Kemarin -17

77 4 1
                                    

Sapaan dan salaman bila menjengah di kotak mesej, adakalanya aku balas dan kadang tidak.

Dia antara yang aku balas. Saat kenal dia, aku masih baru berkecimpung dalam dunia oren ini.

Bermula berbual hal hal dalam kain dunia oren, segala gosip and whats not. Dalam masa yang sama, ada mutual friends. Kami boleh tune - in bersama.

Aku tau ada insan insan yang kurang menyenangi keakraban kami. Ada yang beranggapan kami punya affair. Ada yang bencikan aku tentang ini. Aku dan dia hanya bersahabat. Tulus ikhlas sebagai sahabat yang sentiasa mengadu hal dan berkongsi pendapat serta pengetahuan. Dia sangat bijak dan bukan kaleng kaleng dalam bidang akademik dan teknologi.

Disebabkan kerap berbual bersama, datang idea berkolaborasi bertiga - aku, dia dan sorang teman dari selatan... ye, kami ada bilik chat kami bertiga sahaja- bertemakan kekeluargaan dan raya di akaunku.

Hanya di dunia maya bertemu selama ini, meriahnya terbawa hingga ke realiti saat kami bertiga bertemu.

Teman dari selatan sanggup datang ke lembah klang untuk bertemu kami berdua, selepas menjayakan Takdir yang Ditempuh. Thank you fren. Love you.

Bermula dengan makan tengah hari di Dolly Dim Sum, bercakap tak berenti. Janggal, tiada dalam kamus kami. Berakhirnya separuh hari dating kami bertiga di Coffee Beans.

 Berakhirnya separuh hari dating kami bertiga di Coffee Beans

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku, dia dan dia.

Terima kasih sangat2... satu kenangan yang takkan berulang selama2 nya.

Sempat menziarahinya beberapa minggu sebelum dia pergi. Sungguh tak sangka, dia nampak sihat, meskipun baru lepas mendapat rawatan di hospital buat beberapa lama dan sekian kalinya.

Kami berbual seperti biasa, bergurau ketawa... cuma aku kesal tak mengabadikan memori saat itu. Gambar kami berempat. Aku, dia, isterinya dan temanku.

Berita pemergiaannya pun kuketahui beberapa hari selepas semuanya selesai. Termangu juga, tak nak mengakui itu adalah berita sahih.

Dan tadi, saat memandu di kala hujan, lagu ini dimainkan.

Semoga kau tenang di sana sahabat. Al Fatihah.

-------------------------------------------------------------

Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu

Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
S'moga tenang kau di sana
Selamanya

Aku s'lalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
S'moga tenang kau di sana
Selamanya

Oh-wo-oh

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
S'moga tenang kau di sana
Selamanya

Aku s'lalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
S'moga tenang kau di sana
Selamanya, oh-wo-wo-oh

==================================

Aku takkan kuat jika ini berlaku lagi.
Hingga hari ini, aku ingatkan dia.

zack_senah thank you, thank you, thank you. ❤️❤️❤️
Nanti kita repeat lagi tapi berdua saja 😭 mengimbas kenangan silam.



heterogeneousWhere stories live. Discover now