"Lumat dah?" Soal Diana. "Kena ulang lagi ke?" Kata Darwish. "Kalau rajin ulanglah lagi." Ujar Diana. "Eleh, abang malas." Kata Darwish lalu menghidupkan enjin kereta.
"Abang, esok apa kata kita pergi shopping ke. Kalau tak pun kita pergi jalan-jalan je." Pelawa Diana ketika sedang berhenti di lampu isyarat bertukar menjadi merah. Waktu itu juga kereta Syazril berhenti bersebelahan dengan kereta Diana yang dipandu oleh Darwish.
Syazril melihat Diana ketawa bersama dengan lelaki yang memandu kereta tersebut. Namun Syazril tidak dapat melihat dengan jelas siapa lelaki tersebut. Yang pasti bukan ayah Diana kerana ayah Diana masih di oversea."Siapa lelaki tu. Abang dia ke? Atau... Kekasih dia?" Soalan itu bermain difikiran Syazril sejak dari tadi. Dia masih tertanya-tanya siapakah lelaki yang bersama Diana tadi.
Syazril mengekori kereta tersebut sehingga tiba dirumah Diana. Terlihat kereta tersebut masuk ke dalam rumah. Lalu pintu pagar automatik tersebut tertutup. Syazril masih tidak berkesempatan melihat lelaki tersebut. Dia juga terasa hiba kerana dia rasa lelaki itu kekasih Diana.
"Takkan Diana bawa lelaki balik rumah. Aku yakin itu cuma kawan dia je ataupun itu abang dia. Dianakan kuat agama, aku yakin itu abang dia." Kata Syazril sendiri lalu memandu kereta pulang ke rumahnya.
"Arhhh! Diana! Kau memang selalu buat aku sakit hati! Kau memang perampas Syazril dari aku. Kau yang selalu malukan aku. Kau nie memang menguji kesabaran aku. Kau tunggu apa yang aku nak buat dekat kau. Biar aku tak nampak lagi muka kau!." Kata Arina yang ketika itu berada diruang tamu rumahnya.
"Abang, nanti kita dah kena jumpa nenek. Adik takutlah nak pergi bawa kawan abang tu jumpa adik. Adik malulah." Kata Diana. "Alah, tak apa. Nanti esok Diana kenal-kenallah dengan dia. Dia baik." Beritahu Darwish dengan penuh yakin.
"Tapi abang..." Kata Diana dengan raut wajah yang sedih. "Tak de tapi tapi. Nanti minggu depan jumpa nenek adik pergi rumah nenek dengan kawan abang tu tau." Beritahu Darwish sambil membuka televisyen untuk main permainan video.
"Abang. Takkanlah adik nak ikut dia. Abang pula dengan Bellalah." Kata Diana, mukanya semakin monyok. "Yelah. Naik kereta sama-sama je. Sekejap je, lepas jumpa nenek terus pisah." Beritahu Darwish memujuk adiknya yang agak tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh abangnya itu.
"Abang, adik nak tanya abang." Kata Diana. "Apa? Tanyalah." Ujar Darwish yang sedang bermain game naruto. "Abang ada apa-apa ke dengan Diana?" Soal Diana. Darwish terbatuk, terkejut mungkin dengan soalan tiba-tiba adiknya itu. "Mana ada!" Jawab Darwish seolah olah ingin menyembunyikan sesuatu.
"Yeke? Sorry tapi adik terbaca mesej abang dengan Bella." Beritahu Diana dengan jujur. "Alamak! Masak aku! Diana dah tahu pula." Kata Darwish dalam hati. "Memang betul pun. Abang dah sukakan kawan baik adik tu. Tapi jangan salahkan abang. Kawan baik adik abang sorang nie pun sukakan abang." Jawab Darwish memberitahu perkara sebenar.
Diana tersenyum. Akhirnya, dia mengetahui juga perkara yang disorokkan oleh abangnya dengan Bella. "Adik okay je abang dengan Bella. Tapi abang kene ingat kalau abang main-main hubungan adik dengan dia pun akan regang juga. Abangkan tahu dia pernah kena tipu macam adik nie. Kalau abang serious dengan dia. Kawin. Kawin dengan dia abang. Biar Diana dapat anak buah cepat sikit." Nasihat Diana.
"Heeleh, Diana nie. Ingat senang-senang ke nak kawin dengan anak orang." Kata Darwish. "Habis tu. Kawin dengan anak apa yang sepat sikit kawin. Anak gajah? Ataupun harimau. Tak pun anak... anak apa lagi ek?" Kata Diana segaja mahu sakitkan hati abangnya itu.
"Jangan main-mainlah adik. Abang serious nie." Kata Darwish yang berhenti main permainan videonya lalu ke dapur dan mengambil segelas air oren yang dibuat oleh Diana sebelum keluar tadi. "Adik pun serious, adik warning abang kalau abang buat kawan adik sakit hati. Adik tak nak balik Malaysia lagi." Ugut Diana yang dari tadi mengekori Darwish.
"Adik,abangkan sayangkan dia. Takkan abang nak lukakan dia. Kalau betul dia pun serious dengan abang. Abang akan kawin dengan dia. Jangan risau." Beritahu Darwish sambil mengusap kepala Diana yang dilitupi tudungnya.
"Ehm, okay. Fine, I wait that day." Kata Diana lalu menaiki anak tangga untuk masuk ke dalam biliknya yang teletak di tingkat dua.
"Adik aku sorang nie. Kalau nak diikutkan kehendak dia. Matilah aku." Kata Darwish sendiri lalu sambung semula main permainan videonya itu.
"Apalah yang Syazril buat sekarang nie. Aku rindulah dia. Haishh! Diana, kau kena ingat kau tak boleh sukakan dia. Kau dengan dia just friend." Kata Diana sendiri. "Tapi, memang betul aku rindukan dia. Apa salahnya rindu sebagai seorang kawan. Okay je." Kata Diana lalu menelefon Syazril.
"Hello, assalamualaikum." Kata Diana. "Waalaikummusalam. Ye, Diana. Awak nak apa." Balas Syazril seperti tidak suka Diana menelefonnya. Diana berasa pelik dengan gaya Syazril membalas kata-katanya tadi.
"Awak sibuk ek?" Soal Diana. "Ehm, lebih kuranglah. Kenapa?" Ujar Syazril seperti tidak mengendahkan Diana. "Syazril? Awak kenapa?" Tanya Diana kerana dia berasa kurang selesa dengan perangai Syazril kini.
"Saya okay je." Balas Syazril bersahja. "Awak dah lain Syazril. Awak memang betul-betul lain. Saya tak tahu kenapa tapi..." Kata Diana lalu menamatkan panggilan tersebut. Air matanya menitis. Syazril seperti tidak mahu lagi kawan dengannya.
Wajah Syazril seperti menyesal berkata sebegitu kepada Diana. Namun, dia terpaksa. Beberapa hari yang lalu, Arina menelefon Syazril. Dia memberitahu bahawa Syazril perlu menjauhi Diana atau Diana akan dibunuh. Syazril pada mulanya hanya tersenyum. Dia ingatkan Arina bergurau. Namun apabila Arina mengatakan dia serious. Syazril mula berasa resah.
"Diana, maafkan saya. Sekarang nie, saya pula kena jauhkan diri dari awak." Ujar Syazril sendiri. Kini, Syazril sering menyendiri. Selalunya kawannya Awish akan datang keluar dengannya. Namun, Awish sekarang sudah jarang ke rumah Syazril.
"Syazril, kenapa awak jadi macam nie. Awak jauhkan diri dari saya. Awak dah tak suka ke kawan dengan saya? Saya suka sangat kawan dengan awak. Awak baik. Kalau awak dah tak suka kawan dengan saya. Awak cakap. Saya akan pergi dari hidup awak. Pergi untuk selama-lamanya." Mesej ini dihantar kepada Syazril.
Syazril membaca mesej yang dihantar oleh Diana. Mahu saja dia berjumpa dengan Diana dan memberitahu hal sebenar. Namun, dia tidak mahu Arina menyakitkan Diana.
"Ehm. Saya bukan nak sakitkan hati awak. Tapi saya harap awak faham saya. Sekarang nie saya sibuk. Tak ada masa nak jumpa awak." Syazril membalas mesej Diana.
Setelah Diana menerima mesej tersebut dia tidak membalas mesej itu. Dia tidak mahu menganggu Syazril lagi. Diana sedih kerana Syazril sudah tidak mengendahkannya lagi. Hatinya luka, mahu saja dia balik ke Korea. Namun, dia masih perlu berada di Malaysia untuk menyelesaikan masalah dengan neneknya itu.
"Mungkin lepas jumpa nenek aku akan balik ke Korea lebih awal." Kata Diana sendiri.
-Bersambung-
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Teen FictionDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...