Bermula dengan huruf B

143 11 29
                                    

Benci adalah satu emosi yang sangat kuat melambangkan ketidaksukaan terhadap seseorang, sesuatu hal, barang atau fenomena. Ia juga merupakan satu keinginan untuk menghindari, menghancurkan atau menghilangkannya.

Siapa yang tak ada perasaan ini sepanjang hidupnya??

Ia adalah satu emosi yang normal, kan? Cuma bergantung kepada berapa kuatnya rasa itu dalam diri dan bagaimana cara 'melayan' nya.

Sebagai manusia biasa, aku tak dapat buat supaya semua orang sukakan aku. Lagipun aku bukan selebriti yang perlu menjaga setiap apa yang ada di sekeliling. Takut rating jatuh? Takut nama buruk?

Pedulikan!
Sini bukan tempat aku cari makan pun.  Tujuan aku dulu nak baca cerita for free. Lepas tu aku cuba menulis.. pastu tau tau dapat kawan. Followers are my friends too.

Nak benci ke nak suka ke, aku hargai.

Sebenarnya orang yang membenci tu lebih ingat pada orang yang dia benci berbanding pada orang yang dia suka. Hahahahaha... setiap detik dia akan ingat, percayalah.

Aku tak kesah pun ada orang nak suka atau benci aku. Dan aku rasa ramai yang macam tu kan? Rasa benci itu tak buat aku terkurung sampai tak keluar rumah, tak makan, tak minum. Pendek kata segalanya la.... hidup aku masih macam dulu.

I don't even care. (Dan aku harap sangat sapa² yang dibenci jangan rasa down k. Hidup je macam biasa)

Dan sebenarnya....

Kenapa nak benci² orang?

Sebab kau takde apa yang orang tu ada. Ramai orang suka dia bukannya suka kau.
Padahal kau dah buat macam macam nak tarik perhatian orang.
Betul kan???
You are sick!!!
Double check yourself. Jawab dengan jujur. Tu je.

Dari nak benci benci, baik la kau berbaik²...
Tau tak, aura negatif dalam diri tu buatkan diri kau tu bakal dibenci orang.

Kita takkan kenal orang tu secara luaran, jadi kenapa nak benci²? Kita perlu faham keadaan dia dan kenapa dia begitu.

Dalam persahabatan perlu banyak pengorbanan.
It takes two to tango.
Tak perlu mendesak untuk orang suka kita.
If you like me, okayy..
If not pun okay. I always here for you.
Sebab apa??
Ni persahabatan..
Untuk memulakan persahabatan tu mudah.
Untuk mempertahankan itu,... jawab sendiri la.
Lagi satu, tak payah la nak korek korek kisah peribadi orang tu. Kalau dia selesa, dia akan cerita sendiri.

Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.

So what?? Hang sibuk kerja, tak mau layan chat aku. Okay... siapkan la whatever yang hang nak buat tu.

Aku chat dengan orang lain. Ada lagi 999 orang kawan aku. Jangan marah pulak kalau nanti aku lambat balas chat hang.

At this age.. we are not school kids anymore dear, be mature. Kadang kadang sikap keanak anakan tu buat orang rimas. Bukannya kekasih pun yang kau nak merajuk sampai masuk batu belah batu bertangkup.

Sikap tak mengaku salah sendiri pun buat orang fed up. Satu jari hala kat orang, empat jari hala kat diri sendiri tau. Mengaku je.. apa ada hal. Salah ke tak, belakang kira. Yang penting, benda tak berpanjangan dan bermasam muka.

Pada aku, as long as orang yang aku sayang senyum dan happy... itu dah cukup.

Yes, aku bukan jenis yang really concern about others. I don't give a damn a.k.a amik tau hal orang. You can ask those people around me like HannahIzzatie MrsYurina MrEzekiel79 bobStage zack_senah

Diorang cerita pasal benda yang sama 10 kali pun, tak penah register dalam kepala otak aku ni. Aku blur! And it is fun pada aku.. everyday new story, kononnya. Padahal pada orang lain dah basi. Hahahaha....

Nak rasa marah, rasa benci, rasa tak suka nak buat apa??

Semalam aku jumpa someone, dia cakap saya suka happy tiap hari. Tak nak marah², tak nak elemen negatif langsung sebab saya tak tau bila saya akan mati. Saya tak nak orang suka bila saya mati sebab elemen negatif dalam diri saya. Saya nak orang ingat saya kerana saya disenangi.

Aku takde masa nak layan orang yang benci aku ni sebab aku sibuk melayan orang orang yang sayangkan aku.

Cuma nasihat aku, buang aura negatif tu kalau nak orang sayang kat kau. Sayangi diri sendiri dulu sebelum nak orang sayangkan kau.

ps: hari Jumaat ni, bawak² la bersihkan hati tu.


heterogeneousWhere stories live. Discover now