Family Day

5.8K 180 4
                                    

"Diana macam tak tahu Bella pula." Ujar Bella memujuk Diana. "Diana kenallah Bella. Diana sengaja je buat macam tu." Kata Diana jujur.

"Bila korang nak beli baju pertunangan?" Soal Syazril. "In sha Allah , minggu depan." Jawab Darwish yang tadinya sibuk dengan telefonnya. Setelah selesai makan mereka semua pulang ke rumah masing-masing.

"Diana tolong ibu masak." Pinta Puan Riana. "Baik ibu. Diana nak masuk bilik tukar baju dulu." Jawab Diana dengan sopan. "Baiklah kalau macam tu." Ujar Puan Riana. Diana membantu ibunya masak lauk untuk makan malam. Diana dan Puan Riana memasak kari daging kegemaran Darwish dan sup sayur.

Ketika mereka semua sedang menikmati hidangan tersebut di atas meja makan, telefon Diana berbunyi. Mesej diterima daripada Syazril.

"Esok saya nak ajak awak keluar boleh?" Syazril.

"Tak bolehlah. Sorry, family day esok. Empat hari tak ada dekat sini. Kita orang pergi Pulau Pangkor. Awak nak ikut? Nanti saya tanya ayah saya." Diana.

"Eh, tak mengapa. Saya bakal family awak tapi belum lagi. Huhuhu." Syazril.

"Akan datang." Diana.

"Sibuknya Diana balas mesej kawan tu. Kawan istimewa ke?" Soal Encik Raizan. "Mana adalah ayah. Kawan je." Balas Diana. "Yelah sangat kawan. Tahu sangat Syazril. Bakal tunang Diana ayah, ibu." Beritahu Darwish. Mata Diana membulat tanda dia marah kepada abangnya yang suka mengenakannya.

"Masalahnya belum lagikan!" Marah Diana. "Tapi nanti Diana bagitahu juga. Baik abang yang sampaikan." Jawab Darwish. "Jangan gaduh. Asyik gaduh je korang nie." Ujar Puan Riana.

"Kakak dah ada kekasih? Fuyoo, dulu kakak yang kata dekat adik yang kakak tak nak kawin." Kata Aryna. "Tu dulu. Sekarang lain adik oii." Balas Diana. "Dulu waktu ada orang nak dekat akak, akak tak nak. Akak kata akak tak nak kawin dengan dia." Ujar Arian pula. "Arian, Aryna. Kan akak dah kata tu dulu. Sekarang akak dah ada yang suka, adik tak suka ek akak kawin?" Soal Diana.

"Sukalah. Nanti akak dapat baby comel." Kata Arian. "Macam Aryna!" Ucap Aryna. Mereka semua ketawa.

"Diana sekejap je saya nak jumpa awak. Saya nak bagi awak sesuatu." Syazril menghantar mesej tersebut kepada Diana.

"Okaylah. Saya dengan family gerak petang. Tapi sekejap jelah jumpa." Balas Diana lalu bersiap untuk berjumpa dengan Syazril.

"Saya nak bagi awak cincin nie." Kata Syazril. "Untuk apa? Kita belum tunang lagi." Soal Diana. "Manalah tahu nanti ada yang berkenan dengan awak waktu cuti. Sekurang-kurangnya orang tahu awak saya punya." Ujar Syazril. "Siapa kata saya awak punya?" Soal Diana sengaja mahu mempersoalkan kata-kata Syazril.

"Sayalah yang kata." Beritahu Syazril. Diana tersenyum. "Yelah, nanti waktu pergi bercuti nie saya pakai cincin nie." Akur Diana. "Saya balik dulu. Kalau nak jumpa lama-lama sampai bila-bila pun boleh asalkan..." Belum sempat Diana menyambung ayatnya Syazril mencelah.

"Nikah? Betul tak?" Teka Syazril. "Tahu pun. Habis tu bila lagi?" Soal Diana. "Awakkan tengah belajar nanti kalau awak dah habis belajar kita kawin okay? Sekarang nie kita tunang dulu." Cadang Syazril. "Okaylah. Saya setuju. Tapi awak mesti pegang pada janji awak." Ujar Diana.

"Jangan pernah marah isteri tapi didik sampai isteri jadi solehah." Kata mereka serentak. Mereka berdua tersenyum. Cincin itu terukir Awish Ana.

Diana memasukkan semua barang ke dalam bagasi. Mereka akan bertolak untuk pergi ke Pulau Pangkor tidak lama lagi. Diana membaca doa menaiki kenderaan sebelum bertolak ketika berada didalam kereta. Sewaktu dalam perjalanan Diana membaca buku novel yang diminatinya. Darwish pula sibuk dengan blongnya. Aryna dan Arina pula teruja melihat suasana dalam perjalanan.

"Ibu, ayah. Bila nak sampai. Aryna dah bosan nie. Lagipun Aryna lapar." Rungut Aryna. "Sabarlah adik oi. Nak dekat sampai dah. Lagi beberapa minit je." Jawab Diana. "Yelah." Ujar Aryna mengalah.

Setelah sampai di situ mereka pergi ke feri untuk pergi Pulau Pangkor. Sesampai saja mereka di Pulau Pangkor, van yang dinaiki mereka bertolak ke chalet yang ditempah Encik Raizan.

Chalet itu bertemakan warna putih. Diluar terdapat kolam renang. Tempat untuk duduk juga ada disitu. Encik Raizan menempah tiga buah bilik Diana berkongsi bilik bersama Aryna, Darwish pula bersama Arina manakala Encik Raizan bersama demgan Puan Riana.

Mereka keluar dari chalet setelah selesai solat magrib, mereka berjalan kaki ke kedai makan kerana chalet dan kedai makan disitu dekat sahaja. Kedai makan itu terletak berhampiran dengan pantai. Mereka makan dengan bersungguh-sungguh terutama sekali Aryna yang kelaparan. "Nanti esok Aryna nak mandi sini lepas itu Aryna nak naik bot pergi pulau kecil dekat tengah pantai tu." Pinta Aryna.

"Wah, Aryna dah tahulah apa yang boleh kita buat dekat sini. Lepas itu Diana nak beli hadiah untuk kawan-kawan Diana." Ujar Diana. "Diana dari mana kamu dapat cincin tu?" Soal Puan Riana yang baru sedar Diana memakai cincin pemberian Syazril. "Cantiklah." Puji Puan Riana membelek-belek cincik itu. " Hehehe, kawan bagi." Jawab Diana. "Kawan istimewa." Sengaja Darwish mahu menyakat Diana.

"Apa-apa jelah abang. Kalau betul sekali pun Syazril kawan istimewa adik kenapa? Bukan kacau hidup abang pun. " Balas Diana yang sudah malas mahu melayan perangai Darwish. "Tahu takut." Balas Darwish. "Hish, abang! Janganlah!" Marah Diana. "Sudah-sudahlah tu. Kamu berdua nie ayah ikat dekat pokok kelapa tu karang baru tahu." Kata Encik Raizan.

"Ikat dekat pokok?" Soal Arian. "Ye, Arian nak ke kena ikat dekat pokok?" Soal Encik Raizan. "Nak!" Jawan Arian. Mereka semua ketawa. Dalam perjalanan pulang mereka semua sudah kenyang menikmati hidangan tadi dah sudah menyantuk kecuali Arian.

"Ayah, ibu. Bila nak ikat Arian dekat pokok kelapa?" Tanya Arian yang masih mahu diikat di pokok kelapa. "Arian, ayah bergurau je dengan abang dan kakak kamu tu. Kita datang sini bukan nak kena ikat dekat pokok atau kena marah. Kita nak bergembira." Jawab Encik Raizan.

"Tapi Arian lagi suka kena ikat dekat pokok. Bergembira." Ujar Arian. "Sudah-sudahlah tu Arian. Tak adanya kamu tu nak kena ikat dekat pokok." Kata Diana. "Ehm, tak apalah." Arian sudah merajuk.

"Abang Arian, jangan merajuk." Pujuk Aryna. "Hmm, abang dah tak merajuk lagi." Jawab Arian.

Keesokkan harinya, mereka semua siap dengan pakaian renang. Puan Riana, Diana dan Aryna memakai pakaian renang muslimah. "Aryna tak sabar-sabar nak berenang. Nanti naik bot! Yeay!" Ujar Aryna keriangan.

"Nanti abang Darwish teman Aryna. Aryna nak beli mainan buat istana dekat sana." Aryna mengajak Darwish pergi ke kedai mainan. "Abang, Arian nak beli pistol mainan." Pinta Arian sambil memegang tangan Darwish.

"Ya, adik-adikku. Adikku yang lagi seorang nie nak apa?" Tanya Darwish kepada Diana. Diana dan Darwish rapat manakala Arian rapat dengan Aryna. "Abangku seorang nie, adik nak bola. Kita main sama-sama." Pinta Diana.

Puan Riana dan Encik Raizan menunggu mereka berempat di pantai. Mereka semua bergembira main dengan alat-alat permainan yang dibeli oleh Darwish. Diana dan Darwish bermain bola bersama-sama.
Setelah penat bermain, mereka berdua berhenti bermain sebentar. Diana membelek-belek cincinnya. "Cincin nie longgar." Kata Diana dalam hati.

"Jom main." Ajak Darwish. Ketika mereka sedang riang bermain, Diana terjatuh. "Adik. Okay?" Soal Darwish yang membantu Diana bangun. "Okay. Ibu, ayah, Arian, Aryna! Jom naik bot." Ajak Diana. Aryna melompat-lompat keriangan.

Mereka semua sangat gembira menaiki bot itu. "Lajunya!" Jerit Aryna. "Wuuuu... Bestnya!" Jerit Arian pula. Pemandu bot tersebut menceritakan sejarah pulau-pulau yang ada disitu. Akhirnya mereka dihentikan di satu pulau. "Yeay. Jom berenang!" Ajak Aryna keriangan. Mereka semua berenang, Diana pula membeli makanan yang dijual disitu.

Setelah selesai membeli makanan, seseorang menegur Diana. "Cik." Kata pemuda tersebut. Diana berpaling, sepertinya Diana tidak mengenalinya. "Ya?" Jawab Diana.

-Bersambung-

Our Perfect Story (Malay)Where stories live. Discover now