"NAK tak jadi... ermm.. lupakan jelah tak penting pun" kata-kata Farhan membuatkan Diandra mengerut dahi.
"Nak cakap apa? I give you a time" kata Diandra masih belum berpuas hati.
"Takde cakap apa-apa. Macam yang saya cakap.. lupakan jelah tak penting" kata Farhan lagi.
"Ouh oke" balas Diandra pendek.
Orang tak sudi takkan nak paksa😌🤣
"Nanti ada masa saya share dekat awak" kata Farhan apabila melihat wajah kelat Diandra.
"Eh! Taknak share pun takpe. Siapalah saya kan" kata Diandra sambil buat muka pasrah
Farhan hanya mampu tersenyum kelat apabila dia sedikit terasa dengan kata-kata Diandra.
"Saya balik dulu ya" kata Diandra sambil menghadiahkan senyuman manis buat Farhan.
"Ermm.. hati-hati tau" pesan Farhan prihatin.
"Terima kasih" jawab Diandra sambil membelakangi Farhan.
"Diandra.." suara Farhan membuatkan Diandra kembali membatu.
"Ya?" Balas Diandra sambil perlahan-lahan tubuh dibalikkan kembali.
"Saya sayang awak Diandra.. saya hampir buat sesuatu yang langsung tak masuk akal. Tunggu Diandra.. satu hari nanti saya akan sahkan awak. Itu janji saya" kata Farhan sambil tersenyum manis pada Diandra.
Diandra gembira dalam terkejut. Dari tadi dia menunggu sambungan dari kata-kata Farhan.
Walaupun berbeza ayat dia tahu maksudnya masih tidak berubah.
"Tapi sebelum tu.. saya kena kerja dulu.. kumpul duit sebab nak halalkan awak. Sanggup ke awak tunggu saya?" Tanya Farhan lagi.
"Kenapa tiba-tiba?" Tanya Diandra pura pura bingung.
"Sebab saya takut hilang awak tapi saya selalu rasa diri saya tak layak untuk awak" kata Farhan.
"Jangan pernah rasa diri awak tak layak Farhan.. awak dah cukup baik bagi saya" kata Diandra.
"Terima kasih sebab sudi terima saya" kata Farhan pula.
"Saya akan cuba halalkan awak secepat mungkin" kata-kata Farhan disambut senyuman manis Diandra.
"insya-Allah.. niat yang baik akan dipermudahkan Allah S. W. T" kata Diandra.
"Aminn.."
"DIAN balik dulu ya Umi.." kata Diandra yang tiba-tiba muncul disitu.
"Dah nak balik? Dah habis borak dengan Farhan?" Tanya Umi Hasmah sambil tersenyum.
"Dah Umi.." balas Diandra meleret.
"Sayang eh Dian! Handphone awak tertinggal" kata Farhan cepat-cepat.
Nak cover malu sebab tersasul punya pasal🤣
Umi Hasmah sudah tersenyum girang apabila telinganya masih menangkap kata kata Farhan.
"Ouh.. ada udang dibalik batu ni.. tak share pun dengan aku" usik Hafiz yang muncul selepas membuat panggilan telefon.
Diandra pula sudah salah tingkah apabila semua mata tertumpu padanya.
"Terima kasih" kata Diandra sambil mengambil Iphone miliknya yang berada di tangan Farhan.
"Umi.. ibu call tadi. Dia cakap dia nak jumpa Umi" kata Hafiz tiba-tiba sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomanceBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...