"Saya selalu tengok dia keluar dengan lelaki lain." Beritahu Puan Asyikin. "Yeke? Entahlah, sekarang nie saya dah tak ada apa-apa lagi dengan Syazril. Biarlah dia urus hidup dia, dan saya urus hidup saya." Kata Diana.
"Bunyi macam kecewa je tu? Kenapa kamu suka dia ke?" Tanya Puan Asyikin. "Eh, tak adalah. Saya tahu dia dah bertunang sejak kami baru kenal lagi. Kami hanya kawan. Tapi ramai yang ingat kami ada apa-apa." Beritahu Diana.
"Kalau macam tu, lebih baik awak jangan dekat dengan Syazril lagi. Saya tahu perangai Arina tu macam apa. Dia sanggup buat apa-apa untuk dapat apa yang dia nak." Kata Puan Asyikin.
"Dia pernah ugut saya. Dia nak bunuh saya kalau saya masih kawan dengan Syazril." Kata Diana. "Macam tu sekali! Dia juga pernah hancurkan perniagaan saya. Dia suruh orang bakar kedai saya sebab kedai saya ramai pelanggan." Beritahu Puan Asyikin.
"Yeke? Kesian Kak Asyikin. Tapi macam mana akak boleh tahu itu semua kerja dia." Soal Diana. "Waktu kedai akak terbakar secara kebetulan akak nak ke kedai tu kejap. Akak nampak ada orang bakar kedai akak dan akak nampak muka diorang. Keesokkan harinya, akak nampak Arina bagi duit dekat diorang dekat cafe." Beritahu Puan Asyikin.
"Mungkin itu kerja dia, tapi kita tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Sebab kita tak ada bukti." Ujar Diana. "Sebab tulah akak tak bagitahu sesiapa pasal nie. Kita tak boleh nak buat apa-apa. Sekarang nie, saya nak kita reka balik kedai nie. Cat, hias balik, semua alat-alat jahit kita beli baru. Supaya kita boleh bawa pelanggan datang beli baju dekat sini." Kata Diana.
"Tapi kita dah tak ada duit untuk beli barang-barang tu." Beritahu Puan Asyikin. "Tak apa. Saya bantu. Nanti saya cuba tanya ayah saya sama ada dia nak bantu ataupun tidak. Tapi Insya-Allah ayah saya bagi." Balas Diana.
"Terima kasih Diana. Awak banyak membantu saya. Saya pun tak tahu nak cakap apa." Kata Puan Asyikin tersenyum. "Sama-sama, akak tak payah risau. Kita bersaing secara sihat dengan Arina tu." Kata Diana. "Baiklah." Balas Puan Asyikin.
"Syazril. Janganlah macam nie. Kamu tak nak keluar bilik. Kenapa nie? Kamu nak ibu panggil Arina ke?" Soal Puan Khadijah. "Ibu tak payahlah panggil dia. Makin sakit hati jadinya." Kata Syazril dengan sopan. "Habis tu macam mana ibu nak buat supaya Syazril keluar nie." Tanya Puan Khadijah.
"Mama boleh tak panggil Diana?" Soal Syazril. "Diana?! Siapa tu? Kamu ada kekasih lain ye?" Tanya Puan Khadijah. "Tak adalah. Dia kawan Syazril. Dia je yang tahu Syazril macam mana." Kata Syazril. "Yelah, tapi ibu tak tahu nombor telefon dia." Kata Puan Khadijah.
Sehelai kertas keluar dari bawah pintu yang ada tertulis nombor telefon Diana. Puan Khadijah mendail nombor tersebut pada telefon rumah mereka.
"Hello?" Kata Diana. "Hello, assalamualaikum. Nie Diana ye?" Soal Puan Khadijah. "Waalaikumussalam.Ye saya. Kenapa ye?" Soal Diana. "Diana kawan Syazril ye?" Tanya Puan Khadijah. "Ye." Beritahu Diana. "Boleh tak Diana datang rumah mak cik. Syazril tak nak keluar dari bilik nie. Makan dia tak nak. Sejak semalam lagi." Beritahu Puan Khadijah.
"Insya-Allah, saya datang. Boleh bagi alamat?" Tanya Diana. "Ye, nanti mak cik mesej Diana alamat rumah mak cik." Beritahu Puan Khadijah. "Okay, assalamualaikum." Kata Diana. "Waalaikumussalam." Balas Puan Khadijah lalu menamatkan panggil.
"Sopan budaknya." Kata Puan Khadijah sendiri. Diana tertanya-tanya. Mengapa Syazril boleh jadi macam itu sekali. Diana bersiap dengan memakai jubah warna merah jambu dan tudung lilit berwarna merah jambu juga. Setelah siap, dia turun memakai stokin dan kasutnya lalu berangkat pergi ke rumah Syazril selepas meminta izin dari ibunya untuk keluar.
"Assalamualaikum." Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Diana setelah berada di hadapan rumah mewah milik ibubapa Syazril.
"Waalaikumussalam." Jawab Puan Khadijah lalu membuka pintu untuk Diana. "Masuklah." Pelawa Puan Khadijah. Diana hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada Puan Khadijah.
Diana mengekori Puan Khadijah. "Diana, mak cik nak buat air kejap ye." Beritahu Puan Khadijah. "Eh, tak apalah mak cik." Kata Diana. "Alah, sekejap je. Diana duduk dulu, nanti kita cuba pujuk Syazril ye." Kata Puan Khadijah.
"Kalau macam itu baiklah." Balas Diana. Setelah beberapa minit Puan Khadijah berada di dapur, kelihatan seorang kanak-kanak lingkungan lima hingga enam tahun datang mendekati Diana. Dia melihat Diana lalu menegurnya.
"Assalamualaikum, kakak." Kata kanak-kanak perempuan itu, Erin namanya. Adik kepada Syazril. " Waalaikumussalam." Jawab Diana tersenyum melihat Erin yang comel.
"Kakak siapa? Kakak kekasih abang ke?" Soal Erin. "Taklah, kakak kawan abang adik je." Beritahu Diana. Puan Khadijah yang memerhati mereka berdua tersenyum.
"Air dah sampai." Kata Puan Khadijah yang membawa air sirap yang diletakkan di atas dulang. Ketika Diana duduk, Puan Khadijah menanyakan beberapa soalan kepada Diana. "Diana, duduk dekat mana?" Soal pertama keluar dari mulut Puan Khadijah. "Dekat sini je, Taman Mesra Jaya." Kata Diana.
"Rumah dekat sana cantik-cantikkan?" Soal Puan Khadijah. "Ehm, cantik." Kata Diana. "Diana dah kawin ke?" Soal Puan Khadijah untuk kali yang kedua. "Belum." Beritahu Diana, hampir tersedak dia dengar soalan itu. "Jomlah ikut mak cik pujuk Syazril." Kata Puan Khadijah. Diana mengangguk.
Puan Khadijah mengetuk pintu bilik Syazril. "Syazril, Diana dah sampai. Keluarlah, jangan macam nie. Kesianlah dekat ibu nie." Kata Puan Khadijah. Syazril masih berdiam sahaja.
Diana pula cuba memujuk Syazril. "Syazril, keluarlah. Saya datang sini semata-mata nak pujuk awak keluar dari bilik. Please." Pujuk Diana.
Syazril membuka pintu biliknya. "Diana. Saya rindu awak." Beritahu Syazril. "Huh?' Soal Diana yang terkejut dengan ungkapan itu. "Syazril, apa yang kamu cakap nie." Soal Puan Khadijah.
"Ibu, Dianalah yang banyak bagi semangat dekat Syazril. Sekarang nie Syazril rasa kusut dan perlukan Diana bantu Syazril." Kata Syazril. Diana mendengar kata-kata Syazril berasa terharu dan makin cinta kepada Syazril. Namun, dia diamkan saja perasaannya.
"Tapi kamu tak sukakan diakan?" Soal Puan Khadijah. "Syazril hanya anggap Diana seperti kawan baik Syazril sendiri." Kata Syazril. Mendengar kata-kata itu, Diana sedikit kecewa.
"Terima kasihlah Diana sebab bagi kata-kata semangat dan pujuk Syazril supaya keluar dari bilik tu. Maaflah, susahkan Diana pula." Kata Puan Khadijah. "Sama-sama, lagipun sayakan kawan Syazril. Saya patut bantu dia sedikit-sebanyak. Kalau macam tu saya balik dululah. Assalamualaikum." Kata Diana. "Waaikumussalam." Balas Puan Khadijah.
Keesokkan harinya, Syazril dan ibubapanya bersiap sedia untuk pergi ke rumah Arina. Adakah semua akan berjalan dengan lancar atau sebaliknya?
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Teen FictionDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...