Got to go...

7.1K 240 3
                                    

Diana dan Syazril pergi ke Jusco bersama-sama. Mereka masuk ke dalam butik lelaki dahulu. "Diana, awak rasa warna apa yang saya sesuai pakai untuk teman kawan saya nanti?" Soal Syazril. "Ehm, kalau saya. Saya suka warna merah jambu tapi takkan awak nak pakai baju warna merah jambu pula. Kalau awak pakai kot warna hitam pastu kemeja warna putih dan seluar warna hitam. Okay tak?" Cadang Diana.

"Okay juga. Nanti saya cuba pakai baju macam awak suruh tu." Kata Syazril lalu pergi ke kaunter dan meminta baju seperti yang dicadangkan Diana.

Syazril keluar dari bilik persalinan. Terlihat kekacakan Syazril. Diana tersenyum melihat Syazril. "Ehm, sesuai baju tu dengan awak." Kata Diana. "Hensem tak saya?" Soal Syazril. "Hensem,hensem,hensem." Kata Diana gaya Upin dan Ipin. Mereka berdua ketawa. "Awak berdua memang sepadanlah." Kata pekerja disitu. "Hehehe, err." Diana dan Syazril berkata bergitu serentak. "Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" Tanya pekerja itu. "Tak ada apa-apa terima kasih." Kata Diana. "Kalau macam itu saya pergi sana dulu. Nanti kalau ada yang diperlukan awak boleh minta tolong dengan penjaga kaunter tu atau panggil saya je." Kata pekerja tersebut.

"Okay." Jawab Diana. "Okay tak saya pakai baju nie?" Soal Syazril. "Okay, nampak bergaya sekarang." Kata Diana. Mereka berdua ketawa lagi. "Bergaya? Baru sekarang ke saya nampak bergaya? Sebelum nie?" Soal Syazril. "Ehmm, sebelum nie, tak!" Jawab Diana. "Amboi! Mengutuk orang. Hahaha." Kata Syazril. "Kalau diorang buat majlis tu dengan tema warna lain pun tak apa sebab warna baju awak tu boleh match je dengan warna-warna lain." Kata Diana.

"Ye? Pandai awak. Saya bayar dulu awak tunggu kat luar. Nanti saya teman awak pula." Kata Syazril. "Okay." Kata Diana lalu keluar dari butik tersebut. Diana menunggu diluar. Waktu itu juga Arina berada di pasar raya tersebut. Arina sengaja berjalan melintasi Diana. "Oh? Kau. Buat apa sini?" Soal Arina denga gaya jahatnya itu. " Saya tunggu kawan." Balas Diana. "Kawan? Siapa? Kau dah ada boyfriend ke? Terkejut aku. Muka macam kau nie tak akan ada yang sukalah. Dahlah hodoh!" Jerit Arina.

Diana menahan malu. Ramai melihatnya. Kalau diikutkan nak saja Diana menangis disitu. Syazril keluar dari butik tersebut. "Diana! Awak tak apa-apa?" Soal Syazril. Arina disitu terkejut , rupa-rupanya lelaki tersebut adalah tunangnya."Awak! Kenapa awak keluar dengan dia!" Marah Arina. "Awak, saya ada hal nak jumpa dengan Diana. Lepas kami selesai bincang pasal hal tu kami terus datang sini. Saja je, bukan kami ada apa-apa pun." Terang Syazril.

"Saya ajak awak, awak tak nak. Awak kata awak sibuk. Tapi kenapa dengan perempuan nie boleh pula! Awak memang dah tak sayang sayakan? Kenapa awak buat saya macam nie!" Marah Arina yang menahan tangisannya. "Arina, kami tak ada apa-apa pun. Dia kawan saya je. Awak jangan risau. Saya duduk sini tiga bulan je.Nanti saya balik Korea. Tak lama.Dia banyak tolong saya, banyak sangat. Dia orang yang baik dan awaklah orang yang dia cintai selama nie. Awak jangan risau, sebab saya pun dah.... ada teman. Saya takkan kacau tunang awak. Anggaplah saya sebagai adik dia atau kawan." Kata Diana. Diana saja melambatkan katanya yang dia mempunyai teman, kerana diakan tiada sesiapa buat masa kini.

Syazril juga terkejut, nak marah pun tak boleh, nak kecewa pun tak boleh. Perasaannya bercampur baur. Dia memang sukakan Diana, tapi tak sebanyak dia sukakan Arina. "Tak payah nak menipulah! Kalau dah jahat! Jahatlah! Aku tahu kau nak rampas Syazril daripada akukan? Kau nie kenapa! Tak ada lelaki lain ke?"Marah Arina lalu pergi dari situ. Syazril pula terdiam saja memikirkan kata Diana tadi. "Arina!" Jerit Diana. Dia melihat Syazril yang terdiam.

Raut wajahnya pun telah berubah. "Awak? Maafkan saya, saya tahu awak marahkan saya sebab buat Arina bergaduh dengan awak. Saya minta maaf sangat." Kata Diana. Syazril tersedar dari lamunannya. "Diana, betul ke awak dah ada teman?" Soal Syazril. "Ehh, mana ada. Saya terpaksa tipu dia. Saya tak nak dia kekecewaan dia bertambah lagi." Ujar Diana.

Our Perfect Story (Malay)Where stories live. Discover now