Dia (III)

92 6 5
                                    


Sajak dari Bulan I

Pabila dia melelapkan mata
Duniaku terasa kosong
Jadi aku ke bulan
Kosongnya bulan
Sekurangnya aku tahu
Dia tiada di sini

Di bulan
Aku duduk bertinggung
Seperti orang kalah judi
Hari ni aku rasa aku kalah
Hari esok pasti hadir
Dan aku akan terus berjuang

Tatkala duduk bertinggung
Aku memerhatikan bumi
Di bulan
Bumi berperanan sebagai bulan
Menerangi bulan yang sepi

Dan aku?
Si pungguk
Yang merindui bumi

Ketika bumi menjadi bulan penuh
Jika ada serigala
Pastinya mereka menyalak
Jika aku manusia serigala
Pasti tubuh ni bertukar
Jadian serigala

Di bulan
Sama seperti di bumi
Aku mengantuk
Kerana sel tubuh menuntut
Aku tidur
Demi melindungi jiwa
Dari merasa kesakitan

Sama seperti di bumi
Di bulan aku tidur sendirian
Hanya handphone sebagai teman

Jika mak masih ada
Aku harap benar dia mengerti
Bahawa anaknya ini
Tak punya hidup bagus
Tapi tak pernah merungut
Tentang kehidupan
Tentang kekurangan

Semoga nasi pun tak merindui anak mak yang seorang ni

Nukilan : Mr.N


heterogeneousWhere stories live. Discover now