Wangi

392 12 20
                                    

Selamanya hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu adalah dahagaku
Waktu dengarkanlah, selalu dekatkanku dengannya
Hingga 'ku menutup mata

Satukanlah hati
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Selamanya adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu dengarkanlah selalu dekatkanku dengannya
Hingga 'ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi selamanya
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi, selamanya


Kali ni kita mulakan dengan lagu favorite dari penyanyi favorite juga. ❤ u akim.. dah la comel. (Memang comel sbb pernah jumpa personally 😊)

Perempuan dan wangi adalah sinonim kan?
Lelaki pun suka wangi. Sometimes it makes me turn around kalau berselisih dengan lelaki wangi tau. Ahahahaha.. 😉

Wangi.... aku suka wangi. Bikin aku khayal.

Ianya macam memberikan satu ketenangan, satu keterujaan dalam diri. Bergantung pada haruman.

Lain mood lain wangiannya.. itu aku. Tak setia pada sejenis haruman. Tapi setia pada yang satu 😉.

Nak pilih haruman ni pun makan masa. Kadang kadang tengok botol cantik tapi mood tak kena masa tu, jadi baunya pun tak menepati citarasa.

Itu aku sebagai seorang perempuan yang orang kata complicated. Bagaimana dengan lelaki, sama atau berbeza citarasa?

Pernah... aku diberi sebotol wangian yang masih ada suku lagi isi kandungannya dek kerana selalu sangat menyatakan yang aku suka baunya. Sebelum itu, rasa macam nak peluk peluk saja tuan punya badan tiap kali bersua sebab nak sedut baunya dalam dalam. Bukan aku nak sembur di badan, aku cuma nak menikmati bauan itu. Bau yang menenangkan jiwa. Tiap kali bau tersebut menerjah ke deria bauku, aku terus teringatkan dia. Eh.. ke sebab rindukan dia? 😂😂😂

Selain minyak wangi, paling penting ialah deodorant.  Bau badan ni boleh buat orang pengsan!

Ni paling paling penting... terutama macam aku ni. Kuat berpeluh dan sensitif. Tak semua deodorant sesuai. Pernah sekali dulu, aku alami keradangan di situ. Seksanya hidup!

Kena berjaga supaya tak aktif sangat agar tak berpeluh yang mana akan menyebabkan ketidakselesaan pada orang sekeliling. Aku sendiri pun tak selesa. Tisu basah, tisu kering memang sahabat baik masa tu. Extra care kekdahnya. Rasa cam nak letak kipas je kat situ 😆😆

Masa tu semua jenis aku cuba dari yang di rak kedai,  dalam katalog, yang berjenama sampai ke farmasi konon²nya tiada bahan kimia. Last² yang sesuai jumpa di Body Shop. Sedikit mahal untuk letak kat ketiak je kan? Tapi aku pasrah.

Sekarang dah pakai jenama biasa. Harapnya jangan la ketiak ni ngada² nak pakai deo mahal tu lagi. Huhuhuhu.

Lagi satu gigi. Nampak enteng kan? Tapi tak sebenarnya. Mungkin cukup gosok gigi dua kali sehari. Not me!

Aku akan gosok gigi setiap kali nak keluar. Tak termasuk yang bangun pagi dan tidur malam. Dah la gusi ni sensitif. Kena la guna ubat gigi istimewa sikit. Ubat kumur² pun lain sikit - tak sedap. Tu belum gosok lidah lagi. Nak termuntah... Huhuhu..

Paling penting, kondisi gigi. Aku pantang gigi berlubang, cepat cepat la pergi dentist. Mulut berbau dari gigi berlubang ni akan buat orang tak selesa. Kita sendiri pun menahan sakit. Apataknya tiap kali makan, mesti ada yang termasuk kat lubang tu. Dah nak kena floss dan korek korek bagi keluar. Silap gaya makin parah keadaan lubang tu.

Kita ni sebagai ahli masyarakat kena jaga kebersihan diri kerana kita bergaul dengan orang ramai. Lagi pun, kalau setakat muka cantik hensem tapi badan berbau, ketiak berkerak.. errrr,  kansel la. Hahahaha.

heterogeneousWhere stories live. Discover now