HARI yang amat memenatkan! Zulaikha dengan Hafiz yang kahwin tapi macam diorang pula pengantinnya. Kena tunjuk cara posing la! Ish.. penat betul! Tubuhnya dibaringkan dengan kepala yang masih dibaluti tudung.
"Sayang.. bangun mandi dulu" tegur Farhan sambil menepuk bahu isterinya lembut.
"Ermmm.. Dian penat la abang" rengek Diandra manja dengan mata yang masih tertutup.
"Bangun dulu.. kalau taknak mandi buka tudung dulu. Lepastu tido la" balas Farhan masih memujuk.
Diandra bangkit dari katil dengan malasnya sebelum tudung dibuka dan diletakkan diatas meja solek.
Farhan hanya mampu melihat. Nak marah pun.. kesian dekat di isteri yang dah mengantuk tu.
"Dian tido dulu.. goodnight" kata Diandra sebelum dia kembali membaringkan tubuhnya diatas katil.
Farhan melabuhkan punggungnya di sebelah sang isteri yang sedang nyenyak tidur. Wajah itu direnung lembut.
Macam mana abang nak hidup tanpa sayang? Mampu ke abang bertahan? Sanggup ke abang biarkan sayang hidup seorang diri?" Tanyanya sendiri.
Farhan bangkit dari duduknya sebelum dia bergegas mengambil wuduk untuk menunaikan solat istikharah.
"Allahuakbar.." takbir di angkat, hati dan fikiran dikosongkan.
Dia ingin menghadap Sang Pencipta tanpa ada sebarang gangguan.
"Assalamualaikum warahmatullah" salam diberi sebelum dia mendongak kelangit sambil menadah tangan.
"Ya Allah Ya Tuhanku.. hamba-Mu ini ingin memohon bantuan-Mu. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang membelenggu diriku Ya Allah.. Aminn"
Tangannya diraup kemuka. Tiada siapa dapat membantunya kecuali sang Maha Esa.
SEKUJUR tubuh yang sedang lena itu ditatap olehnya. Bibir perlahan-lahan mengukir senyum manis.. wanita itulah pelengkap hidupnya.. bidadari syurganya yang tidak bersayap.. tetapi takdir seolah-olah mempermain kan mereka. Dugaan yang datang membuatkan dia putus asa.
"Eh? Tak tido lagi?" Pertanyaan itu membuatkan dia tersedar dari lamunan...
"Abang ada masalah ke?" Tanyanya lagi...
"Takde apa apa la.. sayang tido ye" kata dia sambil menepuk bahu isterinya..
"Jangan bohong Mohd Farhan Izrain" suara keras isteri nya sudah kedengaran..
Farhan menarik isterinya kedalam pelukan.
"Entah la abang rasa macam tak percaya.. Sayang dalam pelukan abang sekarang.." katanya dengan senyuman pahit...
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomanceBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...