Diana membelek card tersebut. Semestinya! Tidak berminat. Dia mengemikkan card itu lalu membuangkannya.
"Siapa lelaki tadi?" Soal Bella tersenyum. "Entah." Jawab Diana selamba. "Hensem, kau tak terpikat ke?" Soal Bella tersengih. "Tak langsung." Balas Diana. "Kalau dia yang jadi boyfriend awak dan jumpa nenek kau pasti nenek kau suka. Sebab aku tengok, macam baik." Beritahu Bella.
"Tak payah, abang aku tengah carikan.Lagipun dia dah ada buah hati." Diana menolak cadangan Bella."Eh, kau dengan Fazrul tu macam mana? Masih bersama?" Tanya Diana. "Mestilah. Setiap hari dia kata dia sayang aku." Beritahu Bella tersenyum. "Itulah orang yang paling aku geli dalam dunia." Kata Diana. "What?! Kau nie! Bukan nak happy untuk aku!" Kata Bella.
"Bella, aku kenal Fazrul. Kau jangan percaya sangat dengan dia. Aku takut dia sakitkan hati kau." Nasihat Diana. "Diana, kau janganlah risau. Aku masih berhati-hati dengan dia. Walaubagaimanapun aku percayakan dia." Beritahu Bella dengan yakin sekali. "Ok,fine. Kau masih tak kenal dia lagi. Tunggulah." Kata Diana dalam hati.
"Suka hati kaulah, tapi ingat. Aku tak sukalah kau kawan dengan dia. Dia bukan seperti yang kau sangkakan." Nasihat Diana bertalu-talu. "Tak payah nasihat aku. Aku tahulah apa yang aku buat. "Oklah. Apa kata kita pergi tengok wayang." Cadang Diana. "Ok, lepas tu kita pergi Shopping. Aku nak beli handbag yang latest gitu." Beritahu Bella. Mereka berdua tertawa.
"Diana, bestlah cerita yang kau kita tengok tadi. Pandai kau pilih." Puji Bella. "Biasalah. Diana gitu." Bangga Diana. "Ekk, tiru orang nampak. Hahaha." Kata Bella. "Hahaha. Jomlah, kata nak bag latest gitu." Beritahu Diana. "Hampir lupa. Jom." Kata Bella lalu mereka berdua pergi ke keedai beg Guess. "Cik, beg latest dekat mana." Tanya Bella. "Mari saya tujukkan." Beritahu pekerja perempuan di situ.
"Bella, aku nak pergi kedai buku kejap. Nanti kalau dah siap kau tunggu dekat sini je." Kata Diana. "Ok." Jawab Bella. Diana berlalu pergi dari kedai Guess dan masuk ke kedai buku berdekatan. Diana rambang mata. Buku di situ menarik perhatian Diana. Diana membelek buku-buku sehingga terlanggar salah seorang pelanggan di situ. Buku pelanggan tersebut terjatuh. Diana mengambil buku-buku, pelanggan itu pun sama. "Sorry." Beritahu Diana. " Tak apa." Kata pelanggan tersebut. Mereka saling berpandangan. "Eh, awak!" Kata Diana tersenyum. "Ya, saya lagi." Kata pemuda yang baru dikenalinya, Syazril.
"Awak selalu datang sini ke?" Tanya Diana. "Tak juga ikut masa. Kalau rajin datanglah sini. Kalau tak beli buku dekat kedai dengan rumah je." Beritahu Syazril. "Kita dah jumpa dua kali hari nie." Kata Diana. "Tahu tak apa. Awak memang minat buku ke?" Soal Syazril. "Err, bolehlah. Sebab saya bukan selalu sangat baca buku. Saya selalu layari internet je untuk maklumat yang saya nak tahu." Beritahu Diana. "Maklumat apa yang awak suka layari." Tanya Syazril.
"Maklumat mengenai craft dan bidang rekaan." Beritahu Diana. "Oh, awak kiranya minat dalam bidang rekaanlah?" Soal Syazril. "Ya, sangat suka!" Jawab Diana dengan penuh keyakinan. "Err, teman wanita saya ada buka butik sendiri. Mungkin dia boleh tolong awak." Cadang Syazril. "Oh, yeke? Kalau dia sudi, saya nak!" Jawab Diana keriangan. Impiannya semakin tercapai. Syazril pula tersenyum melihat Diana yang bersungguh-sungguh dengan apa yang diingininya.
"Kalau esok saya bawa awak jumpa dia nak?" Tanya Syazril. "Of course. Hahaha!" Jawab Diana penuh keriangan. "Baik juga mamat nie. Ingatkan teruk. Bolehlah. Dibuat kawan." Kata Diana dalam hati. "Saya bagi nombor saya, nanti esok awak call." Kata
Ke esokkan harinya...
"Hello Diana.?" Soal Syazril yang buat pertama kali menelefon Diana. "Hello sape nie? Syazril ek?" Tanya Diana. "Eh, dia nie tak simpan nombor aku ke? Patutnya dia tahulah ini nombor aku." Kata Syazril dalam hati. "Ya." Jawab Syazril. "Bila nak jumpa teman wanita tercinta awak tu?" Soal Diana. "Eh, melebih nampak. Hahaha. Pukul tiga petang nie saya tunggu awak di shopping mall nie. Bila saya sampai saya tunggu awak dekat kedai buku yang kita pergi semalam." Beritahu Syazril.
"Oh,ok." Balas Diana lalu menamatkan perbualan. "Apa yang aku buat nie betul ke? Kawan dengan lelaki?" Soal Diana sendiri. "Aku dah ada tunang,tapi kenapa aku kawan dengan perempuan?" Syazril berkata-kata sendiri.
"Abang, dah carikan ke belum?" Soal Diana. "Ada, tapi kawan yang abang percaya semuanya dah berpunya. Yang single abang tak rapat sangat, so abang tak yakin sangat dengan diaorang." Beritahu Darwish. "Abang, bukannya adik suruh carikan untuk jadi betul-betul tunang Diana. Setakat berlakon dah laa.Abang nanti kalau ibu cari adik, cakap dekat ibu adik keluar." Kata Diana.
"Baiklah, nanti abang cubalah pujuk diaorang." Beritahu Darwsish. "Terima kasih, abang. Nanti adik usaha carikan kawan adik yang baik." Kata Diana. "Macam-macamlah, adik nie. Kata nak keluar?" Soal Darwish menukar topik.
"Lupa pula, oklah. Adik nak pergi dah. Kesian kawan adik tunggu adik lama sangat sebab borak lama sangat dengan abang. Bye, assalamualaikum" Kata Diana. "Waalaikummussalam, hati-hati bawa kereta." Pesan Darwish. "Ok." Jawab Diana lalu keluar dari rumahnya.
"Mana Diana nie?" Soal Syazril sendiri dalam hati. "Maaf!" Jerit Diana sambil berlari ke arah Syazril. "Ok, calm down girl. I'm ok." Beritahu Syazril. Diana mengela nafas lega, namun masih tercugap-cugap. "Kenapa lari-lari tadi?" Soal Syazril. "Saya ingat awak dah pergi. Jalan sesak. Banyak sangat kereta. Saya dah keras duduk dalam kereta tu." Beritahu Diana. "Hahaha, lawak betul awak nie, pergi ke butik tunang saya nie awak naik sekali sahajalah dengan saya." Pelawa Syazril.
"Kenapa?" Tanya Diana. "Saja je. Lagipun saya takut nanti awak terlepas jejak saya pula." Kata Syazril. Mereka berdua ketawa. "Oklah,saya ikut awak." Diana bersetuju.Mereka berdua menaiki kereta mewah Syazril. "Awak anak orang kayakan?" Tanya Diana. "Taklah kaya mana. Awak pun kaya jugakan?" Soal Syazril pula. "Ayah and mama? Yes, can't lie. But me? Not at all." Balas Diana. "Hahaha, henset awak pun bertukar-tukar hari-hari." Kata Syazril. "Ye ke?" Soal Diana pula lalu membuka begnya. "Henset saya cuma ada satu. Macam mana pula awak boleh kata saya tukar hari-hari?" Soal Diana. "Mungkin sebab case phone awak kot. Sebab semalam case awak warna lain. Sebab tu saya ingat henset awak banyak." Jelas Syazril. "Oh, saya tukar case ikut hari. Ini case hari Rabu saya. Semalam case untuk hari Selasa." Beritahu Diana.
"Hahaha, awak nie macam-macamlah. Case tukar hari-hari." Kata Syazril. "Macam tukar baju pula." Sambung Diana. Mereka berdua tertawa didalam kereta tersebut. "Dah sampai!" Kata Syazril menukar topik. "Eh, cepatnya." Jawab Diana. "Memanglah cepat, dari pasaraya tadi ke sini tak jauh sangat." Beritahu Syazril." Patutlah." Kata Diana. "Jom keluar." Ajak Syazril. "Tak sabar nak jumpa buah hati awak. Mesti cantik. Hahaha." Puji Diana. Syazril melihat Diana lalu tersenyum. Arina, tunang Syazril melihat sahaja Diana dan Syazril. Mukanya kelihatan berkerut, tertanya-tanya siapakah gadis yang berada di samping Syazril.
Diana dan Syazril memasuki butik tersebut. Diana terpesona melihat kecantikan baju yang direka oleh Arina. "Wah, cantiknya baju yang awak reka nie." Puji Diana. "Err, terima kasih." Balas Arina yang agak tidak selesa dengan kehadiran Diana. "Jangan risau, saya bukan mahukan tunang awak." Beritahu Diana. Arina kini kelihatan sedikit lega dengan apa yang diberitahu Diana. "Janganlah fikir bukan-bukan." Kata Syazril menyakinkan kata-kata Diana.
"Oh, jadi kenapa awak bawa dia datang sini." Kata Arina yang kelihatan seperti tidak menyukai kehadiran Diana. "Saya nak awak ajarkan dia cara-cara untuk menjadi seorang pereka fesyen macam awak. Lagipun dia nie kawan saya, boleh tak kalau dia berkerja sambil belajar dekat butik awak nie." Pinta Syazril. "Kenapa perlu Syazril yang jelaskan semua nie. Syazril awak tak tahukah saya tak suka awak kawan dengan perempuan." Kata Arina sendiri.
"Oh, tapi maaf saya tak boleh ajar awak sebab saya tak ada masalah. Lagipun saya tengah sibuk nie." Beritahu Arina bertolak dalih kerana tidak mahu Diana berada dibutiknya setiap hari. "Cuba awak minta di butik dekat dengan sini. Dari butik saya ada lagi lima buah kedai, nanti awak jumpa." Cadang Arina kepada Diana. "Padan muka kau. Beberapa minggu je kau akan kerja kat situ and then sama-sama bengkrap." Kata Arina dalam hati.
"Tak apa, lagipun tak lama lagikan korang berdua nak kawin." Beritahu Diana. "Huh? Sampai aku dengan Syazril pun dia tahu. Tapi tak apalah, dia dah tahu yang Syazril aku punya." Kata Arina di dalam hati lagi. "Tapi kami belum buat apa-apa bersiapan sebab kami belum bincang lagi hal perkahwinan." Beritahu Syazril. "Eh, mana ada! Kita dah bincang dah. Secepat mungkin kita berdua akan kawin." Tipu Arina. "Eh, kenapa saya tak tahu?" Soal Syazril. "Parent kita je yang bincang tentang hal nie." Bohong Arina lagi. "Oh." Jawab Syazril.
...Bersambung...
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Teen FictionDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...