Takde apa pun

140 9 5
                                    

Saja la.....

Dari dok diam, tunggu sparing partner Berjuta Rindu bertungkus lumus mendraf bab baru...

Draf baik baik ye abammm...
Jangan salah hantar kat orang lain tau

Dari dulu dah perasan, dunia oren yang penuh kepuraan ni dah banyak sangat toksid. Nama pun dunia kepuraan... ada  yang pendiam di luar bila dalam wattpad dia la romeo, kasanova. Ada yang kat luar playboy tapi kat wattpad jadi pemerhati.. diam2 dia ngap. Ada kat luar sana, berbudi bahasa.. tapi kat sini mulut lancang, mencarut, serang orang sana sini tu dah macam makanan harian. Pendek kata macam macam la.... phew!

Nama pun dunia oren, suka suki la penduduk di sini nak buat apa. Tak perlu la nak jaga tepi kain diorang, nak cari identiti diorang yang sebenar, nak siasat segala, nak ajak jumpa mengopi bagai....

Kebanyakannya...
Diulang
Kebanyakannya ada di dunia oren ni untuk suka suka je. Bukannya serius. Aku sendiri suka bagi ❤, panggil dear, panggil sayang, panggil abammm...  tak semestinya aku ni try hard to get their attention. Aku tak panggil manja² pun, uols bace je kan story hakak? Gittew! Sayang uols.

Bukannya aku tak nampak bunga bunga cinta dan skandal... but I choose not to bother.

Itu hal korang. Memasing dah besar panjang, dah tua pun... boleh fikir seniri. Tak payah la hakak nak tegur. Pandai makan pandai simpan.

Tapi.....
Biasa la, mesti ada yang sakit mata kan? Tengok orang sana ailapyu, aimisyu. Orang sini lak bebi, bebi.... #winduforever. Yang sinun, meh nak suap you. Yang situhah.. dedi, nak kupi.
Sedangkan yang sakit mata tu... hado???

Udah2 la tu. G beli ai-mo. Kok takde kesan, uninstall je wattpad. Hati ko pun senang. Takde aura negatif dalam hati. Jiwa ko pun tenteram.

Kok nak nasihatkan orang pun, cermin diri seniri dulu. Cukup baik? Kok baik bona, takdo doh ekau kek sini ha.

Dunia oren banyak negatif dari positif. Nasihat hakak, kalau tak kental... tarik diri je. Takyah terhegeh², nanti orang kata ko attention seeker.

Dah nama dunia tipu² walaupun ada yang jujur tak payah la korang amik pot sangat macam berkawan di dunia realiti. Dan jangan amik kesempatan...

Aku tidak la otai dalam ni. Tapi yang perasannya, yang mana baik tu tak la baik mana sebenarnya. Tanduk tu timbul automatic. Eh.. ke tertutup dengan serban atau tudung? 🤐🤐

Ha.. identiti.
Aku tak tau korang. Tapi dp aku selama ni bukan gambar aku. Semua aktres korea. Dan aku bukan dari korea 😁. Kata la aku pengecut ke apa ke... ni hak aku. Tak ramai dapat tengok dukelawa in real life. Tak sampai sebelah tangan pun. Ig yang korang follow tu pun dah banyak story pasal aku kan? Sikit2 dah la... aku bukan instafemes.

My personal tak payah nak amik tau. Hanya orang tertentu saja yang tau. Dan silalah mereka yang bertoksid ni berhenti mencari dan stalk mangsa korang. Apa je yang korang dapat kalau berjaya jumpa diri dia yg sebenar? Puas? Nak sebarkan satu dunia? Sapa je yang peduli? Setakat sehari dua orang bercakap la... lepas tu? Dan.. dari itu orang dah cop kau macam macam... dan kau akan mula dipulaukan tanpa kau sedari.

Bila dah sedar baru nak gelabah... mula cari jalan nak up nama. Deacc account la, bukak account baru la.. kacau orang sana sini. Wei.. get a life please.

Dah la...
Mr. Partner in Crime dah hantar file. Hakak nak tengok apa nak buat ni.. dia ni banyak idea, macam macam nak buat. Hakak layankan je... kekadang tu kesian jugak kat dia bila time hakak hilang mood nak menulis.

Hokei uols...
Good night.
Esok hari kerja...

Be happy.
Be positive.
Don't bother about others
Be yourself
Focus on your target

Syukur dengan apa yang ada.
Berusaha untuk yang lebih baik
Tak payah mendengki kat orang
Kalau nak, cakap nak.. senang cerita
Kena kuat kalau kena reject.
Senyum selalu, rahsia awet muda 😘

heterogeneousWhere stories live. Discover now