FARHAN hanya menyepi disebelah Diandra yang sedang lena diulit mimpi. Wajah itu dipandang dengan penuh kasih sayang.
"Saya nak sangat awak jadi milik saya sepenuhnya.. tapi saya tahu.. ia hanya angan an saya semata" bisiknya ditelinga Diandra.
"Saya sayang awak lebih dari seorang adik.. lebih dari seorang kawan" bisiknya lagi.
Diandra menahan dirinya dari membuka mata. Ahh indahnya perasaan ini.. aku kena juga buka mata! Bisiknya sendiri
Baru sahaja dia ingin membuka suara petir milik Tengku Izzumuddin membuatkan hasratnya terhenti disitu.
"Kau buat apa tu Pengemis?!" Marah Tengku Izzumuddin.
"Maaf Tengku" hanya itu yang mampu dia ungkapkan.
"Ahh! Aku tak kira sekarang ni aku nak kau keluar dari sini! Kau tu pengemis.. kau tak layak untuk ada dekat sini!" Arah Tengku Izzumuddin lagi.
"Apa ni daddy?! Can you leave?" Marah Diandra yang tidak tahan mendengar lelaki itu mncemuh Farhan.
"I will leave but he must leave first" kata Tengku Izzumuddin bersahaja.
"No! Dia takkan keluar and you tolong la.. give me space to rest" kata Diandra merayu.
"Mr Wong! He's here!!" Jeritan yang tiba-tiba itu membuatkan Farhan mengeluh keras.
"Sekali lagi" bisiknya perlahan.
"Where?!" Tanya seseorang.
"Bilik 476!" Seusai mendengar perkataan itu Diandra merasa pelik.
Bukankah itu nombor biliknya? Siapakah yang mereka cari?
"Farhan Izrain! Kita berjumpa lagi" kata Seorang uncle Cina yang baru melangkah masuk kewadnya.
"Kita bincang kat luar" kata Farhan sambil menarik lelaki itu keluar.
"Kenapa?" Tanya Diandra bingung.
"Saya bincang kat luar dulu lepas siap saya masuk balik" kata Farhan.
"Tak payah kat luar.. kat sini je" kata Mr Wong dengan lancar.
"Nak apa?" Tanya Farhan datar.
"Macam biasa. Aku nak kau tolong.. dah banyak kali aku pujuk dengan tangan kosong kalini aku bawakan duit 1 juta" kata Mr Wong.
"Aku taknak la bodoh!" Marah Farhan apabila lelaki cina itu tak habis-habis memaksanya.
"Yang kau nak marah sangat ni kenapa?" Tanya Mr Wong dengan senyuman sinis.
Farhan hanya diam..
"Kau nak aku seret Mak kau dulu ke baru kau nak buat apa yang aku suruh?!" Kata Mr Wong tiba-tiba.
Farhan mengepal penumbuknya!
"Kau kenapa sial?! Jangan ingat kau kaya kau boleh buat semua benda!" Marahnya dengan nada tertahan.
"Aku selalu mengalah! Dah banyak kali aku bagi peluang dan kali ni.. takde apa-apa yang perlu dibincangkan! Kau dengan anak buah kau boleh berambus dari sini!" Ujarnya lagi.
"Aku lagi rela jadi pengemis daripada jadi 'anjing' kau!" Sambung Farhan.
Sebelum dia berlalu dia sempat menyepak sebuah kerusi hingga terpelanting.
"Jangan ingat aku selalu mangalah dengan kau, kau boleh pijak kepala aku! Kau silap la!" Sambungnya sebelum berlalu.
Diandra sudah terkesima. Lelaki itu menyeramkan apabila dirasuk api kemarahan.
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomansBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...