Chapter 1

651 72 29
                                    

7 September 2019
Seoul,Korea Selatan.

Kasut tumit tinggi berwarna hitam itu mengetuk jubin lantai restoran Perancis,menghasilkan bunyi yang terdengar elegen setiap yang mendengarnya.Begitu tenang sahaja langkah si pemakainya.

Aroma minyak wangi yang berasal dari tubuh si pengguna itu menyeruak dan bergaul dengan zarah-zarah udara,terbang bebas sehingga dapat dihidu oleh orang-orang yang ada berdekatan dengannya.

Dress merah yang melekat di tubuhnya menampilkan seberapa rampingnya wanita itu.Rambut hitam lebat panjang melebihi 3 inchi dari bahunya dibiarkan berikal.

Wajah cantik itu dipolesi dengan make up yang sederhana tetapi sangat bold memperlihatkan lagi betapa berkarismanya wanita berumur 26 tahun itu.

Tubuh rampingnya yang berjalan sedikit melenggok itu berjaya menarik perhatian kaum adam yang sedang menyantapi makan malam mereka.

Langkah si wanita itu berhenti di sebuah meja yang berisikan 3 lagi wanita yang cantik berbalut dress mahal mereka.

"Hye girls.Sorry lambat.Aku ada problem sikit".

Ketiga tiga wanita itu menjemput si wanita cantik tadi untuk duduk di sebuah kerusi yang kosong.

"Mana ada lambat sangat.Kitorang pun baru nak mula".Ucapan si wanita dress biru laut itu diangguki oleh dua orang wanita yang lain.

"Oh by the way,congratulations Yong Sun sebab kau dah naik pangkat. Wow,Executive Manager.What a big position gurl".Tawa si wanita tadi kepada wanita yang mengenakan dress hitamnya.

Yong Sun tidak mampu menyembunyikan rasa bahagianya apabila dipuji sedemikian rupa.Kedua urat pipinya tidak lelah untuk tersenyum terus.

"Thanks Hyo".

Makanan yang dipesan oleh Yong Sun serta kedua rakannya sebentar tadi, Bae Irene yang tampak menawan mengenakan dress biru laut.Serta seorang wanita lagi,Kim Chungha yang tidak kalah menawan juga mengenakan dress ungu.

Mereka kembali berbual,menceritakan hal masa silam mereka selama 7 tahun pertemanan mereka yang sudah terjalin.

"Sebenarnya aku buat acara kecil-kecilan ni bukan setakat nak sambut kenaikan pangkat aku je.Aku nak ucapkan congratulations to our beloved girl".

Mata Yong Sun memandang ke arah Ji Hyo sambil tersenyum lebar.Yang dilihat oleh rakan-rakannya hanya mampu tertawa sambil memasang wajah seikit bingungnya.

"Kenapa dengan aku?".

"Congrats boo,you gain your beauty back,your confidence back and most importan is,you are able to fight your anxiety".

"Yeah Hyo.I'm so happy for you. Lupakan dia.Padan muka dia dah sia- siakan wanita sebaik you.I don't get him tho".Ujar Chungha sedikit muak di akhir ayatnya.

"Me neither.Aku pun tak tahulah dengan otak senget dia tu.Dulu bukan main lagi dia yang beria.He said your the only one.End up,he treat you so bad. Sumpah,kalau aku jumpa dia aku nak tikam leher dia".Ujar Irene menggebu gebu.

Ji Hyo yang mendengarnya hanya mampu tertawa terhibur.Reaksi rakan-rakannya sungguh menggelikan hati.

"Guys,I'm okey now.Well thanks to you guys for helping me.Kalau bukan sebab korang pun aku rasa aku masih jadi Kim Ji Hyo".

Yong Sun menepuk tangannya. "Apa- apapun,your happiness is our happiness too.Kau dah boleh hidup bahagia.Tak payah nak terperuk di dalam rumah agam malang tu".

"You single.You single.Kau pun dah single.Aku single.Apa kata malam ni kita jadi nakal sikit.Macam mana?".Tawar Irene sambil memaparkan wajah terujanya.Sudah terlintas di mana destinasi mereka selanjutnya.

The Dark Ken[Break season]Where stories live. Discover now