Bella's Future

8.6K 251 3
                                    

"Diana, sorry ye. Arina tak dapat pula ajar awak." Kata Syazril. "Tak mengapa, lagipun saya rasa dia tak sukalah awak kawan dengan saya." Beritahu Diana. Mereka berdua berjalan kaki ke kedai butik berhampiran. "Assalamualaikum." Kata Diana. "Waalaikummussalam." Jawab perempuan yang berada di hadapan butik tersebut. "Puan, saya nak minta puan boleh tak ajarkan saya macam perkara yang dibuat sebagai seorang pereka fesyen. Kiranya macam kerja sambil belajar kalau tak dapat gaji pun tak mengapa sebab saya datang sini bukan sebab sebab duit." Terang Diana. "Maaf, akak nie bukan pemilik butik nie. Akak tukang cuci je." Beritahu pekerja tersebut. Semua perkerja disini tidak memakai uniform, hanya pakai baju kurung sendiri.

Diana menepuk dahi, punya panjang lebar dia menerangkan tujuannya datang ke butik tersebut rupanya itu bukan pemilik butik itu. Syazril pula tersenyum sahaja melihat Diana yang bersungguh-sungguh menerangkan semua tujuannya datang pada orang yang salah. Mula-mula, Syazril mahu beritahu hal sebenar tapi dibiarkan saja. Diana dan Syazril masuk ke dalam. "Ya, nak beli baju kawin ke?" Soal pemilik butik tersebut, Puan Asyikin. "Wah, kamu berdua memang pasangan yang serasi." Puji Puan Asyikin.

Diana dan Syazril saling berpandangan muka mereka berdua merah padam. "Err, kami bukan nak kawin." Beritahu Diana. "Oh, dah kawin rupanya. Marilah duduk." Pelawa Puan Asyikin. Diana dan Syazril mengelakan nafas yang tidak lega, Puan Asyikin masih belum tahu kebenarannya. Mereka bertiga duduk. Diana menceritakan semula sebab dia datang ke butik tersebut.

"Oh, awak nak berkerja sambil belajar." Ujar Puan Asyikin. "Ya." Jawab Diana. "Ok, saya terima. Tapi sekarang nie ekonomi butik saya dah tak kukuh macam dulu. Sekarang nie baju saya dah tak laku. Bila-bila masa je boleh gulung tikar." Kata Puan Asyikin. "Ha?! Kalau puan benarkan, saya nak tolong puan. Saya pelajar dari universiti di Korea. Saya ambil jurusan dalam bidang rekaan." Beritahu Diana.

"Macam mana awak nak bantu saya? Awak pandai mereka baju ke?" Soal Puan Asyikin. "Mestilah." Kata Diana. "Kalau macam tu saya nak bantu dari segi kewangan. Boleh?" Pinta Syazril. "Ya Allah, terima kasih dengan semua rezeki yang kau berikan daripada suami isteri ini." Doa Puan Asyikin. "Erkkk..." Kata Diana dalam hati. "Bila saya boleh kerja?" Tanya Diana. "Anytime you want!" Jawab Puan Asyikin tersenyum. "Esok boleh?" Tambah Diana.

"Boleh sangat!" Jawab Puan Asyikin. "Oklah, kami pulang dulu. In sha allah, esok saya akan datang hantar Diana." Beritahu Syazril. "Eh, kenapa dia nak hantar aku pula?" Soal Diana dalam hati.

"Kenapa awak cakap awak nak hantar saya tadi?" Soal Diana. "Saja, baru nampak macam suami isteri betul- betul. Ceyhh!" Kata Syazril. "Awak nie, jangan cakap macam tu. Kalau Arina dengar pasti dia kecewa."Nasihat Diana. Syazril mengelakan nafas. "Kalau awak nak tahu, Arina dah pun buat saya kecewa." Beritahu Syazril.

"Huh? Apa yang dia buat dekat awak?" Soal Diana. "Saya dah tak sayangkan dia. Kalau kita berlakon macam pasangan kekasih pun bagus. Baru dia tahu bukan dia sahaja yang boleh menduakan saya." Kata Syazril. "Menduakan? Maksudnya dia dah ada kekasih lain?"Tanya Diana.

"Hhm, hari tu saya nampak dia dengan seorang lelaki. Kalau lelaki tu kawan dia sekali pun, perlu ke sampai pegang tangan?" Soal Syazril. "Aku dengan abang aku pun pegang tangan. Takut sangat kalau aku hilang." Kata Diana dalam hati. "Mungkin dia ada kekasih lain. Tapi awak kenalah siasat dulu." Cadang Diana. "Kalau dia ajak aku jadi kekasih tipu dia pun tak apa kot sebab aku pun nak minta tolong dia dengan perkara yang sama. Tapi kesian abang susah-susah je carikan pasangan berlakon depan nenek nanti. Patut aku suruh abang tak payah tolong atau biarkan je?" Fikir Diana dalam hati.

"Terima kasih sebab hantarkan saya." Kata Diana. "Sama-sama, lagipun saya hantarkan awak dekat shopping mall tadi je." Jawab Syazril. "Apa-apa pun nanti saya telefon awak. Kalau awak nak telefon saya pun tak apa. Tapi mesti bersebab!" Ujar Diana. Syazril tersenyum. "Ok, saya nak pastikan cuti awak tahun nie yang paling bermakna." Beritahu Syazril. "Ceyhh! Yelah." Diana mengakhiri perbualan mereka lalu dia keluar dari kereta Syazril dan menunggu Syazril memandu keretanya jauhnya.

Sepasang mata memerhati gerak geri mereka berdua. "Diana, kau sudah melampau!" Kata Arina sendiri.

"Diana!" Jerit Arina. Dia berpaling kebelakang. Satu tamparan diberi oleh Arina. "Jangan berani ganggu hubungan aku dengan Syazril! Kalau tak hancur rancangan aku." Arina memberi amaran lalu beredar dari situ. Diana mengusap pipinya yang merah ditampar Arina. "Rancangan?" Soal Diana sendiri.

Diana masih memikirkan apa yang dicakapkan oleh Arina."Dia ada rancang sesuatu ke? Aku takut kalau dia tipu Syazril. Dia baik sangat dengan aku. Aku tak nak dia sedih. Nanti aku pun akan sedih. What! Buat apa aku nak sedih, dia bukan sesiapa pun. Not close friend, just friend." Fikir Diana sendiri." Diana? Are you ok?" Soal Darwish yang menyedari adinya termenung dari tadi. "Ha?! I'm ok. Thanks."Jawab Diana. Telefonnya berdering, dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello? Bella, kenapa?" Soal Diana

"Aku nak ajak kau keluar kejap." Beritahu Bella menangis teresak-esak.

"Kau kenapa?" Tanya Diana yang mula risau.

"Jumpa je tempat biasa. Nanti aku bagitahu." Kata Bella.

"Jangan cakap yang ini sebab Fazrul." Fikir Diana. Dia terus bersiap dan meminta izin ibunya untuk keluar. Dia memandu kereta dengan laju namun masih berhati-hati. Setelah tibanya Diana di restoran biasa diperginya bersama Bella. Dia mencari kelibatan Bella. Bella kelihatan sungguh lesu. Diana menghampirinya. Lalu dia duduk disebelah Bella. "Jangan nangis lagi, kenapa nie?" Soal Diana.

"Ingat tak nasihat kau dekat aku. Kalau boleh patah balik, aku akan ikut cakap kau." Kata Bella. "Do you mean, Fazrul?" Soal Diana lagi. "Ya, dia tipu aku. Dia kata dia sayang aku. Padahal dia bukan sayang aku langsung. Selama nie dia tipu aku. Aku percayakan dia. Tapi, this what I got. Aku menyesal sangat kenal dia." Beritahu Bella. "Cara dia putuskan mangsa dia lagi menyakitkan. Betulkan?" Tanya Diana. "Betul tu." Jawab Bella. "Dia bawa mangsa baru dia jumpa kau. And then, cakap yang dia dah tak sayangkan kau. Cakap yang kau dah tak menarik bagi dia." Kata Diana.

"Macam mana kau tahun?" Soal Bella keliru. "Setahun setengah adalah tempoh masa kau dengan dia, dan semalam cukup setahun setengah. Betulkan?"Tanya Diana. "Diana, how you know that?" Soal Bella lagi. "Aku adalah salah satu mangsa dia. Aku jumpa dia dekat Korea tahun kedua aku belajar dekat sana. Tahun tu jugalah aku tak balik Malaysia. Jadi tiada siapa yang tahu aku ada hubungan dengan dia. Dialah kekasih pertama aku, macan kau juga aku kena. Bukan kita dua je, ramai lagi. Aku pernah jumpa lima orang dari mangsa dia. Semuanya diputuskan dengan cara sama, tempoh masa yang sama. I realy sorry if I'm not telling you about this. But I want you to know about life. You will be more careful after this." Ujar Diana panjang lebar.

"Kalau kau tak ada masa nie, mungkin aku dah bunuh diri."Beritahu Bella. "No! Kalau aku tak ada di sisi kau pun, kau kena kuat. Kalau kau bunuh diri, maksudnya kau rela kalah dengan lelaki yang tak tahu harga diri tu. Mungkin kalau kau buat macam tu, dia akan anggap perempuan lemah." Nasihat Diana.

"Ya Allah, apa yang aku cakap nie. Bunuh dirikan berdosa aku akan masuk nerhaka." Fikir Bella. "Aku juga dah ingatkan kau, couple haram. Kalau kau masih bersama dia lama lagi. Makin banyak dosa kau. Sorry kalau apa yang aku cakap nie buat kau rasa bersalah. Tapi baik kau bertaubat." Kata Diana.

"Ya Allah, kenapa aku lupa semua nie. Aku dah jauh dari jalan Allah. Aku lupa segala-galanya. Nasib baik kau ada. Kalau tak aku dah tak tahu macam mana dengan aku." Kata Bella sedih. "Janganlah nangis lagi. Hey, you don't need to cry because of that stupid man. Just be you. Kalau esok aku bawa kau jalan-jalan nak?" Soal Diana. "Ya ke?" Soal Bella.

"Yelah. Pukul 10 pagi, aku databg ambil kau. Jangan lambat nanti tinggal." Beritahu Diana. "Cara cakap tu macam bukan kita dua je yang nak pergi jalan-jalan." Teka Bella. "Ehh, macam tahu-tahu pulak. Esok aku bawa someone special yang kau pernah jumpa dan mungkin kau dah lupa sebab kau dah lama tak jumpa dia." Kata Diana. "Siapa?" Soal Bella. "Kalau aku bagitahu dah tak speciallah. Esok tunggu jelah. Nanti kau tahu juga." Beritahu Diana.

"Ehm, yelah kawan baikku. Kalau kau tak ada aku mungkin kesepian." Kata Bella. "Dah, tak yah nak sedih-sedih lagi. Si Fazrul tu bukan sesiapa pun. Dia tu penghancur hidup orang je." Kata Diana.

"Betul tu. Terima kasih, Diana. You are my best friend ever! Esok aku akan jadikan hari baharu dimana, no more Fazrul!" Bella berazam. Diana tersenyum melihat sahabatnya. Dia bersyukur kerana Bella tidak lagi kesedihan.

...Bersambung...

Our Perfect Story (Malay)Where stories live. Discover now