"Ada bawa kekasih hati ke?" Soal Alie. "Habis tu, aku datang sini dengan siapa?" Jawab Diana. Syazril keluar dari kereta mewahnya.
"Hensemnya kekasih kau!" Puji Alie. "Hehehe, jomlah masuk." Ajak Diana. Syazril berada disamping Diana. Dia masih berasa tidak selesa dengan keluarga Diana yang begitu ramai. Lagipun Syazril masih tidak mengenali keluarga Diana. Mereka berdua duduk di sofa rumah Nek Tijah. Tiga orang sepupu perempuan Diana, Sasya, Amie, Tasya menarik Diana.
"Siapa lelaki tu?" Soal Sasya. "Dia kekasih betul Ana ke?" Tanya Amie. "Hensemnya Dia. Ala-ala artis k-pop lagi tu." Puji Tasya.
Soalan itu membuat Diana pening ingin menjawabnya. "Dia Syazril. Ya Dia kekasih Ana. Kenapa?" Balas Diana lalu membetulkan tudungnya. "Macam mana Ana boleh kenal Syazril tu?" Soal Sasya lagi. "Kitaorang jumpa dekat pesta buku." Jawab Diana seolah-olah malas mahu menjawab soalan sepupunya yang menyebuk tu.
"Boleh cerita lagi detail?" Pinta Amie. "Malaslah. Korang nie sibuk tanya fasal Syazril tu kenapa? Korang nie tak ada buah hati ke?" Tanya Diana seolah-olah tidak suka dengan soalan mereka.
"Nanti aku kenalkan tunang aku dekat korang." Kata Amie. "Kau Amie. Kenapa tunang tak ajak?" Soal Diana. "Hehehe, sorry keluarga belah mama akulah. Melebih-lebih. Keluarga sini sikit je pergi. Hari itukan ibu dan ayah kau je pergi." Beritahu Amie. "Apa-apa pun. Tahniah. Semoga kahwin cepat. Dapat baby comel-comel. Boleh nanti Mak Ana belikan baju comel-comel." Kata Diana yang tidak sabar-sabar ingin mendapat anak saudara.
"Kau yang patut kawin dulu. Aku teringin nak tengok anak kau. Pasti comel. Papa macam korea sikit. Mama pula memang dah putih. Mata besar mesti anak perempuan kau ikut mata kau." Ujar Sasya. "Ibu Syazril memang orang Korea. Korea Muslim." Beritahu Diana tentang Syazril. "Fuyoo, mesti nanti keluarga belah mak mertua kau semua orang korea." Kata Tasya.
"Yang paling aku bersyukur, semua keluarga belah mak dia Islam. Kalau buat kenduri atau apa-apa yang perlu baca Al-Quran ke, boleh diorang baca." Ujar Diana.
Mereka semua di panggil ke ruang tamu untuk acara kenal-kenalan. Setiap tahun Nek Tijah hanya akan suruh mereka memberitahu nama kekasih mereka sahaja. Kini Nek Tijah menyuruh mereka memberitahu kisah pertemuan mereka. "Okay, pada hari ini, nenek akan mulakan dulu dengan sebab kenapa setiap tahun nenek kena panggil kamu semua berkumpul untuk bawa kekasih atau tunang korang pada tahun ini." Ujar Nek Tijah.
"Tujuannya adalah kerana nenek tak mahu kamu jadi seperti Pak Ngah kamu. Dia ditinggalkan oleh kekasih dia. Kekasih dia nak kawin. Tapi pak ngah kamu tak nak. Mereka dua berpisah sebab tulah. Pak Ngah kamu sekarang dah tak tahulah. Kerja saja kerja dia. Dia memang tak nak kawin. Nenek bukan nak memaksa, tapi nenek tak nak kamu semua merana. Mulai tahun depan, nenek takkan lagi memaksa kamu. Nenek tahu, kamu semua tak suka. Kamu semua pilihlah kekasih kamu betul-betul. Supaya nanti tidak merana." Nasihat Nek Tijah panjang lebar.
Acara kenal-kenal dimulakan dengan Airil. Dia mengenalkan tunangnya. Kekasihnya, Kartina cantik sekali. Baik, sopan santun. Mereka berjumpa di majlis kenduri kawin sahabat Airil. Mereka juga akan berkahwin pada tahun hadapan.
Kini giliran Darwish pula mengenalkan Bella kepada sepupunya. "Assalamualaikum. Ini Bella. Dia adalah seorang yang sangat baik hati. Walaupun kami belum bertunang, saya yakin yang jika Allah betul-betul mahu kami menikah maka perkara itu akan terjadi. Jika kami kawin nanti kamu semua kena datang. "Sebenarnya, kami hanya berpura-pura tapi kami terus jatuh cinta antara satu sama lain. Kamu semualah orang pertama yang mengenali kekasih saya. Bella nie kawan baik Ana." Kata Darwish. Nama gelaran untuk Diana adalah Ana.
"Kami juga ada bercadang akan bertunang hujung tahun nie." Ujar Bella pula.
Giliran Diana tiba. Mereka berdua seperti pasangan yang amat serasi. "Assalamualaikum, saya Syazril. Kekasih Diana. Saya kenal dengan Diana waktu di pesta buku. Kami mahukan buku yang sama dan buku tu tinggal satu. Diana yang dapat buku tu. Kisah tu masih dalam ingatan saya." Ujar Syazril.
"Syazril banyak bantu saya. Saya sangat bersyukur sebab Allah temukan saya dengan dia. Dia tolong carikan saya kerja untuk belajar menjadi seorang pereka fesyen. Dia tolong saya untuk menjadikan cuti saya tahun nie menjadi cuti yang amat bermakna untuk saya." Kata Diana lalu menitiskan air mata. Syazril mengelap air mata Diana dengan tisu.
"Saya sukakan awak." Kata Syazril. Diana memandang Syazril, dia terkejut. "Saya pun sukakan awak." Ujar Diana. Mereka semua bertepuk tangan. Diana dan Syazril melihat mereka lalu tersenyum.
Setelah acara selesai, Puan Riana meminta mereka untuk balik. Puan Riana, Aryna dan Arina akan tinggal disini untuk beberapa hari. Darwish meninggalkan satu kereta. Mereka berempat menaiki kereta Syazril.
"Apa kata kita ke shopping mall kejap. Kita jalan-jalan dulu." Ajak Diana. "Okay." Balas Syazril. Darwish dan Bella yang duduk dibelakang tersenyum lalu mengajuk kata-kata mereka tadi.
"Saya sukakan awak." Ajuk Darwish. "Saya pun sukakan awak." Ajuk Bella pula. Diana yang sedang membalas mesej Puan Riana memarahi mereka berdua. "Sibuk je mengajuk!" Marah Diana sambil tersenyum. Diana malu sebenarnya. Syazril pula tersenyum saja.
"Sebenarnya, kami hanya berpura-pura tapi kami terus jatuh cinta antara satu sama lain." Ajuk Syazril pula.
"Kami juga ada bercadang akan bertunang hujung tahun nie." Kata Diana mengajuk Bella. Mereka berempat ketawa."Menyempat lagi korang mengajuk kitaorang." Kata Bella. "Korang pun sama je." Balas Diana.
Sampai di mall, mereka berempat ke restoran Seoul Garden disana mereka boleh memasak makanan sendiri. "Tak sangka korang berdua dah kenal." Beritahu Darwish.
"Adik pun tak sangka Syazril nie kawan baik abang. Abang bukan nak bagitahu. Asyik Ril, Ril, Ril." Kata Diana. "Bukan tak nak bagitahu, kalau bagitahu pun adik bukan kenal pun. Ini pun kebetulan adik kenal. Kalau tak sia-sia je cakap." Ujar Darwish.
Setelah selesai makan, mereka berempat berpecah. Diana dengan Syazril, Darwish pula bersama Bella. Mereka ke kedai yang ingin dituju.
Setelah selesai membeli-belah, Darwish dan Bella balik menaiki teksi. Tinggal Diana dan Syazril sahaja yang menaiki kereta. "Saya nak bawa awak pergi ke suatu tempat." Pelawa Syazril. "Kemana?" Soal Diana. "Ikut jelah." Balas Syazril.
Mereka sampai ditempat yang ingin dibawa oleh Syazril. "Wah! Pantai." Diana teruja. "Saya suka sangat pergi ke pantai. Selalunya saya pergi diving. Tapi sekarang nie jarang, saya selalu peri dengan abang awak." Kata Syazril.
"Patutlah kalau ajak pergi berenang dia selalu ikut." Balas Diana. Kelihatan seorang wanita yang mereka kenali memegang pisau. "Kenal aku?" Soal wanita tersebut.
-Bersambung-
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Teen FictionDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...