Chapter 4

329 57 11
                                    

3 February 2019
Seoul,Korea

"Eomma,appa,Nahee.Jemput makan". Panggil seorang wanita dengan sedikit lantang,memanggil keluarga suaminya untuk makan malam.

"Kau nak kami kebulur ke apa hah!? Kenapa lambat sangat kau masak ni!?".Suara lantang ibu dari suaminya menengking Ji Hyo sebaik sahaja wanita berumur itu tiba di meja makan.

Ji Hyo tersentak seketika.Kepalanya ditundukkan ke bawah sambil memeluk dulang. "M-maafkan Hyo eomma".

Puan Kim tidak mengendahkan permintaan maaf Ji Hyo.Dia lantas duduk di meja makan.Tuan Kim turut tiba di meja makan diikut adik dari suaminya.

Mereka mulai menyantap makan malam mereka tanpa sebarang bicara. Setelah diletakkan kembali dulang makanan di dapur,Ji Hyo mengambil duduk di sebelah Nahee.

"Suami kau tak balik ke?".Soal Puan Kim sambil memandang Ji Hyo tajam.Tiada langsung sifat ramah wanita berumur itu pada menantunya.

"Tak eomma.Taehyung cakap dia ada banyak kerja lagi".Balas Ji Hyo lembut.

"Itu bukan sebab dia banyak kerja.Itu sebab kau.Kau ingat Taehyung hadap sangat ke dengan kau yang hodoh ni". Semburan Puan Kim membuatkan Ji Hyo terkedu di tempat duduknya.

Terhenti langsung aktivitinya untuk mengisi perut.Dikutuk secara depan- depan oleh ibu mertuanya membuatkan seleranya hilang. Makanan yang berada di dalam mulutnya terasa pahit sahaja.

Susah-susah di menelannya. "K-kenapa eomma cakap Hyo macam tu?".Ini bukan pertama kali dia dicerca oleh ibu Taehyung.Semenjak mereka kembali tinggal di rumah agam keluarga Kim ini,ibunya pasti akan mengutuknya.Kalau tidak pun mencari kesalahannya.

"Kau tanya aku kenapa?Kau sedar tak kau dah gempal macam gajah!? Kenapa anak aku nak juga dengan kau ye!?Dahlah bawa petaka kat rumah ni".

Meja dihempas oleh Puan Kim.Dia lantas berdiri dari duduknya dan pergi meninggalkan ruang makan.

"Saya dah siap".Nahee tak mengendahkan langsung tengkingan ibunya tadi.Dia memandang ke arah Ji Hyo sambil tersenyum sinis. "Padan muka kau".Dia turut meninggalkan meja makan.

Ayat Nahee tadi membuatkan rasa sedihnya bertambah kali lipat.Tuan Kim pula langsung tak buka mulut. Tiada tanda ingin mempertahankan menantunya di hadapan isterinya sendiri.

Selesai sahaja lelaki berumur itu makan,dia mulai meninggalkan meja makan tanpa sebarang kata.

Air mata Ji Hyo sudah lama bertakung.Tinggal waktu lagi untuk dia menumpahkannya.Perlahan,dia mulai berdiri dari duduknya. Mengemas meja makan dan dibawa ke dapur.Makanan yang lebih dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Manalah tahu jika Taehyung ingin makan bila pulang nanti.

Manalah tahu jika Taehyung ingin makan bila pulang nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik tidur dibuka dari luar. Terlihat tubuh Taehyung sedang memasuki bilik tidur mereka berdua.

"Tae dah balik?".Soal Ji Hyo sambil melebarkan senyuman untuk suaminya.Taehyung hanya memandangnya datar sahaja.

The Dark Ken[Break season]Where stories live. Discover now