“ seriuslah jihyo ? ”
“ nae ”
Jawab jihyo sambil membetulkan duduknya . Menyelesakan lengannya diatas paha . Dia sedang membuat panggilan telefon dengan youngjae . Memberitahu tentang perbuatan Tuan Yang terhadapnya memandangkan Youngjae yang menawarkan dia bekerja disitu .“ aish , dasar orang tua gatal .
Anak sepuluh , isteri dah dua masih lagi nak mengatal .
Kenapa awak tak bagitahu saya tadi ? ”“ tak apalah , youngjae .
Tadi saya dah call suami saya .
Dia datang jemput ” balas jihyo tidak mahu menyusahkan youngjae .
Dia pula sudah bersuami jadi kepada suamilah dia mengadu apa pun . Raut wajah youngjae berubah , senyum tawar terbit . “ jungkook tahu ke apa yang Tuan Yang buat ? ”pertanyaan youngjae membuatkan jihyo terdiam sejenak .“ saya tak berani nak bagitahu dia .
Risau dia mengamuk pergi cari Tuan Yang . Awak tahu kan dia idol . Saya risau tindakan dia nanti akan menjejaskan imej dia sebagai seorang public figure .
Saya kenal dia macam mana .
Kadang-kadang dia tak boleh nak kawal baran dia ”KLEK !
Jihyo terus menurunkan telefon dan mematikan talian tatkala pintu bilik dibuka . Terpancul wajah kacak jungkook . Suaminya itu menghampiri bersama semangkuk bubur dan segelas susu ditangan .
“ susah-susah je awak masak .
Saya boleh masak sendiri ”Jungkook duduk dibirai katil tanpa membalas jihyo .
Matanya tepat merenung mata jihyo membuatkan jihyo gerun .
“ sayang bukan jatuh sendiri kan ? ”gulp !
Jihyo telan liur yang terasa kelat .
Jungkook dengar ke perbualan dia dah youngjae pasal Tuan Yang ?“ ani , betul lah sayang jatuh ”
nada gugup kedengaran .
Langsung tidak dipercayai oleh jungkook . “ sejak bila sayang dah pandai tipu suami sendiri ? ”tanya jungkook dan meletakkan mangkuk bubur dan gelas keatas meja .
“ hurm ? ”
Jungkook angkat kening .
Menumpukan sepenuh perhatian kepada isterinya itu . “ hmm . . ”jihyo gigit bibir .
Rasa takut menyerang tiba-tiba .“ saya takut . . ”
“ takut saya mengamuk pergi pukul orang tua tak guna tu ? ” bidas jungkook .
Jihyo angguk .
Itu yang sebetulnya . “ sebab saya fikirkan sayang lah ni saya dekat sini lagi . Kalau tak memang habis dah orang tua tu . Tak kisah lah saya public figure ke apa .
Sayang ingat saya nak berdiam diri je ke orang sentuh isteri saya .
Sayang hak saya tau .
Saya tak akan benarkan lelaki lain sentuh sayang walau sikit ”“ saya tak suka share sayang dengan orang lain ” sambung jungkook .
Jungkook berdiri jalan ke pintu .
“ awak nak pergi mana ? ”“ ada video call dengan hyungdeul malam ni pasal project baru .
Sayang makanlah .
Kejap lagi saya datang balik ”
Jawab jungkook dan keluar dari bilik .“ bos tempat kerja baru dia ke Kook ? ”tanya Namjoon .
Kesemua hyungdeul terkejut dengan apa yang diberitahu oleh jungkook akan apa yang terjadi kepada jihyo sebenarnya . Anggukkan jungkook semakin mengejutkan mereka . Terbit perasaan geram dihati masing-masing .“ orang tua tu kenapa gatal sangat .
Dah pangkat appa jihyo dah sanggup buat macam tu ”“ tu gatal mengenyam namanya .
Tak ingat umur dah lanjut ”tutur Suga kepada Jimin . Mulut yang senantiasa savage . “ sokong , hyung ” setuju jhope dengan kenyataan Suga .“ habis tu kau nak buat apa , Kook ? ” soal Taehyung kepada Jungkook ingin tahu apa tindakan jungkook . “ aku cadang nak jumpa orang tua tu , hyung .
Tapi jihyo tak bagi .
Dia takut aku bertindak di luar kawalan . Aku pun rasa aku tak boleh nak cakap baik-baik dengan orang tua tu bila dah jumpa depan mata ”“ terus tangan naik ke muka .
Faham sangat dah perangai baran kook tu ” ujar Jin membuatkan jungkook senyum senget .Jihyo keluar dari bilik .
Dikerling sekilas jam di dinding yang sudah menginjak ke angka dua pagi .
Langkahnya dituju kearah bilik kerja jungkook . Dibuka perlahan risau menganggu suaminya itu .Jihyo tersenyum apabila melihat sang suami tersenguk mengantuk . Tapi masih gagahkan diri mengadap kerjanya . Mungkin sedang menulis lirik lagu kerana jungkook menjadi salah seorang yang menghasilkan lagi setiap kali bts akan comeback.
“ awak , dahlah tu .
Mengantuk sangat dah tu .
Stop lah dulu ”tegur jihyo seraya melabuhkan duduk di sofa depan jungkook . “ sikit lagi ni ”kertas dia letakkan atas meja .
Wajah diraup mahu menghilangkan rasa mengantuk .“ macam mana tangan sayang ? ”
Tanya jungkook sambil menyerabutkan rambutnya yang makin panjang . “ kurang dah sikit .
Awak nak coffee tak ?
saya buatkan ”Jungkook geleng .
“ tak payah .
Tangan awak sakit .
Kalau nak saya boleh buat sendiri ”“ tapi tangan kiri yang sakit .
Kacau air dengan tangan kanan ”“ tak payah rajinlah .
Meh , duduk sini ”
Tempat disebelahnya ditepuk .
Jihyo bangun dan duduk disebelah jungkook . “ kenapa ? ”“ minggu depan ikut ya pergi tour ”
“ tak payahlah .
Nanti menganggu awak pula ”
tolak jihyo .
Lagipula dia merasa segan .
Nanti dikata pula dia asyik nak berkepit dengan jungkook setiap masa . “ tak ada lah .
Tak menganggu pun .
Sambil-sambil tu sayang boleh ikut pergi grammy sekali ”“ malu la ”
“ tak payah malu lah .
Sayang dulu kerja dengan bighit juga .
Kalau awak ikut bersemangatlah sikit saya nak perform ”kata-kata jungkook membuatkan jihyo tersenyum malu . “ yeke , semangat ? ” seloroh jihyo dan memeluk pinggang suaminya itu dengan kedua belah tangan .“ tak percaya ke ?
hmm hmmm ”
Jungkook mengecilkan matanya .
Isterinya itu dipeluk manja . “ dae , tak percaya ”ujar jihyo dengan nada mengusik .“ argh , tangan saya ”
Rengek jihyo sambil tertawa .
Jungkook turut ketawa .
Pelukan dilonggarkan . “ nakal ya .
Suka usik husband yang handsome ni ” ujar jungkook membuatkan jihyo terkekeh ketawa ..
.
.
“ tak kira walau apa pun yang jadi aku mahukan Song Jihyo .
Apa yang aku mahukan aku mesti dapat ”“ aku nak kau follow diorang tak kira kemana diorang pergi .
Nampak peluang aku nak kau dapatkan Song Jihyo untuk aku ”“ tak dapat cara elok .
Aku nak cara kasar ”...
BERSAMBUNG .