Keluhan keluar dengan ringan dari bibir Ji Hyo.Betapa lelahnya dia hari ini.Memikirkannya sahaja sudah membuatnya lelah bukan main. Walaupun sehari meninggalkan pejabat,posisi Ji Hyo yang sebagai Ketua Unit Perakaunan sangat diperlukan untuk setiap masa.
Fail-fail yang menggunung tinggi di bilik pejabatnya membuatkan dia pening.Ingin sekali Ji Hyo kerja lebih masa untuk menghabiskan semua tugas.Namun ugutan Jaehyun pagi tadi masih segar di minda.
Jam tangan dilihat.Pukul 7.15pm baru dia tiba ke rumah agam Jung itu. Matanya kuyu,cara jalannya bagaikan zombie,perut berkeroncong minta diisi segera.
Langkah lemah terus teratur untuk tiba ke bilik tidur.Tombol pintu dibuka,matanya disuguhkan dengan tubuh atletis seorang pemuda yang sedang memandang keluar jendela kaca besar.
Ji Hyo dengan pantas mulai bertukar ke mode bersiap dan berjaga-jaga, manatahu jika Jaehyun akan menyerang tanpa sepengetahuan.
"Aku cakap jam berapa Ji Hyo?".
Suara dingin itu,begitu menggerunkan.Bulu roma Ji Hyo meremang.Begitu juga degupan jantung yang memompa dengan laju darahnya.
Ji Hyo menutup kedua belah matanya dengan perasaan kesal.Dia hanya lambat beberapa minit.Bahkan dia hanya mendekam di bilik pejabatnya tidak kemana-mana langsung.Ini pun lepas siap dia terus pulang.
Apa Jaehyun akan memarahinya?
"Aku cakap jam berapa,Jung Ji Hyo!?".
Jaehyun kembali menyoal,kali ini dengan suara yang jelas menahan amarahnya.Tubuh dibalikkan, memandang tajam ke arah tubuh isterinya,mencari letak anak mata yang melemah.
"S-saya banyak kerja tadi.Sampai saya tak perasan masa".
Kening kiri diangkat,memandang Ji-Hyo yang mulai menundukkan kepalanya. Begitu takut bertatap wajah dengan Jaehyun.
"Kau rasa aku terima alasan macam tu?Aku cakap sebelum jam 7! Kau lambat Jung Ji Hyo. Kau tipu aku kan!?"
Laju kepalanya menggeleng.Cuba meyakinkan Jaehyun jika dia langsung tidak berbohong."Tidak Jay. Saya tak kemana-mana.Betul".
Langkah Jaehyun melebar, mendekati Ji Hyo. Lalu,tangan besarnya mencengkeram dagu Ji Hyo dengan kasar.
Sakit hati apabila Ji Hyo tidak mengikut apa yang diperintah olehnya.
Amarah membuak-buak minta dilampiaskan. Tidak ingin menyimpannya sendiri.
"Kau jangan nak tipu aku!Kau keluar dengan Yuta kan!?".
Ji Hyo menggeleng,sesekali meringis kesakitan akan tindakan Jaehyun. "Tidak Jaehyun tidak!Yuta dah lama balik Osaka!".
Mata Jaehyun membulat tak percaya. Sebuah tawa kecil penuh kesinisan keluar,menyapa pendangaran Ji Hyo.
"Oh wow.Bahkan dia dah balik Osaka pun kau tahu!Terus tu,kau keluar dengan boyfriend kau yang lain kan!?".
Lagi,Ji Hyo menggeleng.Ingin berapa kali lagi Ji Hyo harus menjelaskan pada Jaehyun jika dia sama sekali tidak menipunya?
"Habis kau lambat apesal!?Siapa yang kau jumpa tadi!?Jantan mana yang kau jumpa tadi!?".
"Tak!Tiada siapa-siapa. Aduhhh! Jaehyun!".
Rambut Ji Hyo ditarik dengan kasar, menambahkan lagi derita yang diterima fizikalnya.
"Aku benci kau tipu aku!Bagitahu aku,siapa?".
Ji Hyo masih membantah."Tidak ada!"
PLAK!
Sebuah tamparan keras mengenai pipi kiri Ji Hyo.
YOU ARE READING
The Dark Ken[Break season]
Random(Break season,tengah cari ilham dan idea heheww. Updated-3 Feb 2023) Like Barbie,Ken Doll always perfect.But this Ken Doll,are not as perfect as we thought. He have his own dark side. Language:Bahasa Original Author:VelvedAi Rate: 16+ Published Star...