"KENAPA tak tido lagi ni?" Tanya Diandra perlahan sambil duduk disebelah suaminya.
"Tunggu sayanglah" balas Farhan lembut sambil memegang bahu Diandra.
"Sorry. Dian ada hal dekat kafe tadi. Tu yang lambat sikit balik" terang Diandra dengan rasa bersalahnya.
"Takde apa apa la sayang.. ni dah makan belum?" Tanya Farhan lagi.
"Belum tapi Dian tak lapar la" kata Diandra sambil tersenyum manis.
"Ish! Tak elok untuk kesihatan la Sayangg" marah Farhan lembut.
Alahai! Macam mana tak jatuh cinta ? 😭
"Tapi Dian tak lapar.. takkan nak paksa" balas Diandra dengan muncungnya.
"Ish! Cium kang" kata Farhan sambil mengacah ingin mencium isterinya.
"Aip! Apa abang ni" kata Diandra sambil menutup pipinya yang kemerahan.
"Sayang, pasal Hafiz tadi.. abang minta maaf bagi pihak dia ya" pinta Farhan sambil tersenyum.
"Takde apa la, cuma Dian terasa hati sikit je tadi. Tiba tiba marah orang, apahal?" Luah Diandra kesal.
"Dia memang dari kecik macam tu. Suka marah marah tanpa usul periksa" balas Farhan sambil mengangguk.
"Abang dah makan?" Tanya Diandra tukar topik.
"Baru je siap makan, ingat nak tunggu Dian tapi abang dah lapar sangat" kata Farhan sambil memeluk pinggang isterinya.
"Aip! Manja manja ni.. mesti ada udang di sebalik batu ni. Nak apa?" Tanya Diandra.
Faham sangat dengan perangai suaminya yang satu ini.
"Boleh tak tolong masakkan Masak lemak cili api esok?" Tanya Farhan dengan muka comelnya.
"Boleh! Apa je yang tak boleh untuk baby besar gajah ni" kata Diandra sambil mencubit pipi mulus suaminya.
"Auch! Sakitlah" marah Farhan manja sambil menggosok gosok pipinya.
"Dian pergi mandi dulu ya.. kalau mengantuk abang tido je dulu. Tak payah tunggu Dian tau" kata Diandra sambil bangun dari duduknya.
Farhan pantas menyambar pinggang isterinya hingga Diandra terduduk diatas ribanya.
"Kejap je sayang.. abang suka sangat wangian ni" kata Farhan sambil mengucup lembut leher isterinya yang berlapik tudung.
Diandra hanya membiarkan. Dia turut sama membalas pelukan suaminya. Kepala Farhan diusap perlahan sebelum dahi licin suaminya dikucup lembut.
"Eii! Sayang busukla" giat Farhan sambil menjauhkan dirinya dari Diandra.
"Siapa yang peluk siapa? Tadi Dian nak pergi mandi abang tak bagi" balas Diandra sambil memuncung.
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomanceBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...