•||2 BULAN KEMUDIAN||•
HARI yang ditunggu telah tiba.. majlis itu kelihatan sangat meriah dengan tetamu tetamu yang datang.
"Relax Han.. everything will be okay" kata Hafiz sambil menepuk bahu sepupunya itu.
"Aku nervous ni" kata Farhan tegang.
"Ni nervous la.. sekejap lagi tengok bakal bini cun melecun memang hilang habis nervous tu.. jangan pulak tok kadi tu terkejut kalau kau terlebih excited nak kahwin" kata Hafiz sambil ketawa kecil.
"Kau ni macam dah berpengalaman tapi.. awek pun takde" sindir Farhan.
"Amboii mentang-mentang dia dah nak kahwin.. sindir aku pulak. Kau tau apa? Orang single ni memang diciptakan untuk menyelesaikan masalah orang taken tau!" Balas Hafiz sambil berpeluk tubuh.
"Iyalah wahai sepupu ku yang single" kata Farhan masih giat mengusik.
~•~•~•~•~•~
Sedap bethol Farhan mengusik.. aku batalkan majlis dia baru tahu - Author yang semboyy😤
Jangan bergurau macam tu la wahai Author ku sayang oii - Farhan Izrain
~•~•~•~•~•~
"Ya Allah Farhan.. lawanya bakal bini kau" kata Hafiz dengan mulut yang melopong.
"Aku tengah nervous ni.. jangan ganggu aku" kata Farhan dengan wajah yang tegang.
"Cuba kau tengok Dian.. aku berani jamin auto hilang rasa nervous kau" kata Hafiz sambil memaksa Farhan menoleh kebelakang.
"Ish kau menyi--" kata katanya terhenti apabila wajah Diandra menenuhi kontena matanya.
Cantiknya dia.. puji Farhan dalam hati sambil mata masih fokus pada wajah manis Diandra yang tersenyum malu kepadanya.
"Ehem ehem! Nikah dulu woii! Lepas nikah kau nak tenung bakal isteri kau sampai tembus dinding pun aku tak kisah!" Kata Hafiz kuat.
Farhan menjeling tajam pada Hafiz yang berada disebelahnya.
"Kawal suara kau please.. mati orang tua kat depan aku ni.. tak nikah la aku alamatnya" bisik Farhan perlahan.
"Tu je yang kau tahu" balas Hafiz sambil menjulingkan matanya.
Farhan hanya membalas dengan sengihan. Diandra dibelakang dikerling sekali lagi.
"Boleh kita mulakan? Farhan dah sedia?" Tanya Tok Kadi sambil menghadiahkan senyuman kepada Farhan.
"Insyaallah dah sedia" jawab Farhan mencuba mengawal rasa gementarnya.
"Bismillahirrahmanirrahim.. Muhammad Farhan Izrain bin Abdullah.."
"Saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Diandra Natasia Binti Izzumuddin berwakil walinya kepada aku dengan mas kahwinnya seperangkat alat solat tunai"
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomansBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...