EGO

107 9 11
                                    

EGO  merupakan satu sikap dimana tak mahu mengalah dan merasakan diri sentiasa betul, keras kepala dan tak kenal erti putus asa.

Rata rata bila ego ni selalunya orang lelaki la yang dilabelkan. Namun begitu, perempuan juga ramai yang ego terutamanya yang berkerjaya berbanding dengan yang tak berkerja.

Ego ini ada baiknya kerana ia satu bentuk keyakinan pada diri sendiri dan berani membuat keputusan.

Namun begitu, jika keterlaluan ia menyerlahkan kebodohan dan akan menyebabkan rosaknya sesuatu hubungan.

Bosannya jika pasangan terlalu ego dan tidak mahu bertolak ansur. Atau ada juga bermulut lancang tanpa memikirkan perasaan dan aib orang lain.

Alangkah baiknya jika bisa bercakap dengan nada biasa, tidak terlalu keras kepala, tinggalkan ego di pejabat ketika bersama pasangan dan keluarga, lenturkan hati yang keras itu demi kesejahteraan bersama. Pasti dunia akan menjadi lebih tenang dan aman.

Psstt!! Rasa² sapa paling ego : Harris, Mona atau Farah?? Final episod kan malam ni 😉


Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau inginku menyalakan diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan hening di dalam hatiku
Mengadil sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Waktu begini diusik kenangan silam yang
Bertandang lalu ku biarkan ia menambahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru
Yang terukir dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita yang memisahkan kita
Di dalam sendu ku berseru yang terukir dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlukan lagi
Disisi

12112020

heterogeneousWhere stories live. Discover now