“ habis tu macam mana ni , hyung ? ” tanya Jin selaku member paling tua kepada manager iaitu Tae Oh . “ konsert tetap kena teruskan .
Semua persiapan dah dibuat ” ujar Tae Oh . Mereka tidak boleh membatalkan semuanya . 100% persiapan sudah dibuat . Beberapa minit sahaja lagi konsert akan dimulakan . Peminat pun sudah ada .“ tak boleh ke kita balik malam ni ? ” tanya Jungkook dengan mata merah baru lepas menangis .
“ ani , tak boleh Kook .
Flight kita esok .
Kalau balik malam ni kita nak balik dengan apa ”Taehyung duduk disebelah Jungkook . Bahu maknae dipeluk cuba menenangkannya . Jungkook tampak benar-benar risau . “ hiks--- dahlah lepas apa yang jadi Kook abaikan dia . Patutlah tadi dia nak sangat video call dengan Kook ” sungguh Jungkook merasa terkilan dengan tindakannya .“ kook , sabar ya ”
Jhope mengusap kepala Jungkook .“ ready ! kajja , dah nak mula ”
Ujar seorang staff . “ kook kalau kook tak boleh rehat dulu .
Tenangkan diri dulu .
Persembahan kedua nanti kook turut serta ” hyungdeul nya tampak risau dengan Jungkook .“ gwenchana , hyung .
Kook boleh ”Jungkook mula berdiri .
Jacket yang diberikan oleh staff dia sarungkan ke tubuh . Hyungdeul memandangnya dengan pandangan risau . Jungkook tampak memaksa diri . Jungkook risaukan Jihyo , tapi pada masa yang sama dia tidak mahu sia-siakan harapan peminat yang tidak sabar melihat bts .Konsert bermula , mereka mendapat sorakkan yang sangat padu daripada peminat . Masing-masing merasa bahagia . Jungkook menahan diri , sedaya-upaya menumpukan perhatian kepada persembahan . Tidak mahu menganggu focus nya walaupun fikiran syarat dengan ingatannya terhadap Jihyo .
Para hyungdeul sesekali melirik kearah Jungkook . Mereka risaukan si maknae mereka itu . Sungguh berat berada di posisi Jungkook sekarang . Sudahlah terkait dengan berita pencintaan dengan member Itzy . Selepas itu berjauhan dengan Jihyo dan sekarang mendapat berita pula yang kekasih hatinya itu kemalangan.
Sungguh tidak tega dia melihat Jungkook yang tampak sedaya-upaya menguatkan diri kerana mereka tahu maknae mereka tidak sekuat itu . Kadangkala jika sudah tidak kuat , Jungkook sering mengadu kepada mereka sambil menangis .
Selama sejam persembahan mereka , akhirnya tiba persembahan terakhir mereka dengan lagu Crystal Snow . Sepanjang persembahan lagu penuh makna tersebut , Jungkook tidak mampu menahan airmata . Meluncur laju . Apatah lagi apabila bait-bait lirik lagu yang benar-benar membuatkan hatinya tersentuh dan mengingatkan dia kepada Jihyo .
I want to hold you one more time before you disappear ,
I want to protect you one more time before tears run down your face,
Dua baris lirik tersebut benar-benar membuatkan airmata Jungkook jatuh .
Sehingga Jungkook duduk mencangkung dan menangis .
Tidak mampu untuk dia tahan .