Chapter 14

310 56 17
                                    

26 July 2019
Seoul,Korea Selatan.

Kedua orang tua Taehyung sudahpun berangkat ke Jeju untuk menghadiri reunion bersama rakan-rakan lama mereka.Sebelum keberangkatan Puan Kim dan Tuan Kim,terpancar bertapa tidak sabarnya Puan Kim untuk ke Jeju Island.

Kini hanyalah Taehyung yang berada di rumah sendirian.Dia sedang duduk sambil mendengarkan lagu Dean bertajuk Instagram melalui alat pembesar suara.

Langsung tiada apa-apa yang pemuda tampan itu lakukan.Hanyalah duduk termenung,sesekali menikmati lagu itu yang diputar berkali-kali.

Tiada ekspresi sama sekali yang terlihat di wajah itu.Segelas cawan yang berisi teh hijau diambil lalu diteguknya perlahan.

Suara tumit tinggi yang mengetuk jubin lantai rumah begitu kuat kedengarannya.Tapi sikitpun tidak menggangggu Taehyung dan mencuri perhatian lelaki itu untuk menoleh.

Ji Hyo yang terbalut dengan dress separas lutut berwarna merah maroon memandang Taehyung yang menutup kedua belah mata apabila dia berdiri tepat di sebelah lelaki itu.

Pandangan matanya memerhati Taehyung yang begitu menjiwai lagu tersebut.Habis sahaja lagu itu, Taehyung tersenyum dan perlahan lahan membuka matanya.Pandangan pertama yang menyapa adalah kehadiran Ji Hyo yang begitu dingin sedang menatapnya.

"Ahh,Ji Hyo.Bila sampai?".Soal Taehyung,tidak lepas dari memberikan senyuman kepada wanita itu.

Ji Hyo tak mengeluarkan satu bunyi pun.Dia menghulurkan sebuah sampul coklat besar kepada Taehyung.Pemuda itu menerima huluran Ji Hyo.

"Apa ni?".

"Awak buka je".

Taehyung memandang tepat ke anak mata Ji Hyo.Ditatap begitu lama,dan lelaki itu kembali tersenyum,miring.

"Saya tanya awak,apa ini.Kenapa awak tak bagitahu saya terus sedangkan awak tahu apa isi dalam surat itu".

Ji Hyo menghela nafasnya.

"Surat perceraian.Saya menuntut perceraian terhadap awak Kim Taehyung.Tolong tandatangan sekarang juga".

Taehyung menghela nafasnya.Sampul surat itu diletak di atas meja,yang berada tepat di hadapannya.

"Alasan untuk tuntutan?".

"I don't love you anymore.Jadi lebih baik kita berpisah,bawa haluan masing-masing.Lagipun,awak dah ada orang baru.Jadi,untuk apa nak pertahankan lagi rumah tangga ni?".

Taehyung kembali memandang Ji-Hyo."Awak masih sakit hati tentang hari tu?".

"Perempuan mana yang tidak sakit hati dan kecewa bila diduakan Kim Taehyung.Mungkin ada,tapi maaf,itu bukan saya.Saya benci berkongsi. Dan perlakuan awak terhadap saya,saya bukan patung yang awak nak bila perlu dan buang bila tak nak ".

Taehyung mengangguk faham.

"Baiklah kalau macam tu".Dia lantas mengambil surat itu kembali,lalu dibuka untuk mengeluarkan kertas- kertas berisi perceraian dia dan Ji-Hyo.

Dibaca satu apa yang penting terdapat di kertas tersebut.Tangan kanan mulai digerak mencapai pena yang disangkut di kemeja hitamnya.

Tanpa sedikit ragu-ragu,Taehyung menurunkan tandatangan ke atas surat itu,tanda dia setuju bercerai dengan Ji Hyo.

Dia kembali memasukkan kertas itu ke dalam sampul surat.

"Chaaa~".Dia kembali menyerahkan surat itu kepada Ji Hyo sambil tersenyum.Ji Hyo sampai bingung melihat tingkah Taehyung yang baginya pelik.

"Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?".Soal Taehyung.Ji Hyo menggeleng patah-patah.Masih hairan.

"Besok juga kita akan bercerai.Saya pergi dulu".

The Dark Ken[Break season]Where stories live. Discover now