chap . 17

344 59 85
                                    

Liked by jinhensem and 1,577,886 othersbts

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Liked by jinhensem and 1,577,886 others
bts.bighitofficial SHOW 👀

View all 36,599 comments

jungkookwifeu
hurm 😔 tasangka maknae dah kahwin . Patah hati 💔

worldwidehandsome
curious siapalah yang mampu menawan hati jungkook .
Mesti cantik kan ?
huwaaa , aku nak tengok isteri jungkook 😭😭

qis9900qis
sampai hati jungkook khianati kami .
Kata kami yang pertama .
Tapi tiba-tiba kahwin 😔

heartbroken
why why why ?
jungkook why ?
siapakah perempuan yang berani rampas jungkook dari kami ? 🗡

moon00lights
MARRY ME KIM TAEHYUNG !!


“ bukan main ya komen diorang pasal jk kahwin ” ujar jhope .
Mata masih melekat pada skrin telefon membaca komen di posting terbaru jungkook dan taehyung . Jungkook lirik jhope sekilas dan menyambung main game di telefonnya . Malas nak hiraukan akan komen kebencian berkaitan perkahwinannya dengan jihyo .

“ kalau fans ada berjuta habislah jungkook kena kahwin semua .
Kan kook ? ”taehyung melompat duduk sebelah jungkook . “ jangan kata kook ja tae . Kau pun kena kahwin dengan berjuta fans ”jimin menyampuk . Taehyung ni macamlah dia tak ada peminat .

Taehyung nampak berfikir .
Nak kahwin semua ?
jadi madu berapa nanti tu ?

drrttt drrttt . . .

“ yeoboseyo ”
Tergendala permainan video game jungkook dibuatnya .
Isteri call tak akanlah tak angkat .
Tidur luar nanti . “ awak saya nak keluar ni .
Nak ambil barang-barang dekat pejabat sebab saya kan dah berhenti kerja . Barang tak ambil lagi ”

“ okay , sayang guna kereta dalam garaj tu ya .
Kereta satu lagi tu saya terbawa kunci ”tersengih-sengih anggota bts yang lain apabila mendengar percakapan jungkook dengan jihyo . Bersayang sayang bagai . Kesian orang single merana . “ nae , nanti awak balik makan tak ?
kalau balik nak makan apa ? ”tanya jihyo . Kebetulan dia mahu beli barang-barang untuk masak tengahari .

Jungkook tengok jam dipengelangan tangan . “ tak sempat sebab show habis pukul 4:00 .
Malam ni lah kita makan sama-sama ”talian dimatikan apabila perbualan keduanya tamat . “ hurm , untunglah makan , pakai ada orang sediakan kan . Lenguh ke apa ada orang tolong picitkan . Balik je dah ada isteri ” jin bersuara . Kedengaran merungut .

“ eh , hyung pun boleh lah .
Tapi kena kahwin dululah ” balas jungkook . “ siapalah nak dekat hyung ni ”

“ beribu hyung orang nak kau .
Kau pilih je nak yang mana ”ujar jimin . Jin mencebik .
Beribu berjuta peminat ada .
Pilih jelah salah seorang daripada diorang .

.

.

.

Tuan Yang keluar daripada biliknya mahu lunch . Semua pekerja sudah beransur keluar untuk makan tengahari . Baru sahaja mahu jalan ke pintu , Tuan Yang melihat jihyo sedang memasukkan segala barangannya kedalam kotak . Tuan Yang melihat sekeliling , senyuman penuh makna terukir dibibir itu .

Dia menghampiri jihyo .
“ ambil barang ke ? ”
Tegur Tuan Yang sedikit memeranjatkan jihyo .
Jihyo toleh sekilas dan anggukkan kepala . “ kenapalah awal sangat awak nak berhenti ni ?
saya baru je kenal dengan awak ”tanya Tuan Yang lembut dan memegang kedua bahu jihyo dari belakang .

Tindakan Tuan Yang mengejutkan jihyo . Dia menghindar . “ saya kena ikut suami saya .
Dia tak bagi saya kerja ” balas jihyo tidak selesa dengan pandangan Tuan Yang yang nampak gatal mengenyam . Jihyo menapak ke rak fail .

Tuan Yang gigit bibir .
Kecantikan jihyo membuatkan dia terpana sejak dari mula lagi .
Sengaja dia memarahi jihyo sebelum ini kerana ingin menarik perhatian wanita itu . Kecewa hati apabila jihyo berkahwin . Tapi rasa cinta masih utuh dalam diri lelaki berusia 50 tahun sepertinya . Walau sudah mempunyai dua orang isteri dan sepuluh orang anak .

“ nanti kalau nak kerja semula saya tunggu bila-bila masa sahaja ”

“ err , Tuan apa ni ? ”
Terlepas fail ditangan jihyo apabila Tuan Yang tiba-tiba memegang pinggangnya . Sekali lagi jihyo menghindar . “ Tuan tolong hormat saya boleh tak ? saya ni isteri orang dan Tuan suami orang . Dah ada anak dah pun .
Jangan gatal boleh tak ” jihyo mendengus geram . Dia mahu pergi tapi Tuan Yang pantas menarik lengan jihyo dan terus memeluk wanita itu .

“ tuan , lepaslahhh ! ”
Jihyo meronta-ronta .
Dia sudah mula ketakutan .

“ arghh--- ”
Menjerit kencang Tuan Yang apabila jihyo mengigit lengannya .
Jihyo dilepaskan dan ditolak kasar sehingga jihyo jatuh terduduk dilantai .
“ auch ”
Jihyo memegang lengannya yang kesakitan akibat menongkat semasa jatuh .

Tuan Yang cepat-cepat berlari keluar kerana risau sesiapa balik ke pejabat .
Dia meninggalkan jihyo sendirian disitu .





.

.

.





Habis sahaja show , jungkook cuba menghubungi jihyo . Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi isterinya itu . Tapi satupun tidak diangkat .
Mula terbit perasaan risau dihatinya .
Jungkook gelisah , mondar-mandir kiri dan kanan sehingga hyungdeul nya yang tengok pun pening .

“ kenapa ni kook ?
gelisah semacam je ”
Tanya Suga .
Tak tenang dia dibuatnya tengok jungkook .

“ aish--- jihyo ni hyung .
Banyak kali kook call dia tak angkat .
Kook risau ” jungkook duduk disebelah namjoon . Rambut diraup kebelakang . Risau yang teramat sangat akan isterinya . “ dia busy lah tu . Kejap lagi dia call lah balik .
Lagipun show dah habis kan .
Kejap lagi kook pun dah balik ” tegur jin tidak mahu jungkook terlalu risau .

drrtttt . . drrtttt . .

“ yeoboseyo ”
Panggilan terus diangkat apabila tertera nama isteri tercinta . “ sayang awak dekat mana ni saya call banyak kali tak angkat ? ” jungkook berdiri dan keluar dari bilik itu .

“ awak saya dekat depan pejabat lagi ni . Saya tak boleh nak memandu . Tangan saya sakit ”jawab jihyo dengan suara rengekkan .
Tangan kirinya rasa seperti terseliuh .
“ bwo ?
macam mana boleh terseliuh ? ”

“ saya terjatuh .
awak boleh datang ambil saya tak ?
Kalau tak bolej saya balik naik teksi ”

“ nae nae , sayang tunggu sana .
Saya pergi sekarang .
Jangan banyak gerak ” talian terus dimatikan . Jihyo menyelesakan duduk . Tangan diletakkan atas peha . Sesekali dia menahan perit sakit di lengannya itu .

Beberapa minit kemudian , jungkook sampai dan terus berhentikan kereta sebelah kereta yang dipandu oleh jihyo . Topi dipakai dan mask juga dipakai . Tidak mahu sesiapa mengenali dirinya . Keluar dari kereta dia terus masuk ke kereta jihyo .

“ sayang ”

Jihyo yang tertidur terbangun .
“ hiks , awak sakit tangan ”
Rengek jihyo . “ shh shh , don't cry .
Kita pergi klinik .
Sayang pindah sini ya .
Biar saya memandu ” suruh jungkook lembut . Jungkook keluar semula dari kereta . Tanpa keluar jihyo pindah duduk disebelah .

“ turunkan sikit ”
seat jihyo diturunkan oleh jungkook mahu isterinya itu selesa . Lengan jihyo dipandang risau .
“ sejuk ?
sejuk ? ” tanya jungkook .
Diangguk oleh jihyo kerana dia memakai baju lengan pendek .
Cuaca sekarang adalah cuaca sejuk .

Jungkook membuka hoodienya meninggalkan tshirt sahaja .
Hoodie dipakaikan kepada jihyo dengan berhati-hati . “ aish--- kenapalah sayang ni cuai sangat ” gomel jungkook seraya membetulkan rambut jihyo .

“ nasib baik saya dah habis kerja ”
Jungkook mula memandu pergi dari situ dengan sebelah tangan . Tangan sebelah lagi memegang tangan kanan jihyo . Digenggam erat tangan isterinya itu .

...

BERSAMBUNG .

𝙔𝙤𝙪'𝙧𝙚 𝙈𝙞𝙣𝙚 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆  ✔︎Where stories live. Discover now