"Diana, saya nak ajak awak keluar makan. Pukul Lapan hari nie. Boleh?" Mesej ini dihantar oleh Syazril kepada Diana. "Boleh." Balas Diana. "Saya ambil awak." Mesej Syazril. "Okay." Jawab Diana.
"Baju apa yang aku nak pakai nie." Kata Diana lalu mengeluarkan baju jubah yang dia ada. "Baju nie." Kata Diana sambil membelek-belek bajunyaa. "Ehm, tak!" Kata Diana lalu menyimpan kembali baju tersebut.
"Inilah bajunya!" Kata Diana setelah berjaya mendapatkan baju yang disukainya. Pada pukul lapan malam, seperti yabg dijanjikan Syazril datang untuk menjemput Diana. "Assalamualaikum." Kata Syazril memberi salam. "Waalaikumussalam." Jawab Darwish.
"Diana ada?" Soal Syazril. "Ada, masuk dulu Ril." Pelawa Darwish lalu membuka pintu pagar. "Tak apalah. Aku tunggu sini." Ujar Syazril menolak pelawaan Darwish.
"Kejap ya. Aku panggil Diana." Balas Darwish. Darwish memanggil Diana. Diana keluar dari rumah setelah meminta izin dari ayahnya.
Syazril tersenyum melihat Diana yang berpakaian sopan dan cantik. Sampai saja direstoran yang ingin mereka pergi, Syazril memesan makanan.
"Awak nak apa?" Soal Syazril. "Apa yang awak makan?" Tanya Diana pula. "Hmm, saya nak spageti." Jawab Syazril. "Saya pun nak spagetilah." Kata Diana.
"Ehm, saya nak nasi ayamlah dah lama tak makan nasi ayam." Segaja Syazril menukar pesanannya, dia mahu lihat apakah Diana akan mengikutnya. "Kalau macam tu, saya pun nak nasi ayam." Ujar Diana yang mengikut saja apa yang Syazril pesan. "Baiklah, nasi ayam dua." Pesan Syazril. "Awak nak air apa?" Tanya Syazril.
"Air milolah." Jawab Diana. "Milo dua." Tambah Syazril. "Baiklah." Kata pekerja yang mengambil pesanan tadi. "Awak nampak comel hari nie." Puji Syazril.
"Yeke?" Soal Diana seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Syazril. "Ya, tak tipu." Balas Syazril. "Okay. Awak pun nampak bergaya hari nie." Puji Diana pula.
"Hehehe, saya memang hari-hari bergaya." Kata Syazril memuji diri sendiri. "Perasan." Ujar Diana.
Makanan yang dipesan oleh mereka telah sampai. Diana dan Syazril menikmatinya dengan sopan. "Diana." Panggil Syazril semasa mereka berdua makan.
"Ya." Kata Diana. "Sebenarnya, apa yang cakap semalam tu betul. Bukan lakonan." Syazril memberitahu perkara yang sebenar. "Apa yang awak cakap." Diana sudah lupa tentang kejadian semalam.
"Yang saya cakap saya sukakan awak." Tambah Syazril. "Jadi?" Soal Diana yang masih tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Syazril.
"Apa yang saya cakap semalam betul." Syazril cuba menjelaskan mengenai kejadian semalam."Awak ada cakap salah ke semalam?" Tanya Diana yang masih tidak mengerti. "Saya sukakan awak." Beritahu Syazril.
"Awak buat lawak ek?" Tanya Diana. Sebenarnya jantungnya berdegup kencang, hendak saja dia memberitahu hal sebenar kepada Syazril.
"Betul. Saya serious." Ujar Syazril dengan yakin sekali. Diana menelan air liurnya. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Syazril. "Macam nielah Syazril. Saya masih tak boleh terima sesiapa dalam hidup saya lagi. Tapi saya tak boleh tipu, saya pun sukakan awak." Kata-kata Diana membuat Syazril tersenyum.
"Kalau awak betul-betul sukakan saya suatu hari nanti merisiklah saya." Tambah Diana. "Saya tak nak awak jadi milik orang lain." Kata Syazril didalam hatinya.
Perasaan Syazril sedikit hampa kerana Diana masih tidak mahu berkahwin pada masa ini namun apabila Diana mengatakan dia sukakan Syazril, Syazril berasa gembira sedikit.
"Diana, sejak bila awak sukakan saya?" Soal Syazril. "Sejak awak teman saya beli baju untuk jumpa nenek." Jawab Diana yang mukanya hampir merah. "Saya sukakan awak sejak awak senyum dekat saya. Bila awak senyum, saya jadi melt." Beritahu Syazril. "Biar saya cari peti ais untuk bekukan awak balik." Ujar Diana. Mereka berdua ketawa.
"Tapi kalau awak nak kahwin dengan saya ada syarat. Kalau awak tak boleh ikut syarat nie awak tak boleh kahwin dengan saya sebab akhirnya akan jadi penceraian kalau awak tak boleh ikut tapi nak juga kawin dengan saya." Kata Diana memberitahu syarat untuk menjadi suaminya.
"Matilah aku. Kalau aku tak boleh ikut. Jawabnya padahlah nanti." Kata Syazril dalam hatinya. "Ehm, apa dia?" Soal Syazril yang agak takut.
"Pertama, saya nak sangat kawin dengan orang kuat agama. Tak pun dia tahu jugalah aurat dia, solat dia semua berkenaan dengan aqidah dia kena jaga. Kedua, saya tak nak kahwin dengan orang yang panas baran. Saya tahu kalau orang tu panas baran tak mustahil dia akan pukul saya. Kalau dia tak pukul saya sekali pun saya akan lari dari rumah tu setiap kali dia buat saya sedih. Saya bukan anak manja. Tapi saya kahwin sebab saya nak suami saya membimbing saya ke arah yang betul dan saya bukan kahwin sebab cinta semata-mata." Beritahu Diana panjang lebar.
"Saya bukanlah orang yang panas baran, tapi bila kesakitan tu datang secara tiba-tiba dan bertalu-talu saya jadi nak marah. Sebelum awak kahwin dengan saya, saya bagitahu awak. Kalau saya marah awak jangan tegur saya. Sampailah saya yang tegur awak." Ujar Syazril memberitahu apa sebenar perangainya.
"Saya tahu, abang saya bagitahu." Kata Diana. "Baguslah kalau awak dah tahu." Balas Syazril.
"Ketiga saya nak suami yang baik. Mestilahkan semua orang nak suami yang baik. Saya nak suami yang boleh masak. Masak sikit-sikit pun tak apa. Kalau saya sakit siapa nak masak? Nanti anak-anak nak makan apa? Yang keempat, saya suka travel dan saya nak sangat pergi Jepun. Sebenarnya bukan semua syarat nie boleh menyebabkan penyeraian. Nie sebenarnya permintaan seorang wanita yang nak jadi isteri. Perubahan pasti akan berlaku." Tambah Diana.
Syazril pula tersenyum saja. "Saya faham. Awak nie banyak wish. Biar saya jadi pari-pari awak untuk makbulkan wish awak tu. Tapi dengan izin Allah. Kalau Allah kata tak, saya tak boleh nak buat apa-apa." Ujar Syazril.
"Syazril, awak memang pari-pari saya. Walaupun saya tak buat wish. Macam-macam awak buat pada saya. Awak pari-pari pertama yang betul-betul berada disisi saya." Kata Diana.
Syazril berasa terharu dengan kata-kata Diana. Dia merasa gembira dengan apa yang dikatakan oleh Diana. "Saya lega sangat dapat luahkan perasaan saya pada awak." Beritahu Syazril.
"Tapi saya akan balik ke Korea. Sebulan lagi. Saya dah tak lama dekat sini." Kata Diana dengan raut wajah yang sedih.
"Tak mengapalah. Awak nak belajarkan? Kalau awak rindu saya kita skypelah." Kata Syazri. "Syple selalu!" Ujar Diana tersenyum.
Semasa dalam perjalanan pulang mereka melawat Arina yang terlantar sakit di hospital. "Assalamualaikum." Kata Diana sambil mengetuk pintu. Datin Azila membuka pintu dan mempelawa merek berdua masuk.
"Jemput duduk." Kata Datin Azila. "Tak puas lagi ke buat aku sengsara. Korang nak pastikan yang aku betul-betul lumpuh supaya aku tak boleh kacau korang lagi. Macam tu?!" Marah Arina yang sedang sedih kerana tidak dapat lagi berjalan. "Arina, kitaorang tak ada niat pun nak buat macam tu. Kitaorang datang sini nak melawat awak. Kalau awak tak suka kami takkan datang lagi." Kata Diana.
"Aku memang tak nak korang datang lagi. Pergi!" Arah Arina. "Arina, maafkan saya. Apa yang saya boleh buat untuk menebus kesalahan saya?" Soal Diana. Arina menitiskan air mata. "Dah tak ada apa-apa yang boleh kau buat. Aku dah lumpur. Aku hanya boleh duduk makan dan minum! Masa depan aku hancur!" Jerit Arina. Tangisanya semakin kuat. Dia tidak mampu lagi untuk menahan kesedihan didalam dirinya.
"Siapa kata awak tak boleh. Ada orang yang tak pernah boleh berjalan. Walaupun kaki awak lumpur tapi hati, otak dan tangan awak masih belum lagi lumpur. Awak boleh lakukan apa yang awak mahukan. Awak masih boleh jadi pereka fesyen terkenal di dunia." Kata Diana memberi kata-kata nasihat kepada Arina. "Saya tak mampu.." ujar Arina.
-Bersambung-
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Teen FictionDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...