❦︎☾︎ CHAP 2 ☽︎❦︎

2.1K 206 37
                                    

                   

   LALUAN dihadapannya dipandang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   LALUAN dihadapannya dipandang.. tidak menyangka yang dia akan menjejakkan kakinya disini.. ditempat yang  dianggap hina pada mata sesetengah orang..

"Dian tunggu sini la.. ibu pergi sorang je. Nanti Dian tak selesa pula.." kata Kak Zimah sambil mengusap lembut kepala gadis itu..

"Kenapa ibu? Tempat apa ni?" Tanya Diandra bingung..

"Ni orang panggil tempat gelandangan.. banyak peminta sedekah ataupun orang orang yang takde tempat tinggal hidup disitu" terang Kak Zimah..

"Ibu nak buat apa pergi sana?" Tanya Diandra lagi..

"Ibu nak bagi makanan sikit untuk diorang.. rezeki yang ada ibu nk kongsi" kata Kak Zimah sambil tersenyum nipis..

"Baiknya ibu.. Dian nak ikut boleh?" Tanya Diandra dengan mimik muka berharap..

"Bukan taknak bagi tapi ibu takut Dian tak selesa nanti" kata Kak Zimah mengulangi apa yang dia katakan tadi..

"Tak kira. Dian nak ikut juga!" Kata Diandra mula menunjukkan sifat degilnya..

"Ya la Sayang.. meh ikut ibu" kata Kak Zimah lalu menghulurkan tangannya pada Diandra.

"Yeay! Sayang ibu" kata Diandra riang sekali..

Dia ingin melihat bagaimana kehidupan orang disana.. adakah sama atau jauh berbaza dengan dirinya..

Saat selangkah kakinya menuju kesitu.. hatinya tersentuh.. kehidupan mereka bukan sahaja jauh tetapi lebih teruk dari yang dia sangkakan.. dia tidur ditilam empuk pun kadang kadang merungut tapi mereka.. tidur beralaskan kotak.. nyenyak je..

"Dian menung apa tu? Kalau tak selesa pergilah balik kat kereta" kata Kak Zimah apabila terperasan Diandra yang masih pegun disitu..

"Takde pape la ibu" balas Diandra sambil memanjangkan langkahnya kearah kak Zimah

"Jangan paksa diri Dian" kata Kak Zimah perlahan..

"Takde la ibu.. ibu nak pergi mana ni?" Tanya Diandra apabila perasan kaki mereka masih belum menemui destinasi..

"Dian tunggu sini jap ye.. ibu nak pergi depan tu je" kata Kak Zimah sebelum dia berlalu meninggalkan Diandra disitu..

"Haish! Ibu ni kenapa la tinggal Dian sorang sorang kat sini?" Katanya sendiri..

"Cik.." teguran seseorang membuatkan dia berpaling dgn serta-merta..

"Kau panggil aku ke?" Tanya Diandra sambil menunding jari pada wajahnya sendiri..

"Ya Cik la!" Kata suara itu lagi..

"Ya kau nak apa?" Tanya Diandra kekok..

"Cik tunggu siapa? Bahaya sorang sorang kat sini" katanya lagi..

Suri Hati Encik Pengemis [C]Where stories live. Discover now