JiHyo memandang tepat ke arah wajah Nayeon.Tertanya-tanya apa yang membawa wanita ini kemari dan ingin bertemu dengannya. Sementara itu,Nayeon melihat-lihat ke arah buku menu.Memilih minuman yang ingin dipesankan.
"Sunbae,taknak pesan apa-apa?".
JiHyo hanya menghela nafas,lalu mencapai satu lagi buku menu yang bertepatan di hadapannya.Langsung tiada selera ingin menjamah sedikitpun cecair minuman selagi wanita di hadapannya ini tidak menyelesaikan ataupun memberi tahu maksud dia ingin bertemu dengannya.
Apa yang membawa Nayeon,bekas kekasih YoonOh ketika di bangku sekolah sebelum dia menggantikan tempat Nayeon ini ingin bertemu dengannya?Dia pasti sudah tahukan Jung YoonOh dan dia sudah berkahwin?
"Pelayan".Panggil Nayeon ingin memberitahu pesanan mereka. Seorang pelayan lelaki datang ke arah meja mereka."Ya,boleh saya bantu puan berdua?".Soal pelayan lelaki itu bersedia menawarkan servisnya.
"Saya nak passion fruit tree satu.And,sunbae?".Soal Nayeon memandang tepat ke arah wajah JiHyo.
"Orange juice".
Nayeon hanya menganggukkan kepala.Dia kembali memandang ke arah pelayan lelaki tadi."Itu sahaja".
"Baiklah,passion fruit tree satu dan orange juice satu.Pesanan puan berdua akan tiba nanti.Saya minta diri dulu".Sebelum pergi,pelayan lelaki itu mengambil buku menu langsung pergi meninggalkan mereka berdua.
Nayeon tersenyum manis sambil memandang JiHyo,sedangkan JiHyo masih dalam perasaan was-was akan niat wanita itu."Sunbae apa khabar?Sihat?".Soalnya sebelum memulai maksud dia berjumpa dengan isteri pemuda yang kebelakangan ini menemaninya.
"Baik.Sihat".Balasnya ringkas.Lagi-lagi,Nayeon tersenyum,tergeli hati melihat respon dingin sunbaenya itu."Langsung sahaja,apa niat kamu ingin bertemu dengan saya?".JiHyo tidak ingin berlama-lama di hadapan Nayeon.Aura negatif wanita itu terlalu kuat untuk dia hadapi.
"Chill sunabe.Terlalu awal untuk saya berkata apa niat saya.Anyway,macam mana dengan perkahwinan sunbae dengan YoonOh?Sunbae bahagia?".
Perasan JiHyo ataupun Nayeon cuba memancing emosi JiHyo sahaja?Mengapa dia bertanya akan kebahagiaan dengan perkahwinan antara dia dengan YoonOh?Mestilah dia bahagia.Namun,terbesit di hati jika dia menghadapi waktu-waktu sukar apabila Jaehyun mengambil alih tubuh YoonOh.
Seketika JiHyo mulai menyoal diri sendiri.Adakah dia bahagia?Memandangkan Jaehyun lebih banyak ambil alih,jadi waktu dia untuk menemui YoonOh hanya sedikit.Dan ya,JiHyo harus menghadapi Jaehyun yang memiliki perasaan yang tak terduga.
Bahkan fizikal JiHyo harus terlibat dalam hal ini.Entah sudah berapa banyak lebam yang harus dia terima. Berapa banyak luka dan sakit hati yang harus dia tanggung lebih lama.
Tapi sedikitpun tiada niat JiHyo ingin pergi meninggalkan Jaehyun. Dia masih berharap YoonOh kembali.Dan dia sudah bersumpah di atas altar perkahwinan mereka untuk menerima Jaehyun juga.
"Bahagia atau tak,itu urusan saya dan dia sendiri.Tiada kena mengena dengan orang luar".Tegas JiHyo melawan ayat terselubung Nayeon.
Tawa kecil terlepas dari bibir wanita Im di hadapan.Bagaikan merasa lucu dengan ayat yang sunbae nya katakan.
"Macam mana nak mula ya?Ahh, orang luar ya?Tapi saya rasa,sebentar lagi status tu akan berubah".
Pengang telinga JiHyo mendengar tuturan yang keluar dari mulut Nayeon.Apa maksud dia?Kenapa dengan begitu beraninya dia berkata sedemikian?
"Apa yang kamu maksudkan?".
JiHyo sudah berpeluh dingin, berharap bukan apa yang dikatakan hati kecilnya benar-benar terjadi. Mati-mati JiHyo berdoa bukan hal tersebut yang bakal Nayeon ungkapkan.
YOU ARE READING
The Dark Ken[Break season]
Random(Break season,tengah cari ilham dan idea heheww. Updated-3 Feb 2023) Like Barbie,Ken Doll always perfect.But this Ken Doll,are not as perfect as we thought. He have his own dark side. Language:Bahasa Original Author:VelvedAi Rate: 16+ Published Star...