"Arina?!" Ujar Diana dan Syazril serentak. "Hahaha, tahu pun." Balas Arina. Mereka berdua terkejut, Arina memegang pisau. Memang betul apa yang dikatakannya.
"Kau ingat aku tak tahu korang jumpa? Huh?! Sekaranglah waktu untuk aku bunuh kau! Hahaha!" Kata Arina. "Kau nie dah kenapa? Aku dah kata kau jangan kacau adik aku!" Ujar Darwish dari jauh. "Huh?!" Kata Arina terkejut.
"Lebih baik kau pergi dari sini." Arah Darwish. "Kau ingat aku takut! Huh, aku tak takut kau nak ugut aku. Nak call polis. Call-lah. Hahaha." Balas Arina. "Bukan aku yang telefon. Tapi mama dan papa kau sendiri!" Kata Darwish. "Lebih baik kau menyerah dirilah!" Ujar Bella.
Arina terkejut, terlihat Dato Jamal dan Datin Azila berada disitu. "Mama? Papa?" Arina seperti tidak percaya mama dan papanya sanggup membuat begitu.
"Maafkan mama Arina, mama tak sanggup tengok Arina buat perangai. Mama tak nak tengok perangai Arina semakin menjadi-jadi." Kata Datin Azila.
"Mama! Sanggup mama buat Arina macam nie!" Kata Arina. "Kalau Arina tak berubah, Arina takkan boleh keluar dari penjara." Ujar Dato Jamal.
Arina cuba melarikan diri dari situ. Tiba-tiba "Arghh!" Jerit Arina. Mereka semua berlari ke arah Arina. Dia dilanggar oleh kereta. Kakinya digilis. Dia menahan kesakitan. "Anak mama!" Jerit Datin Azila. "Arina!" Kata Diana.
Arina dikejarkan ke hospital. Setelah selesai membuat pemeriksaan, doktor yang merawat Arina, Doktor Aizat keluar dari bilik ICU. "Alhamdulillah anak encik dan puan selamat tetapi maafkan kami. Arina tidak dapat lagi berjalan. Tulang kakinya patah dan tidak boleh dirawat lagi.Arina tidak boleh lagi berjumpa dengan sesiapa. Dia perlu berehat." Beritahu Doktor Aizat.
Datin Azila menangis, Dato Jamal cuba menenangkannya. "Maafkan kami mak cik. Disebabkan kami Arina jadi macam nie." Kata Diana serba salah. "Bukan salah kamu. Ini semua takdir. Kita kena redha dengan ketentuan yang Allah beri." Balas Dato Jamal. "Sebagai tanda maaf, kami takkan buat laporan polis." Ujar Darwish.
"Terima kasih." Datin Azila bersyukur kerana anaknya tidak akan dilaporkan kepada polis.
"Tak sangka Arina boleh jadi macam tu." Kata Diana sedih ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. "Itulah dikatakan takdir. Kita pun tak sangka dia boleh jadi macam tu." Kata Syazril. "Semalam saya bantu Puan Asyikin kemas dan hiaskan butik dia. Sebelum saya tinggalkan butik tu, saya ada reka beberapa design untuk baju yang akan Puan Farah jahit." Beritahu Diana.
"Oh,ya?" Soal Syazril. Diana mengganguk. "Korang nie sweet couplelah." Kata Darwish tiba-tiba. "Abang nie. Bisinglah! Duduk jelah diam-diam dekat belakang tu." Kata Diana. "Apa salahnya memang betul pun." Ujar Bella.
"Bella!" Tambah Diana menahan malu. Darwish dan Bella ketawa. Syazril pula hanya tersenyum. "Cee kalau betul aku dan Diana sweet couplekan best." Kata Syazril dalam hati.
"Terima kasihlah sebab hantar saya balik." Ucap Diana. "Sama-sama. Lagipun tadi awak pergi dengan saya, mestilah balik dengan saya juga." Kata Syazril. "Awak tinggal dua orang je dekat rumah nie?" Soal Syazil.
"Ha'ah. Tapi yang bestnya ayah saya balik hari nie!" Ujar Diana keriangan. "Sukalah awak, dah lama tak jumpa papa kesayangan. Okaylah saya balik dulu. Assalamualaikum." Kata Syazril. "Waalaikummusalam." Balas Diana. Kereta Syazril pergi dari situ. Diana masuk ke dalam rumah setelah beberapa minit abangnya berada didalam rumah itu.
"Lama sembang." Kata Darwish yang sedang baring di sofa sambil menonton cerita Transformer. "Mana ada lama. Adik cakap terima kasih je." Balas Diana. "Cakap terima kasih ke atau I love you?" Kata Darwish segaja mahu menganggu mood happy adiknya. "Segaja jekan cakap macam tu. Tampar karang baru tahu." Marah Diana. Darwish ketawa. Dia memang suka kenakan adiknya.
"Adik." Kata Darwish. "Hmm." Jawab Diana. "Hari nie ayah balikkan?" Soal Darwish. "Ya." Balas Diana. Pintu rumah diketuk, Diana membuka pintu tersebut. Diana menjerit keriangan. "Ayah!" Jerit Diana keriangan lalu memeluk ayahnya.
"Gedik." Kata Darwish yang cemburu dengan Diana, anak kesayangan ayahnya itu. Darwish bersalam dengan ayahnya. Encik Raizan. "Ayah, kenapa balik lambat sangat. Ana nak dekat balik Korea dah. Tak boleh lama-lama dengan ayah." Kata Diana. "Ana, ayah kerja cari duit untuk biaya keluarga kita. Kalau Ana nak ayah rehat je dekat rumah, Ana kenalah belajar rajin-rajin jadi pereka fesyen terkenal. Biar ayah goyang kaki je dekat rumah. Abang pun sama." Nasihat Encik Raizan.
"Yelah, ayah. Tak lama lagi anak ayah yang sulung nie jadi doktor." Beritahu Darwish dengan bangga. "Dan akan jadi suami orang." Diana segaja memberitahu hal tersebut kepada Encik Raizan. "Sibuklah kau nie adik!" Marah Darwish.
"Alhamdulillah, jadi doktor ayah bangga jadi suami orang lagi ayah bangga." Beritahu Encik Raizan. Darwish tersenyum sinis kepada Diana. "Eleh." Kata Diana sendiri.
"Kalau abang jadi papa pun ayah banggakan." Tambah Diana segaja mahu menyakitkan hati abangnya. "Jadi apa-apa yang baik pun ayah bangga." Jawab Encik Raizan.
"Ibu, Aryna dengan Arian mana?" Soal Encik Raizan. "Balik kampung. Sehari dua lagi baliklah." Balas Darwish. "Kalau macam tu, kita makan dekat luar, okay?" Ajak Encik Raizan.
"Tak payah, ayah. Anak ayah yang chef nie ada. Ana dah masak. Special untuk ayah." Kata Diana. "Oh,ya?" Kata Encik Raizan. "Diana masak lauk favorite ayah, ayam masak merah." Beritahu Diana.
"Wah! Terima kasih Ana, Darwish." Kata Encik Raizan teruja. "Sama-sama." Balas Diana dan Darwish.
Setelah selesai makan, mereka semua ke bilik sembahyang untuk sembahyang isyak berjemaah. Apabila sudah selesai sembahyang, Diana terus masuk ke dalam biliknya.
Encik Raizan juga masuk ke dalam biliknya. Al maklumlah, berkerja pasti penat.
"Betul ke apa yang dikatakan oleh Syazril?" Kata Diana sendiri. "Eh, tak mungkin! Kitakan kawan je, lagipun waktu tukan lakonan je." Tambah Diana lagi. Darwish mengetuk pintu bilik Diana. "Masuk!" Ujar Diana.
"Kenapa adik? Tak tidur lagi." Tanya Darwish. "Tak boleh tidur lagi." Balas Diana. "Teringat dekat Ril ke?" Soal Darwish. "Eh, mana ada. Adik dengan Syazril tu kawan je. Tak lebih." Jawab Diana.
Mereka berdua baring dilantai. "Macam manalah nanti, abang dah kahwin. Adik pun dah kahwin. Pasti kita dah tak rapat macam sekarang." Kata Darwish sedih. "Kita kenalah buat hari kita." Pujuk Diana.
"Macam mana tu." Tanya Darwish yang tidak memahami apa yang dikatakan oleh Diana. "Macam nie. Kita buat satu hari tu hari kita berdua luangkan masa bersama. Makan ais krim. Abang, adik, Aryna dengan Arian je. Bella dengan suami adik tak payah ikut." Kata Diana menerangkan apa yang sedang dicadangkan olehnya.
"Pandai juga adik abang nie. Abang suka idea adik." Ujar Darwish bersetuju dengan cadangan Diana. "Ehm, adik tahu adik pandai. Disebabkan hari nie kita bincang fasal nie. Pada tarikh hari nielah hari seadik beradik kita tu akan diadakan." Kata Diana dengan bangga sekali.
"Okay. Abang nak tidurlah. Abang masuk bilik abang. Good night." Kata Darwish lalu keluar dari bilik diana. "Good night too." Balas Diana lalu menutup lampu biliknya dan tidur di atas katil berwarna pinknya itu.
-Bersambung-
YOU ARE READING
Our Perfect Story (Malay)
Teen FictionDiana masih mencari teman hidup sejatinya. Neneknya pula ingin berjumpa dengan pasangan Diana dan sepupunya yang lain. Alamak!! Diana masih belum ada lagi pasangannya. Mampukah Diana mencari pasangan dalam masa sebulan??? -Our Perfect Story By ThePr...