Ji Hyo berjalan perlahan-lahan menuruni anak tangga.Agak malu ingin menunjukkan wajahnya dihadapan para maid dan bodyguard Jaehyun.
Semalaman Jaehyun menggempurnya.Dan dia sedar jika suaranya tidak dapat dikontrol nyaringnya.Membuatkan bilik tidur itu penuh dengan suara pekikan dan akibat aktiviti panas mereka.
Walaupun hal itu wajar,tapi tetap sahaja.Dia malu bukan main.
Kelihatan Jaehyun yang duduk di meja makan bahagian ketua,sibuk memandang telefon pintar.Sesekali menyesap air kopi panas membasahi tekak.
Dengan menundukkan kepala,Ji Hyo menarik kerusi di samping Jaehyun. Perlahan mendudukkan diri.Roti bakar diambil,dan mentega kacang disapu diatas roti.
Senyap sahaja Ji Hyo menyantap sarapannya.Kalau boleh,dia taknak ada apa-apa perbicaraan antara mereka.Masih malu yang teramat.
"Kalau kau dah siap,beritahu aku.Kita gerak ke tempat kerja".
Patah-patah kepala diangguk.Empat keping roti bakar habis dimakan Ji Hyo.Mengisi perut agar dia kembali bertenaga.
Air kopi dihirup perlahan.Menyisakan separuh cawan yang masih terisi. Baiklah,Ji Hyo mulai bingung di sini. Bagaimana dia hendak memberitahu Jaehyun yang dia sudah selesai?
Dia ingin menepuk lengan Jaehyun. Tapi rasa malu yang begitu tinggi menyerang perasaan.Lagipula,dia takut digertak oleh Jaehyun.Al-maklumlah,suaminya ini agak sensitif sikit.
Bibir diketap.Mencari idea untuk mencuri perhatian Jaehyun yang begitu khusyuk memerhati telefon pintar.
"Ermm Jay—".
Mata sendu nan dingin itu dialihkan dari layar skrin ke wajah Ji Hyo. Kening kiri dinaikkan,memberi signal 'apa?' kepada wanita itu.
Ji Hyo kaku.Tak tahu nak cakap apa. Kepala ditunduk,menanti ayat Jaehyun selanjutnya.Namun, keheninganlah yang dia terima.
Ji Hyo perlahan memandang Jaehyun.Pemuda itu masih menatapnya,tanpa niat ingin membuka suara.
Mengapa Jaehyun masih berdiam? Bukankah dia yang berkata tadi jika dia telah selesai sarapan,mereka akan berangkat?
Ji Hyo memaparkan wajah bingung. Mata dikerling ke kiri dan kanan.
"Ermmm,Jay?".
"Hmm?"
"Ermm,dah".
"Dah apa?".
"Dah siap?".Tidak yakin nada Ji Hyo menjawab soalan Jaehyun.
Jaehyun menjatuhkan telefon pintarnya ke atas meja.Rasa geram pada wanita yang bergelar isterinya itu tiba-tiba menggebu.
"Cakap betul-betul Ji Hyo.Apesal kau takut huh?".Sindir Jaehyun.
Kenapa Ji Hyo perlu takut padanya? Dia ini mengancam keselamatan dia kah?Mengapa tidak sedikitpun wanita itu ingin berbicara dengannya?Bahkan memandang wajah sahaja, Jaehyun sedar jika Ji Hyo berusaha mengelak.
Makin dalam tundukan kepala Ji Hyo, ingin menghindar dari bertemu pandang dengan pemuda di hadapannya.
"Tak,saya tak takut.Ermm,Jaehyun, saya dah siap".Walau ragu,namun dipaksa juga untuk memberanikan diri.
"Good".Tubuh bangkit dari terus duduk di kerusi makan,Jaehyun membutang kotnya.Tak tinggal diam, Ji Hyo turut bangkit,mencapai beg tangan yang terletak di bangku sebelah.
Dibiarkan Jaehyun melangkah dahulu,tidak ingin jalan berdampingan.Ji Hyo jelas masih segan.
YOU ARE READING
The Dark Ken[Break season]
Random(Break season,tengah cari ilham dan idea heheww. Updated-3 Feb 2023) Like Barbie,Ken Doll always perfect.But this Ken Doll,are not as perfect as we thought. He have his own dark side. Language:Bahasa Original Author:VelvedAi Rate: 16+ Published Star...