JAM dinding dikerling lagi.. mata masih belum bisa dilelapkan selepas kejadian itu. Suaminya yang sedang lena itu direnung tanpa kelip.
Wajah yang tanpa cela itu sangat menenangkan hatinya yang tadinya kacau bilau. Wajah suaminya diteliti dengan mata yang berkaca kaca.
"Sayang tak dapat bayangkan macam mana nak teruskan hidup bila abang takde nanti" setitik air mata mula membasahi pipi.
Namun dia pantas menyeka. Wajah itu direnung lagi dan lagi tanpa ada rasa jemu. Tangan naik perlahan lahan sebelum dia mengusap wajah yang licin tanpa sebarang kumis itu.
"Kenapa la abang ni hensem sangat ek? Sayang bersyukur tau sebab Allah jadikan abang tak dikenali ramai kalau tak.. melepaslah sayang" rungut Diandra sendiri.
"Alhamdulillah.. abang memang hensem pun, tak cakap pun abang tau" kata Farhan tiba tiba.
Biasalah! Kena sebut alhamdulillah dulu tau baru boleh puji diri sendiri 😂.
"Eh abang!" Balas Diandra terkejut dengan mata membulat.
"Dah puas renung muka abang?" Tanya Farhan dengan mata yabg tertutup.
"Bila bangun?" Tanya Diandra gelabah sambil menutup mukanya yang merah bak tomato itu.
"Masa sayang usap pipi abang" balas Farhan bersahaja sebelum merenung wajah isterinya.
"Ala! Janganlah tenung Dian" kata Diandra sambil melarikan wajahnya.
"Kenapa pulak tak boleh?" Tanya Farhan dengan nada rajuk.
"Pokoknya tak bolehlah" balas Diandra pula.
"Pokok ke.. akar ke.. abang tak kisah. Abang nak renung jugak sayang" balas Farhan sambil menarik tangan isterinya.
"Abang!" Jerit Diandra sedikit kuat membuatkan Farhan ketawa geli hati.
"Shh.. nanti Umi dengar la sayang" bisik Farhan betul betul ditelinga Diandra.
"Abang.. geli la" kata Diandra manja sambil menggeliat kecil.
Farhan hanya ketawa mendengar rungutan isterinya itu.
"Kenapa sayang tak tido lagi ni?" Tanya Farhan sambil mengucup ubun-ubun Diandra.
"Tak boleh tidur" adu Diandra manja sambil menepuk-nepuk tangan Farhan yang berlingkar di pinggangnya
"Kenapa tak kejutkan abang?" Tanya Farhan makin lembut.
"Sayang takut ganggu abang rehat je.. lagipun sayang tahu abang penat" kata Diandra sambil tersenyum manis.
"Alololo.. isteri siapalah romantik sangat ni?" Tanya Farhan sambil menggomol pipi isterinya.
"Iste-ri Far-han Izrain la" balas Diandra tersekat sekat kerana manahan geli apabila Farhan tak habis-habis menggomol pipinya.
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomanceBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...