CAHAYA matahari yang menerobos masuk melalui celah-celah zink yang berlubang itu menganggu lena Farhan..
"Dah pukul berapa ni?" Tanyanya sendiri sambil menenyeh matanya..
"Dah pukul 9 rupanya.." kata Farhan sambil menepuk dahinya.
Ternyata dia tertidur diatas sejadah selepas solat subuh tadi.. mulanya dia hanya ingin merehatkan tubuh tetapi terlanjur pula terlelap.
"Farhan... dah bangun belum?" Tanya Umi Hasmah berserta ketukan dipintu.
"Dah umi!" Jeritnya sambil bangun dari atas sejadah.
Selepas dia meletakkan sejadah pada tempat biasa dia berlalu kearah pintu..
"Maaf Umi.. Farhan tertidur tadi" kata Farhan sambil menggosok hidungnya.
"Kamu demam ke Farhan?" Tanya Umi Hasmah apabila melihat tingkah anak Jejakany itu.
"Tak lah Umi. Farhan penat sikit je" balas Farhan dengan senyuman.
Kaki diatur kepintu biliknya untuk menukar baju tetapi ditahan oleh suara Uminya.
"Umi tengok pucat dah muka kamu tu Farhan.. rehat la dulu kat rumah" kata Umi Hasmah bimbang.
"Takpelah Umi.. Farhan kuat lagi ni" kata Farhan masih dengan senyuman meniti bibir pucatnya..
"Jangan paksa diri Farhan.. umi tak suka la" kata Umi Hasmah lagi.
"Farhan tak paksa diri la Umi.. Han oke cuma penat sikit je" jawab Farhan masih dengan pendiriannya.
"Suka hati kamu la Farhan" balas Umi Hasmah mengalah.
Dia kenal anak jejakanya itu.. pantang menyerah kalah dan juga degil! Hailah! Nasib badan la🤣.
"Han pergi dulu ya Umi" kata Farhan apabila dia sudah siap ganti baju.
"Yalah Han.. hati-hati ya dijalan" kata Umi Hasmah saat Farhan mengucup tangan tuanya..
"Baik umi.. Han pergi dulu.. umi jaga diri ya Assalamualaikum" pesan Farhan.
"insya-Allah.. walaikumsalam" balas Umi Hasmah dengan senyuman manis buat sang anak.
Dia hanya menghantar kepergian sang anak dengan senyuman yang cukup manis. Dia kasihan dengan Farhan tapi apakan daya anaknya itu yang tidak kenal erti lelah demi mencari wang untuk sesuap nasi.
"Semoga Allah memberikan ganjaran pahala dan rezeki yang melimpah ruah untuk Farhan bila Umi dah tutup mata Umi untuk selama-lamanya" ujarnya Umi Hasmah sendiri sambil menyeka air matanya.
APA yang dia buat harini semua serba tak kena! Dia kekiri terasa pelik begitu juga kekanan. Kalau berdiri atau duduk di tengah-tengah laluan makin la pelik jadinya.. dia menepuk dahi.
"Apalah nak jadi dengan kau ni Farhan?" Tanyanya sendiri.
"Han! Asal dengan kau ni? Tak sihat ke? Muka pun pucat je aku tengok" tegur Hairi iaitu sahabat baiknya.
"Takde apa-apa la! Semalam aku tak boleh lelap sebab tu la penat sikit harini" alasan kurang bernas lahir dari bibirnya.
"Tak payah bohonglah Han.. kita bukan baru kenal semalam tahu!" Kata Hairi sambil menjulingkan mata.
Farhan hanya tersenyum hambar apabila dia ditangkap berbohong oleh sahabat baik nya itu.
"Senyum je lah yang kau tau! Hish! Setegheh aku!" Kata Hairi dengan pelat 'r' nya.
YOU ARE READING
Suri Hati Encik Pengemis [C]
RomanceBeautiful cover by @Cattouch❤️✨ Tengku Diandra Natasia.. seorang gadis yang dingin dan pendiam.. tapi jangan dianggap dia lemah kerana selalu membisu. Mohd Farhan Izrain.. lelaki yang tiada harta apatah lagi pangkat dan darjat..dia hanya pengemis ja...