"MAAF ya Encik.. tapi ni isteri saya" kata Farhan tenang.
Mulut Diandra sudah ternganga luas mendengar kenyataan dari mulut Farhan.
"Maaf! Aky pergi dulu la" kata Hakim sebelum berlalu meninggalkan mereka.
Aduh!! Kenapa la mulut aku pergi cakap yang bukan-bukan ni?! Marah Farhan apabila mengingati kata-katanya sendiri.
Dia berpaling kearah Diandra yang masih membatu disitu. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.. Ahh!! Kenapa mesti perasaan ni hadir?!
"Awak kenapa Farhan? Kenapa muka awak merah?" Tanya Diandra.
"Merah ke? Mungkin sebab cuaca panas kot sekarang" kata Farhan sambil tangan acah acah mengesat peluh.
"Kenapa muka saya tak merah pun?" Tanya Diandra sambil meraba mukanya.
Farhan sudah mengetap bibirnya. Tulah! Siapa suh gatal sangat pergi cakap macam tu?! Marahnya pada diri sendiri.
"Mena la saya tahu" jawab Farhan dengan suara yang dikawal sebaik mungkin.
"Ke awak tak sihat ni?" Tanya Diandra lagi sambil tangan naik menyentuh dahi Farhan.
"Tak! Saya sihat je. Tak demam pun" balas Farhan sambil menolak lembut jejari milik Diandra yang menyentuh dahinya.
"Okay! Jom masuk.. bahu saya sakit lagi ni" kata Diandra manja.
"Siapa suruh awak keluar berjalan? Kan dan sakit balik bahu tu" kata Farhan prihatin.
"Takde siapa suruh! Jom masuk" kata Diandra sambil melangkah ke hadapan.
"Okay" Farhan menjawab perlahan sebelum berusaha mengejar langkah Diandra yang jauu didepan.
"Dian.."panggil Farhan perlahan.
"Cepat la Farhan! Lambat la awak ni" kata Diandra dengan muncung itiknya.
"Sabar la" kata Farhan sambil kaki measih melangkah.
Diandra diam membatu disitu kerana ingin menunggu Farhan. Dia masih memerhati langkah Farhan, langkah itu semakin lama semakin perlahan.
"Kenapa dengan Farhan tu? Lemah semacam je aku tengok" ujarnya pada diri sendiri.
Mata masih memaku pandang kearah Farhan. Dia mengukir senyum saat mata mereka bertembung.
"Dian.." belum sempat dia menghabiskan bicara, dunianya sudah gelap gelita.
"Farhan!" Itulah perkara terakhir yang dia dengar sebelum suasana menjadi sunyi sepi.
MATA masih memerhati wajah yang indah tanpa cela itu. Dengan keningnya cantik terbentuk, alisnya panjang dan indah bibirnya yang merah mereka itu. Tiada satu pun kurang.
"Indahnya ciptaan Allah" perlahan sahaja ayat itu lahir dari bibirnya.
Mata masih belum puas merenung Farhan yang masih belum sedarkan diri.
"Kenapa la awak tak makan Farhan? Kan dah sakit. Siapa nak jaga saya?" Ujarnya sendiri.
"Saya la" balas Farhan membuatkan mata Diandra membulat.
"Err.." dia kehilangan kata-kata sejenak apabila teringatkan perlakuannya tadi.
Ahh! Malunya aku!
"Awak kenapa ni? Pipi awak merah la" usik Farhan dengan senyuman manis dibibir pucatnya.
"Mana ada merah! Saya panas ni" kata Diandra membuatkan Farhan ketawa.
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomanceBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...