"ASSALAMUALAIKUM" suara lembut yang meberi salam itu membuatkan jantung seseorang berdetak hebat.
"Walaikumsalam.. Tengku Diandra! Buat apa kat sini?" Tanya Hafiz.
"Err.. Farhan, Umi ada kat rumah? Saya nak ambil baju dengan barang-barang" kata Diandra tanpa menjawab pertanyaan Hafiz.
"Ada.. sabar jap" kata Farhan sambil berlalu meninggalkan mereka.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya Diandra kembali.
"Saja.. jalan-jalan" jawab Hafiz perlahan.
"Jom!" Ajak Farhan tiba-tiba membuatkan Diandra bingung.
"Awak nak pergi mana? Saya boleh jalan sendiri" kata Diandra serba salah.
"Tadi ada 4 5 orang budak nakal kat depan tu jadi lebih baik saya hantar awak" jawab Farhan dingin.
"Ouh" balas Diandra pendek
"Aku nak ikut boleh tak Farhan?" Tanya Hafiz tiba-tiba.
"Kenapa pula tak boleh? Ikut jelah" kata Farhan sambil membuka langkah.
Tiada suara pun kedengaran saat mereka sedang berjalan ingin kerumah Umi Hasmah.
Selepas beberapa minit mereka berjalan akhirnya mereka tiba di hadapan rumah Umi Hasmah.
Ceyh! Ayat aku macam la diorang jalan jauh 😭🤣🤣
"Assalamualaikum" salam diberi sebelum kaki menapak masuk kedalam.
"Walaikumsalam.. Ya Allah Dian!" Kata Umi Hasmah teruja apabila sosok tubuh yang dia rindui kini berada dihadapan mata.
"Ya Umi.. ni Dian" kata Diandra sambil mengucup lembut tangan tua Umi Hasmah.
"Dian datang nak ambil baju dengan barang barang la Umi. Daddy paksa Dian suruh duduk dengan dia" luah Diandra dengan nada sedih.
"Nak buat macam mana sayang.. seorang anak kena dengar cakap orang tua tambah tambah awak tu anak perempuan" kata Umi Hasmah sambil menggosok kepala Diandra.
"Dian masuk ambil baju dulu eh?" Kata Diandra lalu membuka langkah kebilik Farhan.
"Siapa tu Han? Kawan Dian ke?" Tanya Umi Hasmah apabila melihat sosok tubuh asing.
Hafiz berjalan mendekati Umi Hasmah yang kelihatan tenat pada matanya.
"Assalamualaikum Umi.." suara Hafiz lembut kedengaran.
"Walaikumsalam.." jawab Umi Hasmah dengan senyuman yang tak pernah pudar.
"Umi ingat tak ni siapa?" Tanya Hafiz sambil melutut dihadapan Umi.
Tangan tua itu sambil lalu diletakkan di wajahnya.
"Siapa ni? Umi tak kenal la" kata Umi Hasmah sambil memandang Farhan.
"Ni Hafiz Umi.. Hafiz Solihin" kata Hafiz dengan nada suara yang bertukar serak.
"Ya Allah! Anak Maria ke ni?" Tanya Umi Hasmah dengan mata berkaca.
"Ya Umi.. Umi sihat?" Tanya Hafiz sambil mengucup tangan umi lagi.
"Alhamdulillah.. sihat. Ibu kamu?" Tanya Umi Hasmah teruja.
"Ibu pun sihat. Nanti Hafiz bawa dia datang sini" kata Hafiz sambil tersenyum.
"Tak payah la Hafiz.. nanti tak selesa ibu kamu kalau datang sini" tolak Umi lembut.
"Takde apa-apa la umi. Nanti Fiz bawa Ibu ya" kata Hafizasih dengan senyuman.
"Umi.. Dian dah siap packing. Dian balik dulu ya?" Kata Diandra sebak.
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomanceBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...