Baiklah,mood Ji Hyo hari ini seketika rosak.Bayangkanlah dia telah tiba di pejabat pada awal pagi.Bahkan sebelum terangnya langit Kota Seoul dia telah tiba di pejabat dengan bersemangat.
Lantas dia mendapat khabar dari salah satu teamnya,yang dia tak perlu datang kerja hari ni.
"Cik hakak oii.Rajinnya datang".Ujar Seonghwa apabila melihat Ji Hyo yang sudah lengkap menggunakan skirt hitam separas lututnya dikenakan dengan Kemeja merahnya, kasut tumit tinggi berwarna hitam sambil menenteng beg tangan.
"Ha'ah lah.Dah namanya kerja.Noona ni rajin tau.Bukan macam kau".Ji Hyo membalas balik ujaran Seonghwa. Pemuda itu hanya tertawa kecil melihat tingkah ketua unit devisi nya.
"Noona tak dapat mesej ke?".Kali ini soalan Seonghwa membuatkan Ji Hyo tertanya-tanya.Mesej?Mesej apa?
"Mesej apa?".
"Haaaaaaaah tulah.Lain kali kalau ya pun malas nak ambil tahu pasal kerja waktu off day,janganlah sampai tak baca mesej dari atasan".
Okey Ji Hyo tambah bingung.Dibuka telefon pintarnya dan melihat ke arah mesej.Ya,memang ada mesej dari Mr. Nam,atasannya.
Dibaca satu persatu ayat yang dihantar kepadanya.
"Cik Ji Hyo,esok awak tak perlu datang kerja selama seminggu.Awak dicutikan dalam waktu itu".
Ternganga mulut Ji Hyo membaca isi pesanan tersebut.Matanya melebar melihat ke arah Seonghwa yang memandangnya pelik.
"Dah kenapa dengan muka noona tu?". Soalnya.
"Hwa,biar betul?Noona dicutikan selama seminggu!?Ke korang yang sengaja prank ni".
Ji Hyo sudah suudzon melihat salah satu teamnya.Seonghwa menggeleng laju. "Isshh noona ni.Kalau ya pun prank kat noona,takkan lah sampai nak noona kena marah dengan Mr.Nam.Saya tak jahat tau.Tak baik tau tuduh orang".
Ji Hyo kembali melihat pada telefonnya.Melalui apa yang Seonghwa kata,memang mustahil dari dia.Sebab nombor yang digunakan ini betul-betul nombor Mr.Nam sendiri.
"Seonghwa,kau tau tak sebab apa noona kena cuti?".
Si muda itu mengangkat bahunya tanda tak tahu. "Haih untungnya dicutikan.Seminggu pulak tu". Seonghwa sudah cemburu pada yang lagi tua kerana dapat bercuti selama seminggu tanpa alasan yang dia sendiri tak tahu.
Dia pun nak juga.Seminggu kot.Dahlah cuti berbayar.
"Jadi noona kena balik lah ni?".
"Eh tak.Noona kerja je sini sampai bila-bila.Takpayah pulang.Ya lah, dah dibagi cuti,terimalah.Dah,hush hush. Pulang sana".
Ji Hyo mengejek Seonghwa dengan buat mimik wajah dan bibirnya mencibir.
"Dahlah,noona pulang dulu bocah".
"Haaa ye lah noona yang hodoh".
Ji Hyo menjelirkan lidahnya pada Seonghwa dan kembali berjalan ke keretanya kembali.
Dah penat-penat ke kerja,tahan mengantuk yang bermaharajalela tadi subuh,berakhir dia kena balik.Haihh. Ji Hyo memang jenis yang malas melakukan hal yang sia-sia.
Macam tadi.Sia-sialah dia menahan mengantuk semata mata nak pergi kerja.Siap rela tampar wajah sendiri nak bangun.
Dia kembali ke Apartment dengan sedikit perasaan dongkol.Buat penat je.
YOU ARE READING
The Dark Ken[Break season]
Random(Break season,tengah cari ilham dan idea heheww. Updated-3 Feb 2023) Like Barbie,Ken Doll always perfect.But this Ken Doll,are not as perfect as we thought. He have his own dark side. Language:Bahasa Original Author:VelvedAi Rate: 16+ Published Star...