"Assalamualaikum." Kata Puan Khadijah setelah sampai di rumah Arina. "Waalaikumussalam." Jawab Datin Azila. Datin Azila mempelawa Syazril dan ibubapanya masuk. Setelah berada didalam rumah itu. Syazril terpesona melihat keindahan rumah tersebut. Rumah itu seperti sesuatu tempat yang menyenangkan.
Diana termenung duduk diatas katilnya dan melihat keluar tingkap. Diana tahu yang Syazril akan pergi berjumpa ibubapa Arina, Puan Khadijah yang memberitahu Diana. "Andai aku boleh putarkan masa. Aku akan putarkan masa dimana waktu aku kenal Syazril. Aku nak yang aku tak pernah jumpa dia. Aku cintakan tunang orang. Syazril... maafkan aku, aku akan tinggalkan Malaysia." Kata Diana didalam hati. Air matanya menitis.
"Apa sebabnya Syazril dan keluarga datang ke sini?" Soal Datin Azila. "Sebenarnya kami pun tak tahu apa yang Syazril nak bagitahu. Kami ikutkan je Syazril nie." Beritahu Encik Afzan. "Alang-alang semua ada dekat sini ibu, ayah , Datin Azila, Dato Jamal dan Arina. Sebenarnya saya nak minta sesuatu. Tapi jangan marah ye." Beritahu Syazril.
"Kenapa? Bagitahu saja. Insya-Allah kami takkan membantah." Kata Dato Jamal. "Sebenarnya, saya nak batalkan perkahwinan nie." Kata Syazril. Semua yang berada disitu terkejut. "Huh?! Awak nak batalkan perkahwinan kita? Awak ingat awak tu siapa sesuka hati nak batalkan perkahwinan kita. Awak tu orang biasa-biasa je. Keturunan awak tu miskin tak ada apa-apa pun." Marah Arina. "Hey! Arina!" Jerit Dato Jamal.
"Arina, awak baru je menghina keluarga orang yang awak akan kahwin nie. Awak hina keturunan saya! Awak ingat darjat tu membeza kita ke? Ingat cakap saya, tiada siapa-siapa yang bernama Arina dalam hidup saya. Anggaplah saya nie manusia dalam mimpi awak je. Yang tak pernah wujud langsung." Kata Syazril.
Mereka bertiga pulang ke rumah. Setelah menghantar ibu dan ayahnya. Syazril terus memandu ke sesuatu tempat. Tempat dimana Diana dan dia berkenalan. Dia tersenyum, lalu dia berjalan-jalan didalam kedai tersebut. Dia membelek buku-buku disitu.
"Andai aku boleh bersama Diana pada masa ini." Kata Syazril didalam hatinya. Syazril menelefon Diana. Tapi Diana tidak menjawab panggilannya. "Dia tak nak jumpa aku ke? Dia dah benci aku ke?" Soal Syazril sendiri. Dia cuba menelefon Diana beberapa kali. Namun tidak dijawab oleh Diana.
"Kenapa Syazril telefon nie? Ada apa-apa ke?" Soal Diana setelah selesai makan bersama-sama keluarganya. Dia menelefon kembali Syazril. "Hello, Syazril. Kenapa awak telefon saya?" Soal Diana. "Saya nak jumpa awak. Boleh?" Pinta Syazril. "Boleh. Tapi kenapa? Ada benda penting ke awak nak jumpa saya nie?" Soal Diana.
"Saya cuma nak awak tolong saya sekarang. Saya stres, saya nak awak disisi saya untuk membantu saya." Kata Syazril. "Okay. Insya-Allah, nanti saya jumpa awak ye." Balas Diana.
Diana menamatkan panggilan. "Kenapa dia nie. Apa masalah dia?" Soal Diana sendiri. Dia bersiap-siap, lalu menaiki keretanya meluru ke tempat yang Syazril sms pada Diana.
Dia melihat Syazril termenung berdiri sambil melihat keindahan pantai. Diana mendekati Syazril. "Awak, kenapa?" Tanya Diana. "Diana, saya ingat awak tak datang." Kata Syazril. "Mestilah saya datang. Takkan saya tak datang pula. Awakkan kawan saya." Ujar Diana.
"Diana, saya nak tanya pendapat awak." Kata Syazril. "Tanyalah. Mungkin saya boleh bagi pendapat saya." Kata Diana. "Diana, sebenarnya... sebenarnya saya dah putuskan hubungan saya dengan Arina. Saya dah tak tahan dengan perangai dia. Dia selalu buat saya sakit hati. Saya dah tak sanggup nak bertahan dengan perangai dia tu." Beritahu Syazril.
"Putus?! Awak! Sebab saya ke korang berdua putus. Kalau sebab saya, saya minta maaf. Saya tak bermaksud pun macam tu. Kalau korang..." Belum sempat Diana menyambung ayatnya Syazril memotong. "Shusshhh, bukan sebab awak kitaorang putus. Saya nampak Arina dengan lelaki lain. Waktu tu saya baru lepas hantar awak balik. Saya ke pasaraya sebab saya nak beli barang saya. Lepas itu, saya nampak dia dengan lelaki lain." Beritahu Syazril.
"Syazril, patutnya awak bincang elok-elok dengan dia. Bukan terus buat keputusan. Saya faham perasaan awak. Saya dulu pun pernah rasa apa yang awak rasa sekarang. Awak... Saya tahu sangat apa yang awak rasa. Saya sangat sayangkan kekasih saya tu. Tapi dia tinggalkan saya. Dia patahkan hati saya. Dia buat saya sedih. Sedih sangat. Saya nak awak fikir dulu. Kalau betul awak memang rasa apa yang awak buat nie betul. Awak tinggalkan dia. Tapi kalau sebaliknya, saya harap sangat awak balik pada dia." Kata Diana yang menangis.
"Awak, kenapa nangis. Janganlah nangis. Jangan sedih-sedih. Perkara yang lalu janganlah awak fikirkan lagi. Lagipun awakkan dah tak ada apa-apa dengan dia." Nasihat Syazril.
"Tahu, tapi saya cuma ingatkan dia. Dia lelaki pertama yang buat saya bahagia. Dia lelaki pertama yang saya suka dan.... dia juga lelaki pertama yang sakitkan hati saya. Saya pendam kesedihan saya sorang-sorang dekat Korea tu. Saya nangis sorang-sorang. Tak ada siapa yang dengar isi hati saya. Saya takut, saya takut nak bagitahu sesiapa pasal nie. Saya takut sangat awak. Saya sangat percayakan dia. Tapi dia, dia tak pernah hargai apa yang saya buat untuk dia. Saya jaga hati dia. Saya tak nak kehilangan dia." Kata Diana teresak-esak.
"Diana, awak seorang perempuan yang sangat kuat. Awak tersenyum walaupun sebaliknya awak menderita. Saya percaya yang awak tak menangis depan dia. Saya percaya yang awak boleh hadapi dia. Walaupun awak rasa sedih." Beritahu Syazril.
"Saya dah hadapi dia. Saya cuma rasa sedih je. Tapi Insya-Allah saya boleh gembira dan tak nangis lagi sebab dia. Sebenarnya, dia tu kaki perempuan. Saya pun tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Dia baik , dia tak pernah marah saya walaupun dia tunggu saya sejam. Saya rasa suatu hari nanti dia akan sedar dan dia akan menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab." Kata Diana.
"Saya tahu awak masih sukakan dia. Saya doakan supaya awak junpa jodoh yang terbaik untuk awak." Ujar Syazril. "Awak pun. Saya harap sangat yang awak akan bahagia dengan isteri awak." Kata Diana.
Hari berganti hari, tinggal dua hari sahaja Diana akan membawa lelaki misteri itu berjumpa dengan neneknya.
"Abang. Adik takutlah, adik takut kalau lelaki tu tak suka adik. Lepas tu dia tak nak ikut adik." Ujar Diana. "Alah, dik oii. Abang yakin dia akan sukakan adik. Lagipun berlakon je, kalau dia tak suka adik pun dia takkan tinggalkan adik. Sebab dia bff abang." Balas Darwish dengan yakin dan memberi harapan kepada Diana untuk mempercayainya.
"Yelah. Abang, nanti boleh tak abang tolong adik." Pinta Diana dan dia berharap supaya abangnya setuju. "Apa?" Jawab Darwish. "Boleh tak abang cakap dekat kawan abang tu yang nama adik Ana. Jangan cakap nama penuh adik dekat dia. Adik tak naklah dia tahu nama adik. Cakap dekat dia nama adik Ana Syazana. Itu pun kalau dia tanya. Kalau dia tak tanya jangan cakap." Diana meminta bantuan abangnya kerana dia tidak ingin berjumpa atau bercakap dengan lelaki misteri itu.
"Okay, nanti abang cakap. Hah! Abang lupa, baru semalam dia mesej abang tanya nama adik. Tapi abang tak balas lagi. Nanti abang mesej dia nama samaran adik tu." Beritahu Darwish yang baru teringat yang kawan baiknya yang digelar lelaki misteri oleh Diana ada mesejnya semalam.
"Ingat tau abang." Kata Diana yang berjalan menuju ke tangga kerana ingin naik ke tingkat dua rumahnya. "Ye." Balas Darwish. "Ingat tau." Katanya lagi semasa menaiki anak tangga. "Iye! Pergilah tidur." Ujar Darwish yang penat membalas kata adiknya itu. "Hehehe" Kata Diana lalu mempercepatkan geraknya menuju ke tingkat dua.
Keesokkan harinya, Diana berasa bosan dirumahnya. Ketika itu hanya tinggal dia dan abangnya dirumah. Puan Riana, ibu Diana keluar bersama adik kembarnya untuk membeli barang sekolah. Al maklumlah, hari persekolahan dah nak dekat.
Diana pula apa lagi. Macam-macam dia buat dekat dalam rumah tu. Abangnya pula dari tadi main ps3 yang telah lama dibeli oleh ayahnya. Ayah mereka tidak berada di Malaysia kini. Beliau bekerja diluar negara buat masa kini kerana perlu memantau projeknya diluar negara. Ayah Diana, Encik Khairul.
Diana yang baru sahaja membawa buku menutup bukunya semula. Dia membuat muka yang menunjukkan dia bosan. "Apa yang aku nak buat dekat rumah nie huh?" Soal Diana sendiri di atas katilnya yang berwarna merah jambu. "Huh! Aku rasa aku tahu aku nak buat apa. Hehehe." Kata Diana seperti ada projek jahat yang ingin dibuatnya.
- BERSAMBUNG-
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Teen FictionDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...