BAJU jubah biru muda yang longgar itu direnung tanpa lepas olehnya. Majlis yang diadakan oleh Tuan Maliki untuk meraikan kejayaan syarikatnya yang berjaya membuka 5 cawangan seminggu yang lalu bermain dikepala.
"Kenapa la daddy tak pilih orang lain untuk ikut dia pergi majlis tu" rungut dia perlahan.
"Agak agak kalau aku cakap aku tak larat.. daddy percaya tak?" Tanyanya sendiri.
"Sayang! Dah bersiap belum? Pukul 8:40 majlis dah nak mula" suara Tengku Izzumuddin kedengaran dari luar
"Be-belum daddy" balas Diandra sambil melihat jam dinding.
"Dah pukul 8:10 sayang.. cepat sikit bersiap daddy turun bawah dulu" kata Tengku Izzumuddin sebelum berlalu
"I have no choice" kata Diandra sebelum dia bangun dan menuju ke meja soleknya.
Wajah di touch up sedikit sahaja kerana dia tidak suka memakai solekan yang tebal. Baju yang tergantung itu diambil dan disarungkan ketubuhnya.
"Last one.. tudung" katanya sendiri sebelum dia mengambil tudung yang sudah siap di iron itu.
"Ok baby. Mama is done" katanya lagi sambil menggosok perutnya yang memboyot itu.
"Auch.. janganlah tendang sayang. Mama nak ikut atuk ni" balasnya apabila dia dapat merasakan anaknya menendang dinding rahimnya.
"Diandra.. are you done? Kita dah lambat ni" Tanya Tengku Izzumuddin berserta ketukan dipintu.
"Kejap.. Dian nak ambil beg" kata Diandra kelam kabut.
"Hati hati sayang.. kang jatuh tak pasal pasal" pesan Tengku Izzumuddin lembut seusai anaknya itu kelam kabut membuka pintu.
"Hehe.. you jugak cakap yang kita dah lambat" balas Diandra sambil memuncung
"Ok let's go!" Kata Tengku Izzumuddin sambil memimpin tangan anaknya untuk turun kebawah.
"Daddy.. did you got a VIP invitation?" Tanya Diandra risau.
"Yupp" jawab Tengku Izzumuddin bersahaja.
"Dian taknak pergi boleh?" Tanya Diandra penuh berharap.
"Nope. You should go. Daddy nak kenalkan Dian dekat kawan kawan daddy" balas Tengku Izzumuddin sambil tersenyum .
Diandra mengeluh kecil. Takde chance nak escape. Dia taknak jumpa Tuan Maliki! Huaaa nak nangissss.
"Shall we?" Tanya Tengku Izzumuddin lembut sambil menghulurkan tangan pada puterinya itu.
"Yes" balas Diandra perlahan sebelum dia menyambut huluran tangan Daddynya.
DEWAN besar itu direnung dari dalam kereta sebelum dia mengeluh lagi. Wajah Daddynya dipandang tanpa berkelip namun Daddynya hanya membuat muka selamba.
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomanceBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...