SADIS!

185 15 3
                                    


Dua tiga minggu lalu, beberapa kawan di fb menyarankan supaya menonton dokumentari bertajuk American Murder: Neighbour Next Door.  Rasanya ramai teman di sini dah tengok kot.

Disebabkan kesuntukan masa.. ye la, sejam setengah nak duduk depan tv dan nak fokus, lama tu. Jadinya simpan saja dalam list to watch.

Dan sempena minggu PKPB ni, apalagi mengambil kesempatan mencari dan menonton film tersebut. Memang, di ruang fb teman² sudah mereka suarakan pendapat masing masing. Komentar yang agak emosional. Biasalah perempuan.

Seawal babak, aku lihat isteri (Shanann Watts) dan dua orang anak perempuan ( Bella dan Celeste) dalam keadaan gembira, penuh dengan gelak tawa. Kemudian ada pula scene si suami (Chris Watts) melayan anak anak bermain. Anak yang baru 4 dan 3 tahun. Keduanya perempuan yang comel. Teringat pula pada Fudhla dan Farhah. Huhuhuhu.

Melihat pada keseluruhan cerita, Chris ni sangat bersabar dengan Shanann. Perempuan dan emosi berpisah tiada. Gerak hati perempuan jangan dibuat main. Selalunya tepat.

Chris sentiasa mengalah dan cuba buat Shanann tenang - dari ayat² yang dihantar melalui mesej. Namun perbuatan Chris tidak. Dia seolah tak mempedulikan isteri dan anak anak sebelum tragedi buruk itu berlaku.

I feel you Shanann. Sakit bila tak dihiraukan. Apatah lagi bila nafkah diabaikan. Bak kata Sharifah Zarina - kata katamu hanya mimpi di siang hari.

Namanya lagi dokumentari. Jadi tiada jalan cerita yang smooth flow. Jalan ceritanya lompat sana sini. Ada babak polis menyiasat, menemubual, babak video fb ( si isteri gemar merakam video dan meletakkannya di facebook),  ada babak imbas kembali perbualan dengan teman baik si isteri dan macam² lagi. Throwback tak yah cakap la. 😣. But better than Blair Witch Project - pening!

Untuk orang yang tak reti dok diam kalau tengok movie kecuali dalam cinema, agak sukar nak fokus. (Especially kalau tengok filem hantu 😅) Tapi kali ini aku duduk dari awal hingga akhir kerana ini adalah kisah benar.

Di Malaysia pun banyak saja hal sebegini. Cuma tak didokumentasikan dalam bentuk filem. Terbaru kes pensyarah UIA dibunuh suami di kawasan berhampiran Putarajaya. Sebelum ini ada juga kes bunuh isteri dan disumbatkan ke dalam almari. Banyak.. memang banyak. Itu belum kes kes terpencil di ceruk pedalaman yang tak diketahui.

Bukan setakat isteri, kekasih hati juga banyak menjadi mangsa. Memang kejam. Namun tak semua begitu. Rasanya semua ini boleh diselesaikan secara aman damai tapi entahlah.... lain orang lain caranya.

Jadi ini antara kesimpulan yang dapat dibuat.

Keluarga yang bahagia

Itu hanya luaran. Di media sosial, semuanya mempamerkan kegembiraan. Berjalan ke sana sini, shopping, bercuti, menayang kereta mewah walhal....

Ingat satu, kita tak tahu yang menonton itu suka atau ada rasa iri. Memang tak salah nak berkongsi cuma janganlah keterlaluan. Rasanya lebih baik setting only me jika semuanya nak diletakkan di fb.

Eh... ada ke orang tunjuk dia bergaduh dengan suami? Baling periuk belanga bagai?  Belasah isteri sampai patah riuk? Hihihi. Kecuali orang lain yang rakam dan tularkan.

Well, terlalu menunjuk pun boleh menjerat diri juga. SPRM follow rapat.. 😅

Keperluan seksual.

Perihal ini banyak kali diutarakan dalam perbualan Shanann Watts dengan teman baiknya. Shanann Watts mengadu yang langsung tak disentuh oleh suami beberapa lama. Sebagai seorang perempuan normal, pasti mahukan layanan dan sentuhan dari lelaki bergelar suami. Namun Chris Watts seperti tak berkeinginan walaupun digoda dek Shanann. Sibuk dengan hal sendiri. Kerja dan workoutnya.

Rasanya lelaki pun sama kan dalam isu ini. Inginkan belaian isteri. Kalau boleh nak berkepit je. Jika tidak, buat apa kawin?

Kelakuan dan tutur kata

Penerimaan keluarga Watts akan kehadiran Shanann tak dialu alukan dari awal lagi. Mungkin kerna stress atau kecil hati dan sememangnya didikan mereka agar berani bersuara lantang, Shannan bertelingkah dengan mertuanya.

Dalam rumahtangga, bukan sekadar tuan punya badan.. satu keluarga itu harus kita pikat. Jika tak peroleh restu, memang sukar. Satu lagi yang peliknya, kenapa la keluarga memilih sangat. Dah itu pilihan anak, terima saja la. Haihhh😪

Mana mana bangsa pun sama rupanya. Lebih sakit bila dah jadi menantu, tiba tiba mak mentua cakap anak si polan sipolan tu mak berkenan dari dulu lagi, ingatkan nak buat menantu tapi.... ha! Ko rasa??

Hormati suami

Pernah berbual dengan teman... apapun yang berlaku cuba jangan meninggikan suara pada suami. Sindir menyindir pun cuba la elakkan. Tercalar ego akan mewujudkan rasa jauh hati dalam diri suami. Untuk memujuknya sukar. Bak kata orang you can forgive but not forget.

Betul, jika bergaduh mulut ini apa yang dapat? Buat sakit hati je.

Yang suami pun, fahamilah isteri. Emosi perempuan ni kan tak pernahnya stabil. Pandai pandailah ambil hati. Jangan la asyik nak sentap je. Ingat awak je ke betul? Bosan tau!

Time-break

Terdapat pasangan yang bila berkrisis akan tinggal berjauhan seketika kononnya mahu menenangkan fikiran dan berfikir semula tentang masalah yang dihadapi. Ada lojiknya.. bagaimana rasanya jika tiada pasangan yang selama ini jadi teman tidur.

Tapi, seandainya itu tiket untuk dia bebas bagaimana? Dalam dokumentari ini, Chris Watts mengambil kesempatan menemani teman wanitanya bermain sand surfing dan... faham faham la sendiri.

Call and message

Sakitnya terasa bilamana suami tercinta tidak menjawab panggilan dan membalas mesej. Ada saja alasan yang diberikan. Bukan sekadar isteri ternanti, anak anak juga berharap untuk berbual dengan bapa. Dalam situasi ini, isteri terpaksa menangani emosi anak anak dalam masa yang sama emosi sendiri. Stress sangat! Dah la berjauhan...

Mulalah berfikir yang tidak tidak.. kemudian datang pula bisikan Husnuzon. Suamimu sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga.

Komunikasi dua hala

Ni paling sukar dalam rumahtangga rasanya kot. Sebab kebanyakan drama atau filem yang pernah tonton, salah seorang pasti mengelak untuk berbincang. Padahal berbincang untuk mencari penyelesaian dan kedamaian. Natijahnya semakin jauhlah masing masing. Sebenarnya, kedua duanya ego tinggi.

Skandal

Ramai yang berpendapat kekasih Chris wajar dikenakan hukuman kerana dialah punca pada tragedi kejam ini. Sementelah Chris telah mengaku dia melakukan jenayah berkenaan langsung siasatan keatas kekasihnya terhenti.

Bila cinta beralih arah, memang payah. Nak paksa supaya cinta itu kembali, entah la. Rasa itu tak mungkin sama. Nak membajai semula dengan sepenuh hati dan jiwa mungkin boleh tapi bukan semuanya berjaya. Ada yang mengalah di pertengahan jalan, namun ada yang kuat semangat demi kebahagiaan anak anak. Dan tak payah la sampai membunuh keluarga yang ada sekarang untuk ada keluarga baru.

Jika ada skandal sekalipun, utamakan keluarga. Dah namanya skandal, part time lover.. kena la sedar diri. Tak payah la nak merajuk selalu sangat.

Rasanya ada lagi nak ditulis... nanti nanti la.
Kalau ada yang dah menonton filem ini dan punya buah fikiran untuk disumbangkan... sangat dialu alukan.

Ohh.. sebelum terlupa bagi yang tak tahu kes Chris Watts ni. Dia membunuh isteri dan anak anaknya. Isteri ditanam di tanah kosong tak jauh dari kawasan dia bekerja. Manakala dua anaknya disumbat ke dalam tangki tempat dia bekerja. Kejam kan?

Dan bila free nanti, nak tengok pula Chris Watts: Confession of a Killer. 😊

heterogeneousWhere stories live. Discover now