Chapter 25

185 39 3
                                    

"Dan stok yang kita pada bulan ini tidak tally dengan invoice yang kita terima".

Sepatah perkataan yang Seonghwa katakan sama sekali tidak masuk ke dalam perhatian JiHyo.Bagaikan dia berada di alam lain,tapi tubuh masih berpijak pada bumi.

Seonghwa menghentikan penjelasaan mengenai masalah fail akaun syarikat, memerhati JiHyo yang tampak tidak memberikan seratus peratus perhatian terhadap perbincangan mereka.

"Puan Jung?".Tegur Seonghwa untuk menarik perhatian JiHyo.Tetapi sedikitpun sama sekali tidak memberi impak kepada JiHyo.

"Puan Jung?".Panggil Seonghwa kembali.Tangan dilambai di hadapan wajah JiHyo.Seperti yang dijangka, lamunan JiHyo sangat jauh sehingga ke planet Marikh.

"Boleh dia mengelamun".Hairan Seonghwa pada JiHyo.Ditengah-tengah perbincangan yang penting seperti ini,wanita itu sama sekali tidak fokus.

Sebuah idea nakal muncul di minda Seonghwa senyuman nakal mulai terpancar di wajah tampan dan sedikit manis itu.Fail akaun berwarna hitam itu dibuka sedikit,dengan gerakan cepat dia menutup fail itu dengan kasar dan kuat.

"Noona!".Teriak Seonghwa pada masa yang sama.Hal itu berjaya mengejutkan JiHyo dari lamunan sehinggakan tubuh terhinjut.

"Ya ampun Seonghwa".JiHyo mengurut dahinya dengan tangan kanan,mengatur nafas akibat terkejut tadi.

"Ohh kita sini penat-penat explain, dia boleh mengelamun".Bebel Seonghwa kembali."Lagipun,apa yang noona fikirkan?".

JiHyo menggeleng.Sepertinya dia harus menenangkan diri terlebih dahulu."Seonghwa,saya tak sedap badan sekarang ni.Boleh kita bincang kemudian hari?Pasal benda ni kamu biarkan sahaja di meja saya,biar saya uruskan".

Tak ingin mengganggu yang lebih tua, Seonghwa menurut dengan meletakkan fail tadi di atas meja kerja JiHyo."Kalau nak perlu apa-apa panggil je saya atau Yeri ya".

JiHyo mengangguk,menerima arahan dari Seonghwa.Setelah itu,bilik pejabat JiHyo sunyi dengan kepergian Seonghwa.

JiHyo memutarkan kerusi kerja,menghembuskan nafas berat. Semenjak dia tiba di pejabat,satu mood pun tidak ada.Dia sedang dilanda dengan banyak fikiran semenjak tadi pagi lagi.

Kelakuan Jaehyun yang berubah dingin,ya walaupun dia agak dingin semenjak memunculkan diri lagi,tapi kali ini Jaehyun tampak berbeza.

Satupun tidak menyapa JiHyo setelah membiarkan YoonOh bersamanya dalam waktu lima hari.

Dia sebenarnya biasa sahaja jika tidak ditegur dengan manja seperti YoonOh selalu lakukan.Pada dasarnya memang seperti itulah Jaehyun.Tapi kali ini,Jaehyun sama sekali tidak menyapa,bahkan meninggalkan dia ke pejabat sendiri bersama Taeyong.

Satu benda yang JiHyo sedar,itu semua berlaku semenjak Jaehyun membaca mesej di telefon pintarnya.

Satu benda yang JiHyo sedar,itu semua berlaku semenjak Jaehyun membaca mesej di telefon pintarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Dark Ken[Break season]Where stories live. Discover now