Warning:Mature Content ahead.
Langkah yang begitu elegen dihala menyusuri kafateria Neo Tech Company.Perpaduan kemeja panjang berwarna merah maroon,skirt sedikit ketat berwarna hitam paras lutut, rambut yang dikerinting pada bahagian hujung dibiarkan tanpa diikat,begitu menarik perhatian kaum adam mahupun hawa.
Ditambah lagi status yang disandang olehnya membuatkan mata-mata tertumpu padanya.Begitu anggun dan berkarisma sekali isteri kepada Pemimpin Neo Tech Company yang tampan bukan main.
Sewaktu sedang bekerja tadi,tekak JiHyo terasa sangat kering.Pada masa yang sama di pejabat peribadinya tidak ada satupun air mineral.Dia lupa untuk membeli tadi pagi.
Jadi dia turun ke kafeteria untuk membeli minuman dan dibawa ke pejabat.Boleh sahaja dia mengambil air di pantri khusus untuk Devisi Perakaunan.Tetapi tekaknya bagaikan teringin meminum sesuatu yang manis dan dingin.
"Anyeonghasaeyo Puan Jung".Gadis pekerja kafeteria menunduk hormat ke arah JiHyo,menyambut kedatangan Puan Besar ke Kafe.
"Nae,Anyeong".Balas JiHyo sambil tersenyum ramah.Dia terus menatap ke arah papan menu yang berada di atas.
"Ermm,saya nak Caramel Latte satu".
Gadis tersebut mulai menekan menu pilihan JiHyo di skrin bahagian cashier."Caramel Latte satu.Puan naik saiz apa ya?".
"Oh,saya nak—saiz medium".
Bunyi hentakan kecil dari jari gadis itu kedengaran."Puan nak tambah apa-apa lagi?".
JiHyo berfikir seketika.Apa lagi yang nak dia tambah agar minumannya tambah sedap.
"Saya nak tambah cheese foam".
Gadis itu mengangguk.Dia kembali menekan di skrin cashier untuk menyatat keseluruhan pesanan JiHyo.
"Baiklah.Caramel Latte saiz Medium add on cheese foam satu.Semua sekali 8.15 won Puan".
JiHyo mengeluarkan duit dari dompet yang dibawa bersama.Lantas dia menghulurkan pada gadis itu, membayar harga pesanannya.
"Tak apa,simpan bakinya".
Gadis tersebut tersenyum dan menunduk hormat."Terima kasih Puan Jung.Pesanan Puan akan siap sebentar lagi.Mohon tunggu sebentar ya Puan".
Dia menghulurkan sebuah alat pengera kepada JiHyo.
JiHyo kembali membalas dengan senyuman tak kalah lebar serta sedikit anggukan,tak lupa menerima pengera tersebut.Dia mulai bergerak ke tepi kaunter,memberi laluan terhadap orang lain yang ingin memesan minuman.
Dia memerhati ke sekeliling kafeteria. Memerhati dekorasi kafe yang tampak sederhana namun terkesan mewah. Beberapa pekerja yang mungkin menunggu minuman mereka sedang duduk di meja kecil.
Dalam dia sibuk memerhati,JiHyo tak sengaja melihat kelibat Jaehyun yang sedang berlegar-legar di luar kafe.
Sedikit terkejut melihat kehadiran Jaehyun,namun pemuda Jung itu sama sekali tidak perasan akan kehadiran JiHyo di area sana.
Biarlah,JiHyo juga malas ingin menegur Jaehyun.Nanti entah apa lagi yang Jaehyun akan amuk pada JiHyo,dan hal itu yang paling hendak wanita berstatus Jung ini hendak elakkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/205198658-288-k134798.jpg)
YOU ARE READING
The Dark Ken[Break season]
De Todo(Break season,tengah cari ilham dan idea heheww. Updated-3 Feb 2023) Like Barbie,Ken Doll always perfect.But this Ken Doll,are not as perfect as we thought. He have his own dark side. Language:Bahasa Original Author:VelvedAi Rate: 16+ Published Star...