chap . 7

318 67 33
                                    

Hari berganti hari , Jihyo dan Taehyung menjadi semakin rapat . Keduanya sering keluar berdua dan ada kala membuat janji untuk keluar . Ada waktunya , semasa Jungkook mengajak Jihyo keluar untuk meluangkan masa bersama tetapi ketika itu Jihyo sudah membuat janji dengan Taehyung untuk keluar .

Jungkook cuba menahan rasa yang bergejolak marah dan cemburu kerana ada beberapa waktunya mereka keluar tanpa pengetahuan Jungkook . Tahan punya tahan , sampai satu tahap Jungkook tidak mampu untuk tahan lagi sehingga dia mulai diam memendam rasa . Tidak seceria selalu .

Dia tidak menyuarakan kepada Jihyo mahupun Taehyung dek kerana tidak mahu berlaku perbalahan . Hari demi hari banyak masa dihabiskan Jihyo untuk Taehyung . Kadang lebih banyak berbual dengan Taehyung daripada Jungkook .

Hyungdeul yang lain perasan akan perubahan Jungkook terutamanya , Jimin yang selalu cuba mengembalikan mood maknae mereka itu . Tapi gagal .
Sampai satu tahap mereka tidak mampu lagi melihat Jungkook sebegitu . Banyak memendam dari meluah .

" Okay , sudah terlalu cukup sekarang . Kau tak boleh perlakukan Jungkook macam ni , Tae . Kenapa kau bersikap seolah-olah tak ada apa-apa berlaku ? " Jimin mulai bersuara kerana sudah lama memerhati . Mereka bertujuh ketika itu sedang membuat persiapan untuk membuat persembahan di MMA .

" Hyung fikir kita kena betul-betul kawal diri kita sekarang .
Jangan berlaku pergaduhan antara kita " ujar Rapmon selaku leader tidak mahu antara mereka bergaduh . " dan Jungkook berhenti bermasam muka dengan Taehyung "

" ini bukan salah aku , hyung .
Selama ni aku pendam sebab tak nak bergaduh "

" tak kisah siapa yang salah .
Cuma hyung tak nak kita yang sudah terlalu rapat macam satu family ni bergaduh atau bermasam muka " balas Rapmon . Sebagai seorang leader dia bertanggungjawab menjernihkan semuanya.

" aku bukan sengaja , hyung .
Tae cuba untuk membantu Jihyo memulihkan kembali ingatan dia " ujar Taehyung menyatakan tujuan sebenarnya . Mereka tiada apa-apa hubungan lebih daripada seorang kawan baik . " dengan cara bagaimana kau membantu dia , Tae ? " tanya Jin .

" hyung , aku sudah cuba untuk bantu dia . Ketika keluar aku selalu menceritakan kepada dia tentang kita semua " jawab Taehyung . " mianhe , tae , bagi hyung semua itu mengarut , Tae . Hyung tahu kau mahu membantu . Tidak salah sama sekali , tapi kau juga perlu memikirkan pasal , Jungkook . Kau tidak perasan berapa banyak masa Jihyo luangkan bersama kau berbanding dengan Jungkook . Hyung selalu melihat Jungkook cuba control dia punya kemarahan dan cemburu sampaikan dia sudah tidak seceria selalu "

" payah untuk pendam benda yang sering kita luah .
Itu yang dihadapi Jungkook sekarang .
Dia terlalu muda dan paling muda antara kita . Tapi terlalu banyak yang dipendam sampaikan dengan hyung sendiri dia tak mahu bercerita kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan " ujar Jin panjang lebar .

" tapi aku cuba bawa dia ke tempat yang selalu dia pergi bersama kita semua dulu "

" itu Jungkook sendiri boleh buat , Tae . Kita boleh membantu tapi tidak boleh melebihi Jungkook kerana Jungkook lebih berhak " Suga bersuara dengan nada yang tenang . Dia memerhati Jungkook yang hanya diam menunduk . " tapi aku cuma mahu berbuat baik dengan , Jihyo "

" tae , please faham situasi kita sekarang . Betul apa yang Jin hyung cakap . Kita tidak boleh melebihi , Jungkook " ujar Jimin . " hyung nampak tae memang cuba untuk tolong , Jihyo . Tapi mungkin cara tae salah " Rapmon bersuara . Bahu Taehyung ditepuk perlahan . Taehyung tertunduk seraya meraup rambutnya kebelakang . Mungkin benar caranya salah .

" dan Jungkook tidak perlu terlalu cemburu . Tapi hyung faham sesiapa pun akan rasa seperti , Jungkook . Hyung sendiri jarang lihat Jungkook memendam dia punya rasa cemburu sampai macam ni . Kerana hyung kenal Jungkook memang akan tunjuk dia punya cemburu " ujar Rapmon sambil memandang Jungkook yang diam sahaja .

𝙔𝙤𝙪'𝙧𝙚 𝙈𝙞𝙣𝙚 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆  ✔︎Where stories live. Discover now