drrtttt . . drrtttt . .Jihyo yang baru keluar dari tandas menghampiri katil . Panggilan video daripada Taehyung . Dia melabuhkan duduk diatas katil .
Bersambung sahaja panggilan video itu , Jihyo dipendengarkan lagu baru daripada Taehyung . Jihyo menikmati seketika seraya tersenyum . Taehyung turut tersenyum kerana Jihyo tampak suka dengan lagu tersebut ." wow "
" apa pendapat awak ? "
Tanya Taehyung mahukan pendapat daripada Jihyo tentang lagu barunya itu . " lagu yang sangat bagus , Taehyung " terus terang Jihyo suka dengan lagu tersebut . Lagu ballad yang menenangkan . Taehyung sangat berbakat ." tapi ini belum dikeluarkan lagi kan ? " soalan Jihyo diangguk oleh Taehyung . " mungkin akan dikeluarkan esok dan saya mahukan ianya sedikit berbeza dengan lagu-lagu saya yang sebelum ini " ujar Taehyung seraya membetulkan rambutnya .
" saya yakin ramai yang akan sukakannya , Taehyung " balas Jihyo yakin dengan kemampuan lelaki itu walaupun dia tidak mengenali Taehyung lebih jauh kerana ingatan yang belum pulih . Taehyung senyum mendengar kata-kata itu .
Jihyo diam seketika terlihat seperti sedang memikirkan sesuatu .
" taehyung , awak rasa saya boleh percayakan awak ? " tanya Jihyo .
Diangguk oleh Taehyung . " nae , kenapa Jihyo ? " soalan yang membingungkan Taehyung ." boleh saya tanya awak sesuatu ? "
" dah tentu boleh .
Awak nak tanya apa ? "" ini tentang Jungkook ?
Awak rasa sejak akhir-akhir ni dia sudah mula tak boleh bersabar dengan saya ke ? " soalan yang selalu menganggu fikirannya . Risau jika Jungkook sudah tidak mampu untuk bersabar dengan dirinya yang tidak ingat akan apa-apa . " aniyo " Taehyung mengelengkan kepala menyangkal tanggapan Jihyo itu ." jungkook cuma , tak pernah berhadapan dengan situasi seperti ini sebelum ini . Dia mungkin sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan situasi sekarang "
" saya rasa bersalah dengan dia "
Balas Jihyo bernada sedih .
Pasti keadaan sekarang terlalu sukar bagi Jungkook .
Jungkook paling muda atau lebih tepat maknae dalam bts . Tapi dia kena berhadapan dengan situasi seperti ini . Sangat sukar bila dilihat , dan bila dilalui ianya akan dua kali ganda lagi sukar untuk setiap orang ." saya rasa semua ni susah untuk dia handle . Tapi dia cuba yang terbaik untuk tolong awak lalui semua ni kerana agak sukar untuk awak berdua "
" betul tu "
Akui Jihyo .
Bagi dia sendiri semua ini agak sukar .
Apatah lagi Jungkook . " tapi Jungkook betul-betul lakukan yang terbaik . Apa yang boleh saya katakan dia sangat ambil berat pasal awak " sambung Taehyung lagi ." nae , saya akui itu .
Tapi saya harap dia tak stress dengan semua ini " jihyo risau .
Risau jika semua ini akan menjejaskan Jungkook dari segi emosi . Menganggu kerja lelaki itu .