"Cik nie dari mana?" Tanya pemuda tersebut. Namanya Amirul. "Saya dari Selangor. Tapi kampung saya dekat Perak." Ujar Diana. "Oh, saya Amirul." Beritahu Amirul. "Saya Diana." Jawab Diana. "Awak tinggal di chalet mana?" Soal Amirul. "Chalet warna putih tu." Jawab Diana.
"Oh, itu chalet milik ayah saya." Ujar Amirul. "Owh, chalet milik ayah awak rupanya. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu." Kata Diana. "Boleh kita jumpa lagi?" Soal Amirul. "In sha Allah." Balas Diana lalu pergi dari situ.
Setelah penat bermain mereka semua pulang ke Chalet untuk solat dan berehat. "Siapa lelaki tadi? Dia tak tahu ke aku dah ada yang punya." Kata Diana lalu melihat cincinnya. Dia terkejut. Cincin itu hilang. Diana solat dahulu lalu keluar untuk mencari cincin itu bersama Aryna setelah mendapat kebenaran dari Encik Raizan dan Puan Riana.
"Mana cincin tu?" Kata Diana sambil menguis-guis pasir di pantai tadi. "Cincin kakak hilang?" Soal Aryna. "Ya. Cincin tu kawan kakak bagi." Beritahu Diana. "Kawan istimewa ke?" Tambah Aryna. Diana melihat Aryna lalu tersenyum dan mengangguk. "Awak cari apa?" Soal Amirul. "Owh, Amirul. Saya cari cincin saya." Beritahu Diana. "Cincin apa?" Tanya Amirul. "Dari kawan istimewa." Aryna pula menjawab.
"Owh, kawan istimewa." Amirul sedikit kecewa kerana dia mula jatuh hati dengan Diana. "Biar saya tolong carikan cincin tu dengan awak." Tambah Amirul lagi. Setelah lama mencari mereka masih tidak mendapat kesan dimana cincin itu berada, Diana yakin bahawa cincin itu hilang disitu kerana dia jatuh disitu tadi. "Tak apalah Amirul. Terima kasih sebab tolong saya cari cincin tu. Tak adalah pula." Kata Diana sedikit kecewa lalu beredar dari situ bersama Aryna.
"Itu ke kawan istimewa kakak?" Soal Aryna. "Eh, bukan! Baru jumpa takkan nak jadi kawan istimewa pula." Jawab Diana. "Tapi dia baiklah. Dia macam sukakan kakak je." Ujar Aryna. "Kalau dia suka kakak sekalipun kakak bukan suka dia. Kakak suka orang lain." Beritahu Diana. "Abang yang kakak bawa jumpa nenek ye?" Aryna teringatkan Syazril yang hari itu dibawa Diana berjumpa dengan nenek mereka.
Diana melihat Aryna. "Tahu pun. Jom cepat balik kita nak masak bbq nie. Nanti habis udang, ayam, daging..." Belum sempat Diana menghabiskan ayatnya Aryna menyambung. "Cepat! Cepat kakak." Kata Aryna sambil menarik Diana untuk berlari bersamanya.
"Jumpa cincin?" Soal Darwish yang sedang mengipas makanan yang sedang dibakar. "Tak jumpalah abang." Jawab Diana kecewa. "Alah, tak apa. Bukan cincin kawin pun. Nanti abang bagitahu dekat Syazril. Dia bukan jenis yang suka marah." Beritahu Darwish. "Alah, abang jangan! Biar Diana cakap sendiri." Ujar Diana.
"Okaylah. Nanti adik cakap je elok-elok dengan Syazril." Kata Darwish. "Ya, tapi abang jangan cakap dulu." Pinta Diana yang sedang gelisah. "Kenapa Ana?" Soal Encik Raizan. "Cincin kawan Ana bagi hilang." Beritahu Diana. "Hilang pula. Nanti cubalah cari. Bukannya cincin kawin pun. Dia cuma nak ikat kamu je." Ujar Encik Raizan. "Ikat?" Soal Diana yang tidak faham.
"Ayah rasa dia bagi cincin tu sebab dia nak orang tahu kamu tu dah ada yang punya." Encik Raizan menerangkan tentang apa yang dikatakannya tadi.
"Mungkin." Jawab Diana. "Sekarang nie jangan sedih-sedih dulu. Abang yakin bila diana beritahu tentang hal nie Syazril akan okey je." Darwish memberi kata-kata semangat. Diana hanya tersenyum.
Malam itu, Diana memikirkan tentang cincin tersebut. Dia risau Syazril akan kecewa. Telefonnya berdering.
"Hello. Assalamualaikum." Kata Diana.
"Waalaikumussalam, Diana." Jawab Syazril.
"Ya." Ujar Diana.
"Awak sihat? Okay ke dekat sana?" Soal Syazril.
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Roman pour AdolescentsDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...