"Bu...bu...bukan macam tu." Jawab Fazrul gagap. "Fazrul, nie sapa?" Tanya perempuan itu sambil mukanya seperti memandang rendah terhadap Arina dan Diana. "Mak kau!" Jerit Arina.
"Awak dari dulu tak pernah berubahkan Syazril? Awak nie kenapa? Tak cukup ke awak dah sakitkan perempuan lain. Berapa banyak lagi yang awak nak sakitkan?" Soal Diana. "Saya buat semua nie ada sebab." Balas Fazrul.
"Apa sebabnya? Apa!" Marah Arina. Perempuan tadi sudah pun pergi dari situ. "Sebenarnya saya buat semua nie sebab saya bencikan mak saya." Beritahu Fazrul. "Tapi saya bukan mak awak. Kenapa saya pun awak nak sakitkan?" Kata Arina. "Arina." Tegur Diana. "Apa?" Balas Arina yang masih tidak mengerti apa yang mahu disampaikan oleh Diana.
"Mak saya tinggalkan saya dengan ayah saya dan ikut lelaki lain. Saya ingat lagi dia kata saya anak yang tak boleh berjaya. Sekarang, dia ada anak lain. Itulah sebabnya saya buat macam nie." Beritahu Fazrul tentang perkara sebenar. "Fazrul, awak tak boleh buat macam nie. Awak tak boleh balas dendam, tapi awak boleh tunjuk pada mak awak yang awak boleh berjaya." Nasihat Diana.
"Tapi macam mana?" Soal Fazrul. "Saya tahu awak kaya betul tak? Awak kena tunjuk yang awak berkerjaya." Ujar Arina pula. "Betul tu. Pandailah korang nie, lagipun saya bukan suka tukar-tukar kekasih je. Sorry Diana dan Arina. Saya janji saya takkan tukar pasangan lagi. Lepas nie saya cari betul-betul dan kawin terus.
Diana dan Arina tersenyum. "Baguslah kalau macam tu." Puji Diana. "Awak tak marah Arina?" Soal Fazrul. "Hehehe, buat apa nak marah awak, sebab lepas nie kita putus!" Marah Arina dan mengajak Diana keluar dari situ.
"Tunggu!" Kata Fazrul. Mereka berdua berhenti. Fazrul melihat Arina. "Arina, walaupun awak macam nie. Saya tetap sayangkan awak. Sudikah awak kawin dengan saya?" Tanya Fazrul. Diana dan Arina berpandangan, mereka berdua terkejut. Arina menitiskan air mata, dia gembira ada juga orang yang masih mahukannya.
Arina mengangguk. Dia terima Fazrul. Fazrul gembira. Akhirnya, antara kekasih yang paling dia sayang akan menjadi isterinya tidak lama lagi. Arina kini sudah berjaya dengan butiknya hasil bantuan dari Diana dan suaminya.
Bella dan Darwish pula akan berkahwin sebulan sahaja lagi. Kedua-dua belah keluarga sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan mereka. Syazril pula sudah bertunang dengan Diana.
Di perkahwinan Darwish dan Bella...
Setelah selesai kenduri, mereka semua berkumpul. "Tahniah, Bella dengan Darwish. Hope korang kekal sampai je Jannah nanti." Ucap Syazril. "Adik pun nak ucapkan tahniah. Nanti cepat-cepat ada baby comel tau. Nanti biar anak abang dengan Bella jadi cucu sulung." Kata Diana pula.
"Apa-apa pun tahniah juga dari saya dengan family aku. Walaupun aku pernah sakitkan hati adik kau, Diana dan Bella, sorry." Kata Fazrul. "Tak apalah. Kita semua dah diatur segala-galanya oleh Allah. Sekarang semua dah bahagiakan? Fazrul dengan Arina pun dah ada baby comel nie." Kata Diana lalu mencubit pipi Fasya.
Mereka semua ketawa. Setelah bersembang lama, Fazrul dan Arina pun pulang. Diana pula mengajak Syazril masuk ke dalam rumah kerana hari semakin mendung.
"Syazril, mari sini." Ajak Encik Fazrul. Syazril sudah gugup, dia takut Encik Raizan meminta dia untuk membatalkan pertunangan dengan Diana. "Syazril, bila kamu nak kahwin dengan Diana? Kalau boleh pak cik nak kamu berdua kawin cepat" Kata Encik Raizan.
"Err, kalau boleh secepat mungkin saya nak kahwin dengan Diana. Tapi biarlah dia belajar dulu. Lagi setahun jekan? Lepas tu mungkin buat persiapan dulu lepas tu baru kahwin." Beritahu Syazril. "Pak cik bangga dengan kamu." Puji Encik Raizan. "Kenapa?" Soal Syazril.
"Lepas dia patah hati dengan kekasih lama dia. Hampir lima orang yang mahukan dia. Setiap kali dia pulang ke rumah ada saja yang bagi dia bunga, chocolate, baju, macam-macamlah. Tapi semua tu Aryna dan Arian yang kerjakan. Lepas tu barulah kamu dengan Diana kenal." Beritahu Encik Raizan.
"Sebenarnya, ini soal jodoh. In sha Allah, saya jodoh Diana. Walaupun seribu lelaki cuba pikat Diana, kalau dia jodoh saya maka dia tetap jadi milik saya." Ujar Syazril.
Encik Raizan tersenyum dia yakin Syazril adalah pilihan terbaik Diana. "Ayah! Syazril!" Panggil Diana. Mereka berdua pergi ke arah Diana. "Ayah, Syazril esok Diana nak balik Korea siapa yang nak hantar ayah ke Syazril?" Soal Diana. "Biar sayalah. Ayah awak mungkin penat tolong kemas semua." Kata Syazril.
"Okaylah." Kata Diana lalu pergi bersembang dengan sepupunya, Alie. "Semakin hensem tunang kau Ana. Macam artis k pop je depan aku." Puji Alie. "K poplah sangat. Dia tu bukan minat k pop tu, aku pun tak minat sebab tulah dia suka aku." Kata Diana. "Yelah, Ana." Jawab Alie.
"Mana tunang kau Alie?" Soal Diana. "Kau tak nampak ke dia tengah ambil tips dari artis k pop?" Kata Alie bergurau. "Kau nie, macam tak sayang tunang je?" Perli Diana. "Mestilah sayang. Walaupun dia tak macam artis k pop tapi hati dia lebih hensem dari artis k pop tau." Alie memuji tunangnya.
Syazril menghantar Diana ke airport pada keesokan harinya. "Jaga diri. Jangan lupa, awak saya punya." Nasihat Syazril. "Hahaha, yelah. Saya ingat. Saya milik awak." Jawab Diana.
Setelah Diana tamat pengajiannya di Korea. Diana dan Syazril kini sudah berkahwin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang berumur setahun dan kini Diana sedang mengandung.
Diana sudah buka butik yang sedang berkembang maju di Malaysia dan mempunyai cawangan di seluruh Asia. Syazril pula sudah menjadi ceo di syarikat ayahnya. Dia sudah berkerja keras membangunkan syarikat tersebut hingga menjadi syarikat ternama di seluruh dunia.
Darwish dan Bella pula sudah mempunyai tiga orang anak. Seorang lelaki dua perempuan. Darwish membuka kliniknya sendiri. Bella pula sudah berhenti menjadi guru kerana Darwish meminta Bella untuk tumpukan perhatian pada anak-anak mereka.
-Tamat-
Hi kepada pembaca semua! Thank you for reading till the end.
Kepada sesiapa yang nak baca karya saya lagi boleh follow saya di MerrMaeve. Saya dah tak active lagi di akaun ni.
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Novela JuvenilDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...