Chapter 7

330 56 20
                                    

Keluarga Kim sudah menjalankan makan malam mereka.Walaupun ada juga diselit dengan kutukan dan ejekan dari Puan Kim ke arah Ji Hyo.

Kini pasangan suami isteri muda itu berada di bilik mereka.Melakukan hal masing-masing.Taehyung yang sibuk dengan telefon pintarnya,dan Ji Hyo yang berada meja dandannya.

Rambutnya yang basah dilap ingin mengeringkannya dengan segera. Matanya melihat pantulan Taehyung yang begitu leka dengan telefonnya. Teringat akan sesuatu,dia mulai mendekati katil mereka.

"Tae".Panggil Ji Hyo ingin menarik perhatian Taehyung.Langsung tiada jawapan dari suaminya itu.Tangannya memanjang untuk menggoyangkan kaki Taehyung.

"Taehyung".Panggilnya lagi sambil menggoyangkan kaki Taehyung. Lelaki itu mendecih sambil melarikan kakinya dari pegangan Ji Hyo.

"Nak apa!?Kalau nak cakap,cakap je lah.Aku tak pekak lagi".Balas Taehyung tajam.Dia kembali melihat layar telefonnya.Ji Hyo tersenyum paksa melihat tingkah suaminya.

"Saya dah dapat kerja dah dekat Neo Tech Company".Ujarnya,membuatkan Taehyung memandangnya seketika lalu kembali menatap layar telefonnya kembali.

"Wow.Aku tak sangka syarikat tu nak ambil kau".Balasnya tanpa memandang wajah Ji Hyo.

Ji Hyo ingin menyatakan jika dia dipaksa bekerja di sana.Lagipun syarikat itu milik Yoon Oh.Tapi diurungkan niatnya kerana pasti Taehyung akan sakit hati nanti apabila beitahu akan hal tersebut.

"Mungkin dah rezeki saya.Besok saya dah mula".Taehyung mengangguk singkat."Pape jelah".Dia mulai mematikan telefon bimbitnya,lalu membaringkan tubuhnya.Selimut ditarik sehingga paras bahu,dan mulai tidur membelakang Ji Hyo.

Keluhan mulai terbit di mulut Ji Hyo. Kenapa Taehyung memperlakukan dirinya sedemikian rupa?Dia kan isteri sah Taehyung.Kenapa dia berubah?

Fikirannya mulai melayang.Teringat akan hidupnya dulu bersama Yoon Oh.Jejaka itu memperlakukan dia sangat baik.Melayannya dengan begitu lembut sekali.Dan sentiasa memberikan seluruh perhatiannya.

Kan bagus jika dia dapat kembali ke waktu itu.Walaupun dia harus berhadapan dengan seseorang itu.Dia tak kisah.Daripada menghadap perangai Taehyung.

Terdengar bunyi notifikasi di telefonnya.Menandakan ada seseorang yang menghantar mesej ke telefonnya.Segera dia mencapai telefon pintarnya.

Ternyata mesej dari Yoon Oh.

Hai Hyo.Selamat malam.Dah makan?
8.13 pm

Hai Yoon Oh,dah makan dah.Awak?
8.14 pm

Dah tadi.Btw,awak ada Line tak? Macam pelik je chat kat sini.Hahaha
8.14 pm

Ohh ada.Kejap ye.
8.14 pm

Mongji_
8.15 pm

Itu ID Line saya.
8.15 pm

Copy
8.15 pm

I'll hit you there okeyy
8.15 pm

Okeyy
8.16 pm

Tak tunggu waktu yang lama,Ji Hyo menerima notifikasi dari Line. Seseorang menghantar permintaan menjadi rakannya di Line.Dibuka aplikasi tersebut.Tanpa paksaan, senyuman mulai terbit di wajahnya.

YoonOh_J wants to add you as a friend
accept | block

JYOh
Hey,it's me Yoon Oh
8.16 pm

The Dark Ken[Break season]Where stories live. Discover now