tunggu dia sampai dulu. Baru gerak sama-sama.
"Macam manalah rupa dia. Garang macam singa ke? Atau lawak macam minions." Persoalan bermain difikiran Diana yang tidak tentu arah. Pintu rumah diketuk. "Assalamualaikum." Kata jejaka yang akan berlakon dengan Diana. "Kejap, abang nak cakap dengan kawan abang." Kata Dawish setelah membuka pintu rumah untuk bercakap dengan kawan baiknya Ril diluar.
"Ril. Sorry, aku tipu kau. Sebenarnya aku bukan nak bawa kau jumpa keluarga bakal tunang aku. Tapi sebenarnya aku nak minta kau untuk berpura-pura jadi kekasih adik aku." Kata Darwish tentang perkara yang sebenar.
"Huh? Pura-pura jadi kekasih adik kau?" Tanya Ril seolah-olah terkejut. "Please, tolong aku. Kesian adik aku." Pinta Darwish. "Okaylah. Sebab kau bff aku. Tapi lain kali kau bagilah tahu hal sebenar. Jangan tipu aku." Jawab Ril. Mereka berdua masuk ke dalam rumah.
"Ini dia, adik aku. Diana." Kata Darwish. Diana dan Ril saling berpandangan. Mereka berdua terkejut. "Huh? Awak?!" Kata mereka serentak. "Dah kenal ke? Baguslah." Ujar Darwish. "Syazril!" Jerit Diana. "Diana!" Kata Syazril seolah-olah tidak percaya dengan apa yabg dilihatnya.
Didalam kereta...
"Tak sangka kawan baik abang saya adalah orang yang pernah saya kenal." Kata Diana. Syazril yang sedang memandu diam sahaja. Mereka berdua seperti baru sahaja bergaduh.
"Syazril? Awak kenapa? Kenapa dari hari itu awak tak nak cakap dengan saya. Awak benci saya ke? Awak tak suka kawan dengan saya?" Soal Diana bertalu-talu. Syazril masih mendiamkan diri. Dia betul-betul mahu Diana sakit hati dan menjauhkan diri darinya. Dia tidak mahu Diana disakiti oleh Arina.
"Syazril! Awak tak dengar ke? Cuba bagitahu saya apa yang awak buat. Jauhkan diri dari saya?" Tambah Diana lagi.
"Ya!" Jawab Syazril secara tidak segaja.Diana mendiamkan diri sebentar, "Awak dan Arina putus disebabkan oleh saya dan kalau itu sebabnya awak jauhkan diri dari saya. In Sya Allah, saya akan cuba satukan awak balik." Kata Diana yang memandang keluar tingkap kereta dan tidak sesekali memandang Syazril.
"Jangan sebut pasal dia lagi. Saya memang dah tak sukakan dia. Saya yang putuskan tunang tu. Jadi bukan salah awak. Sebab saya jauhkan diri dari awak adalah kerana Arina ugut saya. Kalau saya masih dekat dengan awak, dia akan bunuh awak. Awak kawan saya, saya tak nak awak terluka." Beritahu Syazril tentang perkara sebenar.
"Saya tak kesahlah apa yang dia nak buat dekat saya. Saya tahu Allah akan bantu saya. Kita tak payahlah takut dengan dia." Kata Diana. "Awak kena janji dengan saya, yang awak kena berhati-hati. Kalau keluar bawalah kawan. Jangan keluar sorang-sorang. Saya bukan mengongkong awak, saya cuma nasihat awak je. Kalau ada apa-apa call saya." Nasihat Syazril.
"Kalau awak tahu saya sukakan awak. Adakah awak akan kawan lagi dengan saya?" Kata Syazril sendiri didalam hatinya. "Saya nak sangat awak tahu perasaan saya." Ujar Diana pula didalam hati.
Mereka sampai dirumah nenek Tijah. Semua sepupu Diana sudah berada disitu. Ada yang makan, berbual-bual seperti berhari raya pula. "Diana!" Jerit Alie, sepupu rapat Diana. "Alie!" Jerit Diana pula. Mereka berdua berpelukan.
-Bersambung-
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Teen FictionDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...