Chapter 8

311 55 3
                                    

Sudah dua minggu ini Ji Hyo berada di Neo Tech Company dan dilatih untuk memegang jawatan sebagai Ketua Devisi Perakaunan.Sepanjang tempoh latihannya,dia boleh tangkap dengan jaya nya membuatkan Mrs Lee berasa kagum dan Yoon Oh berasa bangga.

Dan selama seminggu ini,tidak akan pernah satu haripun Yoon Oh mahupun Ji Hyo terlepas berbual melalui aplikasi Line.

Lebih tepatnya Yoon Oh yang begitu bersemangat sekali.Ji Hyo yang merasa sedikitpun tidak terganggu akan perbuatan pemuda putih itu melayan sahaja.Lagipula,sama siapa dia ingin berborak pada waktu malam? Taehyung? Bahkan rasanya jika dia tarik nafas dekat dengan Taehyung pun lelaki itu akan membebelnya.

Mrs Lee mengajarkan Ji Hyo mengenai fail-fail yang harus seorang Ketua Divisi lakukan.Dalam mereka begitu asyik bekerja,ketukan di pintu bilik Mrs Lee membuatkan kedua mata itu dialihkan ke si pengetuk.

"Oh Tuan Jung.Selamat tengah hari". Sapa Mrs Lee sambil memberikan tunduk hormat.Begitu juga dengan Ji Hyo yang memberikan tunduk hormatnya juga.

Yoon Oh mengangguk.Dia mulai berjalan mendekati kedua dua wanita tersebut."Macam mana setakat ni Mrs Lee?Ji Hyo?".

"So far semuanya baik.Tapi saya tak sangka Ji Hyo boleh tangkap apa yang saya ajar dengan cepat.Kalau macam ni saya tak perlu bimbang waktu meninggalkan syarikat nanti".

Wanita berumur 43 tahun itu tertawa membuatkan Yoon Oh turut tertawa. Ji Hyo juga,tapi hanya tertawa kecil sahaja,tahu benar posisinya di syarikat ini yang masih 'baru'.

"Dah masuk waktu lunch ni.Tak nak lunch ke?".Yoon Oh melihat ke arah jam tangannya.Sudah menunjukkan pukul 12.56 pm.Waktu makan tengah hari sudah berlangsung semenjak pukul 12 tepat.

Wanita berumur itu terperanjat sedikit apabila Yoon Oh berkata sedemikian. "Eh,saya tak sedar dah masuk waktu lunch.Mungkin sebab dah leka sangat kot ajar Ji Hyo, kan?". Ucap Mrs Lee sambil meletakkan tangannya di bahu kanan Ji Hyo.

Wanita bertubuh besar itu tersenyum dan mengangguk, mengiyakan ucapan Mrs Lee.Memang tiada penipuan di setiap bait wanita berumur itu.Dia juga leka ketika diajar sehinggakan masuk tengah hari pun dia tak perasan.

"Baiklah kalau macam tu,kita berhenti dahulu di sini.Nanti kita sambung lagi lepas lunch".Mrs Lee menutup fail yang mereka gunakan,menyimpan ketepi.Manakala Ji Hyo pula mengemas alat tulis serta buku nota nya.

"Saya dah rush ni nak keluar lunch dengan suami saya.Ji Hyo,Tuan Jung, saya minta diri dulu ye".Mrs Lee menunduk hormat ke arah Tuan Jung,begitu juga Ji Hyo yang menunduk hormat ke arah Mrs Lee.

Seperginya Mrs Lee dari ruangannya, Ji Hyo berniat untuk kembali ke meja kerja sementaranya.Tetapi terhalang oleh panggilan Yoon Oh.

"Ermm Hyo".Panggil Yoon Oh.Yang dipanggil kembali menoleh."Ya Tuan Jung".Soalnya dengan nada sopan. Memandangkan mereka masih di dalam pejabat.

Yoon Oh menggaru tengkuknya yang tidak gatal."Awak nak keluar lunch tak dengan saya?".Ajaknya malu-malu.Memang sudah menjadi diri Yoon Oh,apabila dia malu telinganya akan memerah.

Ingin sekali Ji Hyo mencucuk pipi berdimple Yoon Oh dan mencubit lembut telinga merah pemuda itu,tapi masih ingat status mereka sebagai Majikan dan pekerja.

"Maaf Tuan Jung.Tapi saya akan keluar lunch dengan Seonghwa. Lagipun macam tak manis je kalau kita berdua keluar lunch bersama. Yelah saya kan baru lagi".

Ji Hyo sebaik mungkin ingin menjaga imej sebagai pekerja baru.Dan tidak ingin menjadi bahan gosip seluruh bangunan ini.

Ya,tahulah bagaimana para gadis dan wanita yang belum berpunya melihat Yoon Oh.Begitu tergiur menginginkan pemuda Jung itu.Bagaimana reaksi mereka apabila mendapati CEO dan Tuan tampan ini keluar lunch berdua dengan wanita pekerja baru,tua dari Yoon Oh serta tak cantik ni?

The Dark Ken[Break season]Where stories live. Discover now